(HIBURAN) Oh My English! Membawa Penonton Meneroka Sebuah Kampung Terpencil

KYS_7225

Ekoran kejayaan siri komedi pendidikan Oh My English! (OME), Astro dengan bangganya mempersembahkan sebuah lagi telefilem istimewa untuk peminat setia OME berjudul ‘Oh My English: Oh My Goat – Come Baaack!!. Telefilem ini akan ditayangkan secara eksklusif pada 5 September 2015, jam 9 malam, secara serentak di 3 saluran iaitu Astro TVIQ (Saluran 610), Astro Prima (Saluran 105) dan juga dalam siaran definisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135).

Oh My English: Oh My Goat – Come Baaack!! merupakan telefilem keempat siri Oh My English! selepas Oh My Ganu!, Oh My English – Hello America dan Oh My English: Villa Isabellaaa! Filem yang diarahkan oleh Shamyl Othman dan Umi Omar ini mengisahkan pengembaraan Mr Henry Middleton yang menawarkan diri untuk mengajar di sebuah kampung terpencil di Malaysia bernama Kampung Dalam Ayer. Di sana, dia bertemu  ‘teman’ baharu yang cukup istimewa iaitu seekor kambing  yang sudah lama menjadi penghuni tetap Kampung Dalam Ayer, (suara latar kambing dihidupkan oleh Jihan Muse; pemenang Anugerah Artis Komedi Wanita Terbaik, Anugerah Lawak Warna 2015).

Biarpun pada peringkat awal peminat filem ini mungkin sedikit suspens melihat Mr Henry Middleton menangani cabaran ketika berhadapan dengan kemudahan asas yang cukup terhad dan ancaman haiwan berbisa, keupayaannya menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang baharu pasti akan menghiburkan mereka. Abam Bochey (pemenang Anugerah Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014) akan menampilkan komedi dan jenaka bersahaja beliau menerusi karakternya sebagai Mail, ‘penghulu’ Kampung Dalam Ayer. Mail meninggalkan Mr Henry Middleton dengan tugas yang agak berat dan mencabar iaitu menawan hati murid-muridnya di SK Dalam Ayer, Leela (Kashika from Ceria Popstar), Abu (Haiqal Eqmal) dan Izz Illham (Hafiz), yang penuh helah dan lebih gemar mengenakan cikgu baharu mereka berbanding belajar bersama Mr Henry Middleton.

Sementara itu di Ayer Dalam, perhubungan Encik Ariff (Nazrief Nazri) dan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) semakin intim. Dalam usaha menghentikan perhubungan tersebut daripada terus mekar, bekas pelajar Mr.Henry Middleton membuat keputusan mengejut untuk melawat beliau dan membawanya kembali ke Ayer Dalam. Kedatangan Jojie (Nadiya Nisaa), Zack (Juzzthin), Taylor Marie Smith (Juliana Evans) dan See Yew Soon (Roax Tan) ke Kampung Dalam Ayer meletakkan Mr Henry Middleton di dalam dilema sama ada untuk terus berbakti di Kampung Dalam Ayer ataupun kembali ke SMK Ayer Dalam. Selain daripada pelakon asal siri Oh My English, Jasmin Hamid juga akan membuat kemunculan istimewa dalam telefilem ini. Jangan lupa menyaksikan Oh My English: Oh My Goat – Come Baaack!! untuk mengetahui apakah kesudahan telefilem ini.

Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata, “Kami di Astro akan terus menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris lebih menarik dan dekat di hati rakyat Malaysia. Dalam Oh My English: Oh My Goat – Come Baaack!!, kami meletakkan karakter-karakter kegemaran kita daripada SMK Ayer Dalam ke dalam persekitaran yang baharu yang cukup asing dalam usaha membuktikan kepada mereka di luar sana tanpa mengira latar belakang dan tempat, pendidikan dan penguasaan Bahasa Ingggeris itu amat penting dalam kehidupan seharian. Kami berharap para peminat dapat berhibur sambil belajar dengan para pelakon kami dalam telefilem istimewa ini. Kami juga ingin berterima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Xpax dan Vitagen atas sokongan padu dan kerjasama mereka.”

Peminat setia Oh My English! boleh mengikuti perkembangan terkini rancangan tersebut menerusi Oh My English – sama ada menerusi Facebook (Oh My English), Twitter (Oh_My_English!), YouTube (Oh My English!) dan Instagram (@ohmyenglish). Apa yang dianggap Istimewa kali ini ialah bagaimana satu kempen media sosial khas, “Oh My Goat Show” turut didedikasikan khas bersempena dengan telefilem ini. Kempen ini menampilkan kambing yang digunakan dalam telefilem tersebut, Cik Kam Ambing. Peminat boleh menghantar cetakan skrin mana-mana kesilapan penggunaan Bahasa Inggeris, bersama soalan mereka dengan menyertakan hashtag #ohmygoat menerusi  akaun Facebook, Twitter dan Instagram masing-masing. Menariknya, Cik Kam akan melayan serta menyelesaikan segala persoalan ini menerusi telatah lucu dan gelagatnya dalam video yang akan menyusul. Layari laman sesawang rasmi Oh My English! www.ohmyEnglish.com.my untuk maklumat lanjut.

Oh My English: Oh My Goat – Come Baaack!! akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610), Astro Maya HD (saluran 135) dan Astro Prima (saluran 105) pada 5 September 2015, jam 9 malam. Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 03-95433838 ataupun layari www.astro.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *