Sebuah filem terbitan Mangkin Prestij iaitu “Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami” bakal menemui penonton semua tidak lama lagi iaitu pada 20 Ogos ni.
SINOPSIS :
“Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami“ berkisahkan tentang dua orang adik-beradik yang telah kehilangan ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan udara. Namun mereka ditinggalkan dengan sejumlah harta dan sebuah rumah yang besar tersergam indah.
AMANDA peguam peribadi dan satu-satunya kenalan rapat keluarga tersebut mencari pewaris yang boleh menjaga Rayyan & Danish sehingga usia mereka 18 tahun. Secara tiba-tiba muncul KATRINA, HAKIM dan DANIAL yang mengaku mereka adalah pewaris terdekat kepada arwah SYED AL MAHFUZ dan SHARIFAH FARIZA.
Tujuan utama mereka bertiga adalah untuk mengaut semua harta peninggalan yang ada dan tujuan tidak elok mereka diketahui oleh Rayyan & Danish, maka bermulalah adegan-adegan lucu dan strategi yang dilakukan oleh dua beradik genius tersebut untuk menghalang waris-waris yang mahu mengambil rumah pusaka mereka.
Tapi berjaya ke dorang merampas rumah peninggalan Rayyan dan Danish? Semuanya akan terjawab pada 20 Ogos 2015 ini dalam “Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami” yang tentunya akan membantu adik-adik dekat luar sana tu untuk menyempurnakan misi. Tunggu!
TAJUK : MISI RAYYAN & DANISH : JANGAN AMBIL RUMAH KAMI
BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)
EDARAN : METROWEALTH SDN BHD
GENRE : DRAMA
PELAKUN UTAMA : Intan Ladyana, Azwan Kombos, Sharisa Haris, Hanif Safuan, adik Muntaza Ghani, adik Firdaus Ghufran