(HIBURAN) PELANCARAN ALBUM KAMI ANAK FELDA (KAF)

Banner All Artists 8 x4.5 kaki-01 (2000x1119)

Jabatan Pembangunan Komuniti FELDA yang mewakili FELDA dengan kerjasama Ikatan Seni Komuniti FELDA (ISKAF) dan Care Production dan Publishing mengorak langkah dalam mengimbangi permintaan industri seni muzik tanah air dalam melahirkan bakat-bakat baru menerusi bidang nyanyian, penulisan lirik dan gubahan lagu yang terdiri dari kalangan warga FELDA.

Matlamat pelancaran album ini adalah sebagai makluman kepada media dan pencinta seni muzik tanah air untuk menyokong kerja seni muzik yang diusahakan oleh FELDA sendiri kepada seluruh masyarakat di Malaysia. Dengan penghasilan album ini, bakat-bakat  terpendam warga FELDA khususnya dapat diketengahkan.

 IMG_2675

Dengan pendekatan lagu-lagu bertemakan komuniti, bait-bait lirik dalam album ini adalah menepati rasa dan jiwa pendengar yang pelbagai latar belakang usia dan minat. 12 lagu baru dalam album ini hasil ciptaan komposer ternama seperti Azmeer, Sani Sudin, Mozihan Tukimon dan Harun Ahmad menjadi kekuatan kepada penghasilan produk atau lagu yang bermutu. Penulis lirik adalah terdiri daripada Ana Pena, Jalil Hamid, Seni Bayan, Mozihan Tukimon dan Tulha Tukimin.

Melalui pencarian bakat menerusi program Kembara Wayang Padang Komuniti FELDA seluruh Malaysia dilihat sebagai satu usaha yang unik, bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian dicungkil dan diasah sehingga FELDA berjaya melahirkan enam bakat baru iaitu Zaki Zain, Ilham, Shana, Ayu Riqa, Taufiq dan Adhana yang kini merupakan ikon seni suara FELDA. Berbeza latar belakang tidak menjadi penghalang, yang paling utama adalah bakat seni suara yang terpendam selama ini telah dihargai.

Tiada yang lama, tiadalah yang baru. Artis jemputan bagi penerbitan Album KAF ini terdiri daripada Jalil Hamid, Siti Nordiana dan Zahid dilihat sebagai kombinasi terbaik bagi memenuhi konsep Album ini.

Diharapkan dengan penerbitan album ini akan menimbulkan nostalgia kepada seluruh warga FELDA dan diterima oleh semua lapisan masyarakat rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Dengan kerjasama pengedaran Sony Music, album ini dilihat akan mendapat sambutan meluas dalam pembelian album yang original. Album ini dijangka akan memasuki pasaran dalam masa terdekat. Selain jualan secara fizikal iaitu cakera padat, jualan secara atas talian atau muat turun juga akan diaplikasi. Selain itu, jualan secara langganan caller ringtone dan lain-lain turut akan menyumbang kepada penjualan lagu dalam album ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *