(HIBURAN) NUR FATIMAH KEMBALI DENGAN SINGLE TERBARU “MAWAR”

Nurfatima-314

Penyanyi Nur Fatimah kini muncul dengan single terbaru bertajuk Mawar setelah sekian lama menyepi daripada industri muzik tanahair.

Lagu Mawar ditulis sendiri oleh beliau dan mendapat sentuhan magis komposer terkenal, Azlan Abu Hassan. Lagu ini bukan seperti lagu kisah percintaan yang biasa didengari tetapi mempunyai mesej yang lebih mendalam.

Mawar mewakili para wanita masakini yang sering berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup, jika tabah serta sabar menghadapi ujian dan memohon keampunan dari-Nya, Inshaa-Allah semua kesulitan dapat diselesaikan.

“Isu-isu semasa berkaitan wanita sering diperkatakan, rata-rata menceritakan masalah sosial yang semakin berleluasa. Mawar merupakan mesej kesedaran yang cuba Nur sampaikan dalam lagu,” katanya.

Setelah mendirikan rumahtangga bersama jejaka warga Australia, Geoffrey Wainright pada Mei 2013, Nur mengambil keputusan untuk menetap di Canberra, ibu kota Australia di mana suaminya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

“Sebulan sebelum menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Produksi Audio di School of Audio Engineering (SAE) Institute, Sydney, Nur telah bertemu dengan Jeff dan 6 bulan kemudian kami bercadang untuk mengikat tali pertunangan and the rest as they say is history.

“Suami yang banyak mendorong Nur untuk terus aktif dalam bidang nyanyian selain peminat yang sering bertanyakan bila agaknya Nur akan muncul dengan single terbaru dan mungkin sudah tiba masanya,” jelas Nur lagi.

Mawar boleh didapati secara digital di iTunes, Spotify dan Deezer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *