(HIBURAN) Misteri di sebalik lagu ‘Satu-satunya’

numerus

Sering kita dengari di corong-corong radio tempatan tentang putaran lagu ‘Satu-satunya’ dan misteri siapa empunya lagu tersebut masih belum terjawab.

Lagu ini berkisar tentang kehidupan kekeluargaan – seorang gadis liar yang kuat memberontak dan selalu melukai hati insan yang telah mendewasakannya, bapanya sendiri. Bukan sebuah lagu cinta jika dilihat pada tajuknya, tetapi lebih menjurus ke arah teladan masyarakat.

Dianggotai tiga anak muda, Wan, Zimi dan Dynda, Numerus merupakan sebuah band baru dari Malaysia. Membawa genre modern rock, single pertama mereka ternyata menjadi sebut-sebutan apabila ramai tertanya-tanya siapa di sebalik lagu ‘Satu-satunya’? Andaian demi andaian dibuat, ada yang mengatakan suara penyanyi perempuannya agak unik dan jarang didengari dan tak kurang juga yang mengaitkan mereka dengan band dari seberang.

“Inilah gimik yang cuba disampaikan. Kami sengaja buat begini untuk mendapatkan reaksi para pendengar dan setakat ini respon yang kami terima sangat positif”, demikian kata Wan selaku ketua kumpulan dan pemain gitar.

“Ramai yang nak tahu siapa band ni”, jelas Dynda pula sebagai vokalis.

Ketiga-tiga mereka mempunyai sejarah dalam pembabitan bidang seni, terutamanya muzik. Wan pernah menganggotai beberapa band tempatan tetapi lebih kepada underground scene, Zimi pula lebih mainstream kerana merupakan salah satu ahli kumpulan Sofazr dan Dynda, bakat baru yang dicungkil ketika beliau membuat persembahan di sebuah majlis.

Baru-baru ini pengambaran video muzik ‘Satu-satunya’ dilakukan di sekitar ibukota terutamanya di kawasan Bukit Bintang. Kemudian ia berpindah ke sebuah lokasi rahsia dan misteri tersebut akan terungkai apabila video muzik ini bakal ditayangkan buat tontonan umum tak lama lagi

Mereka berharap dengan penerimaan baik single ini, ia dapat memberi kelainan di dalam industri muzik tanahair dan jika semuanya berjalan lancar, album penuh bakal menyusul.

Informasi berkenaan Numerus boleh diketahui dengan lebih lanjut melalui:

www.facebook.com/numerusMY

instagram.com/officialnumerus

www.youtube.com/user/NumerusVEVO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *