(HIBURAN) Oprah Winfrey, selebriti dengan bayaran termahal

LOS ANGELES 28 Ogos – Walaupun rangkaian televisyen baru miliknya berdepan kesukaran, namun pengacara popular, Oprah Winfrey masih kekal sebagai selebriti yang mendapat bayaran paling mahal, masuk tahun keempat berturut-turut. Menurut laman web kewangan Forbes.com semalam, walaupun Winfrey gagal mencatat kejayaan bersama rakan kongsinya, Discovery Communications mengendalikan rangkaian televisyen OWN, tetapi ia tidak menghalang Winfrey untuk memperoleh pendapatan sebanyak AS$165 juta (RM512 juta) bagi tempoh setahun sejak Mei tahun lalu. Bayaran tersebut dijana daripada program televisyen yang dikendalikannya seperti Dr. PhilRachael Raydan The Dr. Oz Show. Berada rapat di belakangnya ialah pengarah filem, Michael Bay melalui Transformers: Dark of the Moonyang disiarkan pada tahun lalu yang membantunya memperolehi pendapatan sebanyak AS$160 juta (RMRM496 juta) berdasarkan jualan tiket dan barangan permainan serta hasil-hasil lain. Selain itu, produser Jerry Bruckheimer berada di tempat ke empat dengan AS$115 juta. Yang mengejutkan adalah rapper DrDre yang berada di tempat kelima dengan AS$110 juta

Berikut 10 selebriti yang mendapat bayaran dari tertinggi selama tahun 2012 dari Majalah Forbes:

1. Oprah Winfrey, $ 165,000,000

2. Michael Bay, $ 160,000,000

3. Steven Spielberg senilai $ 130,000,000

4. Jerry Bruckheimer, $ 115,000,000

5. Dr Dre, $ 110,000,000

6. Tyler Perry, $ 105,000,000

7. Howard Stern, $ 95.000.000

8. James Patterson, $ 94.000.000

9. George Lucas, $ 90.000.000  

10. Simon Cowell, $ 90.000.000 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *