(HIBURAN) MERIAHKAN AIDILFITRI ANDA DENGAN LAGU RAYA MEDLEY DARI AZIZ HARUN

Aziz Harun - Aidilfitri Medley

Tidak lengkap sambutan Hari Raya tanpa kehadiran lagu Raya itu sendiri. Kepada yang belum tahu, Aziz Harun kini mempunyai sebuah lagu raya medley berjudul ‘Satu Hari Di Hari Raya & Selamat Hari Raya’ yang baru sahaja dirakamkan baru-baru ini.

Bersempena dengan perayaan Aidilfitri pada tahun ini, Aziz Harun buat julung kalinya telah melancarkan sebuah lagu medley raya yang bertajuk ‘Satu Hari Di Hari Raya & Selamat Hari Raya’ yang merupakan lagu asal daripada Datuk M Nasir dan juga Biduanita Negara iaitu Allahyarhamah Saloma.

Aziz Harun yang berasal dari Brunei Darussalam ini merupakan nama yang mula mendapat perhatian dengan singlenya ‘Senyum’ dan juga ‘Beautiful’. Lagu medley ‘Satu Hari Di Hari Raya & Selamat Hari Raya’ oleh Aziz Harun ini telah diubahsuai dan dinyanyikan di dalam versi akustik. Sememangnya lagu versi akustik ini sesuai dinyanyikan oleh Aziz Harun kerana kepakaran beliau didalam bermain gitar dan juga mempunyai alunan suara yang merdu dan amat sedap didengar di halwa telinga.

Bagi peminat lagu-lagu Hari Raya, jangan lepaskan peluang untuk menceriakan Aidilfitri anda dengan lagu medley ‘Satu Hari Di Hari Raya & Selamat Hari Raya’ oleh Aziz Harun yang boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify (http://spoti.fi/1Uzkblw), iTunes (http://apple.co/1UZmDO5), KKBox (http://bit.ly/1UmgX3r), Deezer (http://bit.ly/1UChQCv), Raku, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini iaitu 17 Jun 2016. Jadi, kepada peminat Aziz Harun yang belum pernah mendengar lantunan suara Aziz menyanyikan lagu raya sempena Aidilfitri ini, jom kita dengarkan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *