(HIBURAN) Media Prima dan MediaCorp akan Menerbitkan Drama TV Kasih Berbisik

securedownloadKBMPMC-vert

Media Prima  Berhad (“Media Prima”)  dan MediaCorp Pte. Ltd. (“MediaCorp”)  hari ini menandatangani  perjanjian untuk menerbitkan siri drama televisyen  secara usaha sama di antara dua anak syarikatnya yang terlibat di dalam bidang penerbitan, iaitu Primeworks Studios (“Primeworks”) dan MediaCorp Eaglevision.

Usaha sama di antara Primeworks dan  MediaCorp Eaglevision ini bertujuan untuk menerbitkan siri drama yang berkualiti tinggi yang dapat menarik minat para penonton di Malaysia  dan Singapura, di samping  menggabungkan  kepakaran kedua-dua pihak dalam bidang penerbitan rancangan TV. Siri ini akan dirakamkan di dalam format definisi tinggi (HD).

Produksi drama Kasih Berbisik ini akan bermula pada bulan April dan berakhir pada penghujung bulan Julai. Produksi ini akan diletuai dan diselia dua Penerbit Ekekutif iaitu Encik Zulkeflee Said, Penerbit Eksekutif, Primeworks dan Puan Sabariah Ramilan, MediaCorp Eaglevision.

Drama 13 episod ini disasarkan untuk ditayangkan  pada separuh kedua tahun 2014  di TV3, saluran televisyen  terestrial  terunggul di Malaysia dan Suria MediaCorp, saluran televisyen bahasa Melayu yang unggul di Singapura. Drama ini akan menampilkan barisan pelakon antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara barisan pelakon berkenaan adalah Keith Foo, Nora Danish dan Tasha Shila dari Malaysia; Hisyam Hamid dan Nurul Aini dari Singapura; dan Isti Ayu Pratiwi dari Indonesia.

Berlatar belakang metropolitan Singapura, kehijauan panorama di Malaysia dan suasana eksotik Bali,  Kasih Berbisik  adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi  keruh. Drama ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.

Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun.  Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri. Pelbagai peristiwa yang tidak dijangka dan rahsia silam  yang menyusul pasti  akan membuatkan para penonton tidak lekang menonton drama 13 episod ini. Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima dan Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios berkata,  Usaha sama ini melambangkan gabungan  kemahiran  Media Prima dan MediaCorp,  mengambil peluang di atas keupayaan produksi kedua-dua pihak yang seterusnya  merangsang  usaha kami untuk memacu perkembangan industri di kedua-dua rantau dan  menjangkauinya. Ini akhirnya kelak akan memudahkan usaha kami untuk menembusi pasaran global.”

“Menerbitkan kandungan yang berkualiti tinggi dan relevan yang  popular  di  kalangan para penonton telah menjadi kenyataan jualan kami yang unik. Ia merupakan peluang kepada pihak-pihak yang yang terlibat untuk meluaskan pasaran melepasi pasaran domestik  masing-masing,” tambah Ahmad Izham.

Puan  Doreen Neo,  Pengarah Urusan  MediaCorp Studios  berkata.  “Usaha sama hari ini menggambarkan perhubungan selama ini yang terjalin di antara kedua-dua syarikat  dan seterusnya mengukuhkan lagi  kerjasama  yang  sedia ada. Ini merupakan peluang  terbaik kepada kami untuk menggabungkan dua pasukan terbaik bersama bagi menerbitkan  siri drama yang istimewa ini.”

Saya yakin ia akan menjadi pemangkin kepada terjalinnya lebih banyak usaha sama di masa hadapan kerana ia  telah  mewujudkan idea-idea baru dan peluang kepada kita semua. Dari sudut  perniagaan  pula, ia membolehkan kedua-dua pihak untuk melakukan sesuatu yang melebihi keupayaan masing-masing  berbanding  jika  ia dilaksanakan secara bersendirian,  ”tambah Doreen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *