(HIBURAN) “One Nite Only” bersama Lokman Aslam

Spread the love

IMG_7763gmo

Lagu “ Namun Engkau Tahu “ merupakan lagu hits di You Tube dan dilihat oleh lebih 97,000 pelayar internet. Lagu ini telah menjadi runut bunyi untuk telemovie “ Rebah Taubat “ sempena Maulidur Rasul pada 15 Nov 2012 di TV3. Mengenali lebih dekat penyanyi ini iaitu Lokman Aslam yang merupakan pencipta lagu , penulis lirik serta penyanyi untuk lagu ini merupakan bekas peserta yang  seangkatan dengan Faizal Tahir dan Dayang NurFaizah di dalam rancangan hiburan realiti terkenal iaitu “ One In A Million “ musim pertama.

lokman aslamSMALL

Menjadikan Jazz dan R&B sebagai paksi aliran muzik beliau, penyanyi ini telah menghiburkan peminat-peminat beliau di persembahan “ One Nite Only “ di Heritage Club, Royale Chulan , Kuala Lumpur. Peminat-peminat beliau yang memenuhi ruangan Heritage Club ini dihiburkan dengan rangkaian  18 buah lagu yang berentak Jazz dan R&B yang disampaikan oleh Lokman Aslam antaranya Menghujam Jantungku (Tompi), Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya), Aku Cinta Padamu 7 Antara Anyir dan Jakarta (Sheila Majid), Please Baby Don’t (John Legend), Moody Moods For Love (Moody) serta Tunggu Sekejap (P. Ramlee) dan tidak lupa barisan lagu ciptaan beliau sendiri seperti Anugerah Cinta, Aku Tak Sanggup Hilang Kamu, Perempuan dan lagu hits beliau Namun Engkau Tahu. Persembahan “One Nite Only”  ini merupakan kerjasama antara Heritage Club, The Royale Chulan dan Harithmai Production yang banyak menampilkan “Live Music Performance” oleh artis-artis professional dan berbakat Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *