(HIBURAN) PAYSLIP BERTUAH MENYANYIKAN LAGU TEMA UNTUK FILEM ANIMASI ANGRY BIRDS BERTAJUK ‘WONDERFUL LIFE (MI OH MY)’ BERSAMA MATOMA (DJ TERKENAL DARI NORWAY)

Spread the love

PaySlip - Press Conference 2

Lagu oleh Matoma ‘Wonderful Life (Mi Oh My)’ ini merupakan hasil kolaborasi kumpulan anak muda tempatan iaitu PaySlip yang mewakili Malaysia untuk menyanyikan lagu tema bagi filem animasi 3D ini. Lagu ‘Wonderful Life (Mi Oh My) ini telah dihasilkan oleh Matoma iaitu seorang DJ terkenal dari Norway. Bagi versi di dalam Bahasa Malaysia, Warner Music Malaysia telah memilih Tun Teja sebagai penulis lirik bagi lagu ini.

PaySlip - Press Conference

Kumpulan PaySlip membariskan remaja linkungan umur belasan tahun ini dianggotai oleh 3 orang anak muda iaitu Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass,  dan seorang yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC, iaitu Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar. Jika sebelum ini PaySlip telah menarik perhatian sebuah syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka dari Sweden iaitu Spotify dimana PaySlip telah diundang oleh Spotify untuk menjadi band Malaysia pertama yang mendapat perkhidmatan eksklusif pre-stream dan melancarkan album sulung mereka ‘PaySlip’ di Spotify pada November 2014. Kini mereka sekali lagi telah menarik perhatian Nordia West iaitu wakil dari Atlantic Records iaitu salah sebuah syarikat rakaman terbesar di Amerika Syarikat dan diberi kepercayaan oleh mereka untuk menyampaikan lagu ini di dalam versi Bahasa Malaysia. PaySlip dan pihak Warner Music Malaysia hanya diberi tempoh selama 14 hari sahaja untuk menjayakan lagu ini.

“Pihak A&R Warner Music Malaysia telah berbincang dan memilih Tun Teja sebagai penerbit dan penulis lirik bagi lagu tersebut di dalam versi tempatan. Setelah proses rakaman dijalankan saya menghantar lagu tersebut kepada Nordia West dan Alhamdulillah telah diterima. Hanya sekitar 48 jam demo tersebut dihantar. PaySlip dan Tun Teja bergabung tenaga dalam 4 hari sahaja bagi menyiapkan projek Wonderful Life (Mi Oh My) ini” ujar En. Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) selaku Pengurus A&R Warner Music Malaysia.

Ini merupakan satu pencapaian terbesar bagi kumpulan PaySlip sendiri kerana telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab yang besar untuk membuktikan bahawa mereka mampu membawa lagu ini ke satu aras yang lebih tinggi dengan cara dan gaya mereka sendiri. ‘Wonderful Life (Mi Oh My)’ ini merupakan sebuah cetusan melodi Pop yang santai gubahan muziknya yang mampu mengajak si pendengar untuk turut menyanyi bersama. Berentakan tempo dan muzik yang ‘catchy’ dan lirik yang mudah diikuti ini membuatkan pendengar kanak-kanak juga senang untuk menerima lagu ini.

Muzik video bagi lagu ini juga akan dilancarkan di YouTube Warner Music Malaysia pada 16 Mei 2016 ini.

Selain daripada itu, “The Angry Birds Movie (Original Motion Picture Soundtrack)” menampilkan beberapa lagu baru antaranya lagu “I Will Survive” dari Demi Lovato dengan gayanya sendiri, sensasi pop antarabangsa Charli XCX “Explode,” Steve Aoki “Fight,” dan “Wonderful Life (Mi Oh My),” ciptaan bintang DJ/produser/artis Matoma dari Norway. The Angry Birds Movie pula bakal menggempar pawagam di seluruh Malaysia pada 12 Mei 2016 ini.

Wonderful Life (Mi Oh My) Matoma ft. PaySlip” merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, KKBOX, Raku, Spotify, dan juga Joox.

SOUNDTRACK UNTUK CG-ANIMASI 3D MENGANDUNGI LAGU LAGU TERBARU SEPERTI BLAKE SHELTON, DEMI LOVATO, CHARLI XCX, MATOMA, DAN STEVE AOKI

DAN TIDAK KETINGGALAN ARTIS TEMPATAN KITA IAITU KUMPULAN PAYSLIP

 
Matoma ft. PaySlip - Wonderful Life (Mi Oh My) Cover Art

 

 

Lirik lagu “Wonderful Life (Mi Oh MY)” Matoma featuring PaySlip

Mi Oh My

Bila senyuman mu dilimpahi cahaya

Mengusik hatiku

Oh

Mi Oh My

Kita buka mata lihat

Betapa indahnya kehidupan ini

Mi Oh My

It’s a wonderful life

It’s a wonderful life

Disisi mu selalu

(4x)

Ayuh kawan

Teguh berdiri

Di bawah bintang menyinari

Tak perlu penjelasan juga

Dan harapan kerna cantik hati ini ada di sini

Mi Oh My

It’s a wonderful life

It’s a wonderful life

Di sisimu selalu

(4x)

Mi Oh My

Bila senyumanmu dilimpahi cahaya

Mengusik hatiku

Oh

Mi Oh My

Kita buka mata lihat betapa indahnya kehidupan in


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *