(HIBURAN) Pelancaran Album ” Bingkisan Aidilfitri ” & Kemuncak Festival Ramadan 2013

Spread the love

IMG_8631crop

4 Ogos 2013 – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) dengan kerjasama Universal Music hari ini melancarkan album ”Bingkisan Aidilfitri” yang menghimpunkan 15 lagu raya baru bagi meraikan kedatangan Syawal tahun ini. Pelancaran album itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Dr Ong Hong Peng dan turut hadir ialah wakil Universal Music Malaysia, Kamaluddin Mohd Kassim. Ketua Pengarah JKNN Datuk Norliza Rofli berkata penerbitan album itu adalah untuk memperkayakan koleksi lagu raya yang diharap berupaya menjadi lagu raya sepanjang zaman seperti lagu dendangan penyanyi Tan Sri P. Ramlee, Saloma dan Sudirman yang wajib didengar setiap kali raya. “Lagu raya lama menjadi satu kewajipan bagaimanapun kami tidak menyerah kalah dan berharap lagu daripada album ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat ekoran kekuatan susunan melodi, muzik yang segar dan lirik yang mudah. “Genre yang ada dalam album ini juga mengandungi  joget, pop, rock alternatif, r&b, kontemporari dan sesetengah lagu mengingatkan kita kepada era 70-an dan 80-an kerana gaya penciptaan komposer yang lahir pada era itu,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran album itu di Dewan Bandaraya di sini hari ini.

IMG_8637

Antara lagu yang dimuatkan dalam album itu ialah Bersyukur di Aidilfitri nyanyian Datuk David Arumugam, ciptaan Zainudin Arifin yang merupakan pemenang pertandingan mencipta lagu raya anjuran jabatan itu dengan kerjasama stesen radio Klasik Nasional sepanjang Ramadan 2012. Album yang dijual pada harga RM19.90 itu turut memuatkan 10 lagu finalis pertandingan itu dan empat lagu baharu karya komposer tanah air yang dinanyikan oleh Fredo Flybait, Ning Baizura, Meet Uncle Hussin, Pretty Ugly, Ana Rafali, Carefree, Shanel, Shazroul dan pemain saksphone Muriz Rose.

554932_659520950743781_1093002_ngmo

Pada majlis itu juga, Ong dan Norliza turut mengambil kesempatan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Jalan Raja di sini, sebelum berbuka puasa beramai-ramai pada program ”Jom Buka Puasa” di Jalan Raja, berhadapan Dataran Merdeka di sini. Jom Buka Puasa antara pengisian dalam program Festival Ramadan 2013 yang kini memasuki tahun kedua penganjurannya.

bingkisan 2small

kredit foto : FAP Images & Universal Music Malaysia

kredit artikel : Bernama & JKKN


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *