(HIBURAN) ‘MET10 AWARDS’ BERI PENGIKTIRAFAN KEPADA PARA PENGGIAT MUZIK INGGERIS TEMPATAN

????????????????????????????????????

Sebagai pembuka tirai bagi acara MET10 Awards ,  peminat telah menyaksikan kehadiran beberapa rapper terkenal tanahair seperti  Kumpulan Kartel (Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne), kumpulan pop rock Paperplane Pursuit dan Resh yang pernah tersenarai dalam Carta di US, dan De Fam yang akan menggegarkan pentas dengan lagunya terhangat mereka berjudul ‘SUPEGIRLS’. Ternyata, MET10 Awards  telah menjadi malam yang penuh bertenaga dengan adanya persembahan-persembahan oleh artis popular tanahair!

Resh

MET10 Awards merupakan sebuah Anugerah bertujuan untuk meraikan kejayaan serta memberi pengiktirafan kepada barisan artis Malaysia yang menyanyikan lagu berbahasa Inggeris yang mengungguli carta mingguan Malaysia English Top 10 (MET10) setiap hari Ahad dari jam 3 hingga ke 4 petang di hitz fm. MET10 telah diperkenalkan pada tahun 2000, dan telah melaksanakan anugerah pertamanya pada tahun 2005.

Buat julung-julung kali diadakan, pentas anugerah ini turut menggabungkan beberapa hos sampingan antaranya seperti Jake Abdullah, Jason Lo, Arnold Loh dan Ryan Matjeraie untuk memeriahkan lagi pentas di StarXpo Centre @ KWC Fashion Mall pada hari Sabtu (16 Januari) selama 3 jam.

????????????????????????????????????

Menurut Raqeem Brian selaku Pengurus Rangkaian Kandungan hitz fm dan ERA fm,

“Pihak kami menggabungkan keempat-empat pengacara kerana, pada asalnya Carta MET10 sememangnya dikendalikan oleh Arnold dan Ryan , sebelum Jake dan Jason mengambil alih pada Oktober tahun lepas.  Kami fikir,  ini mungkin sebuah kombinasi yang agak menarik untuk menghidupakn lagi pentas MET10 Awrads. Jadi, insitiatif ini dianggap sesuatu yang akan menaikkan tahap kegembiraan para penonton. Mereka juga akan menjadi sebuah gandingan pengacara yang hebat kerana mereka sangat meghiburkan”.

????????????????????????????????????

Tambah Brian, “Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat muzik Inggeris tempatan yang sudi meluangkan masa mereka pada malam kemuncak ME10 Awards. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua calon dan para pemenang yang berjaya merangkuli anugerah,dan kami sememangnya menunggu muzik-muzik terbaharu daropada anda untuk dimainkan di hitz fm. Tidak lupa juga kepada barisan artis yang membuat persembahan pada mala mini, penyampai anugerah dan paling penting adalah semangat pasukan yang ada demi menjayakan anugerah berprestij ini dengan jayanya”.

Kyoto Protocol winner for MET 10 BEST LIVE PERFORMER

Salah satu acara kemuncak pada malam ini adalah kehadiran sebuah kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena baru muzik tanahair iaitu OAG dengan lagunya berjudul ‘TV 60-an’. Apabila OAG mula beraksi dengan lagu meletopnya, pasti penonton akan menjerit keriangan sebagai tanda kerinduan mereka! Persembahan lain termasuklah penyanyi rock indie terkenal OJ Law, Jin Hackman, yang popular sebagai seorang rapper bercerita tentang bagaimana jika kite menjadi pisang berjudul “Banana” kita kanak- dan kumpulan rock Kyoto Protocol.

????????????????????????????????????

MET10 Awards turut menampilakan beberapa nama besar pemuzik dan selebiriti tekenal tanahair seperti Liyana Fizi, Moots (Popshuvit), Mookie (One Buck Short), Dangerdisko, Shawn Lee, DJ Leng Yein, Hunny Madu, MaxMan TV and hitz fm clan Ean, Arnold, RD, Alexis, Ryan, Adam Izzy, Sher, Michelle dan Juanita.

De Fam winner for MET 10 BREAKTHROUGH ACT

KEPUTUSAN

NO KATEGORI PEMENANG
1 MET 10 BEST MALE ARTIST OJ Law
2 MET 10 BEST FEMALE ARTIST ELIZABETH TAN
3 MET 10 BEST BAND/GROUP TRES EMPRE
4 MET 10 BEST MUSIC VIDEO BANANA <JIN HACKMAN>
5 MET 10 BREAKTHROUGH ACT DE FAM
6 MET 10 BEST LIVE PERFORMER KYOTO PROTOCOL
7 MET 10 BEST SONG #SUPERGIRLS <DE FAM>
8 TUNE TALK HALL OF FAME OAG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *