(HIBURAN) NOAH TIDAK SABAR BERTEMU PEMINAT DI KUALA LUMPUR.

Selepas mengadakan konsert jelajah di Amerika Syarikat kira-kira dua tahun lepas, kumpulan Noah yang pada asalnya dikenali sebagai kumpulan PeterPan bakal menggegarkan Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 25 November ini dengan satu persembahan berupa konsert.

Noah, yang sebelumnya dikenali sebagai Peterpan merupakan sebuah kumpulan muzik no 1,  yang terkenal di Indonesia. Kumpulan ini juga popular di MalaysiaSingapura dan Brunei.

Konsert yang sememangnya di nanti nantikan oleh peminat tegar mereka di Malaysia.

Sejak menukar nama Peterpan kepada Noah pada tahun 2012, mereka telah berjanji untuk bekerja keras dan memastikan lagu lag dendangan mereka di kenali dan dinikmati seluruh peminat.

Noah  terdiri daripada Ariel – vokalgitar,  Uki – gitar , Lukman – gitar  dan David – Kibor, piano .

Kini , selepas bertahun – tahun mengukuhkan nama Noah , mereka telah bersiap sedia kembali untuk mencuri perhatian peminat setianya di Malaysia.

Ramai yang  melihat kumpulan Noah yang ditubuhkan pada Ogos 2012 sebagai rebranding untuk vokalisnya bagi meneruskan langkah mencari rezeki dalam bidang muzik dan nyanyian.

Penubuhan Noah, bukan sahaja menjadi titik permulaan yang baharu dan pastinya mereka enggan berpaling ke belakang.

Sebaliknya setiap anggota dalam kumpulan Noah ini mahu terus pandang ke hadapan kerana muzik yang dibawakan oleh Noah masih relevan di telinga penggemar  muzik dan sekali gus, khas buat peminat Noah di negara asalnya dan di rumah nombor duanya ini (Malaysia).

Malah menurut Ariel, Malaysia selalu dekat dengan mereka.Kali terakhir mereka melakukan konsert berskala besar di Malaysia lebih enam tahun yang lalu.

Irama pop rock yang dialunkan oleh vokalis Noah, Nazril Irham atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Ariel, dengan diiringi oleh petikan gitar daripada Uki, Lukman dan dram, Reza pasti berkumandang di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada malam 25 November nanti..

 Konsert kali ini dibawakan oleh Nada Promotama selaku penganjur utama . Segala persiapan serta latihan bagi menjayakan konsert tersebut telah dibuat sejak dua bulan yang lalu.

Lagu-lagu dari album Noah, Second Chance yang dilancarkan serentak pada siri jelajah Noah atau persembahan bergerak Noah United States Tour (2015) pasti disenaraikan juga untuk dendangan pada hari persembahan Noah-Live In Kuala Lumpur di Stadium Negara.

Mengadakan persembahan bukan di gelanggang sendiri tetapi di pentas Stadium Negara, Kuala Lumpur, semestinya Noah mahu mementaskan sebuah persembahan yang meninggalkan kenangan manis kepada para peminat setianya di Malaysia.

Bukanlah satu kesalahan bagi Noah mendendangkan lagu-lagu popular mereka semasa bersama kumpulan lama, Peterpan kerana lagu-lagu daripada album-album bersama Peterpan sudah semestinya sebati dengan vokalis Noah, Ariel.

Ariel pernah berkata, “Muzik itu universal. Bahasa itu mampu melingkari mana-mana ruang lingkup yang terbuka dan tertutup. Muzik tanpa batasan, bahasa bukan penghalang.” Berhibur dengan Noah-Live In Kuala Lumpur, Stadium Negara pada 25 November ini, ujar Ariel. Bagi yang ingin mendapatkan tiket konsert Noah masih boleh di beli pada hari konsert nanti dan juga melalui Redtix.

Noah menjanjikan sebuah konsert yang akan diisi dengan pelbagai gimik dan barisan lagu daripada zaman Peterpan kepada lagu-lagu saduran dan hit daripada album Noah.

Mereka mahu peminat di Malaysia puas, sekali gus menyaksikkan evolusi kematangan mereka.  Bagi Ariel kehadiran mereka kali ini adalah merintis semula jalan yang dilalui oleh mereka sebelum ini. Soal kemantangan pastinya menjadi taruhan dengan kematangan masing-masing. Malah kami sendiri tidak sabar untuk mmenghiburkan peminat setia yang menyokong perjalanan seni kami dari dahulu.

Pihak Nada Promotama sangat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja – penaja yang terlibat dalam konsert tersebut, antaranya :-

RedTix , Meportal,Selebriti Online & Rentak Sejuta selaku Portal Rasmi , RedBox & GreenBox Karoake , Era Fm sebagai Radio Rasmi, Double Tree Hotel selaku Hotel penginapan rasmi, AVIS sebagai penaja kereta rasmi, Quill Mall , DIRTYRATS dan Millenium Security .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *