(HIBURAN) Pelancaran Album Terbaru TOMOK : AKU DATANG

tomok

TOMOK, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehadiran beliau bersama kumpulan New Boyz di era 90’an cukup untuk meletakan nama TOMOK di dalam sejarah industri muzik tanahair. Kemunculan TOMOK sebagai artis solo juga tidak perlu disangkal kerana beliau telah membuktikan kematangan beliau apabila MENJUARAI pertandingan One In A Million (OIAM) pada tahun 2009. Kehebatan juara OIAM ini dibuktikan sekali lagi di pentas Versus musim ke-2 dengan menjadi JUARA melalui gabungan TOMOK dan Modread, MANIFESTO.

Setelah puas melayari bidang nyanyian, TOMOK meluaskan lagi pengaruhnya di dalam bidang lakonan. Lakonan beliau bersama Lisa Surihani di dalam filem ISTANBUL AKU DATANG membuka mata masyarakat terhadap bakat lakonannya. SUAMIKU JURURAWAT mengukuhkan lagi kedudukan TOMOK sebagai pelakon romantik komedi.

Oleh yang demikian kini tomok meneruskan lagi perjuangan beliau melalui penghasilan album kedua beliau TOMOK : AKU DATANG. Tampil dengan album kedua, TOMOK lebih matang dalam pemilihan lagu. Hal ini dapat dilihat dengan pembabitan TOMOK selaku PENERBIT untuk album TOMOK : AKU DATANG

 

Berikut adalah senarai lagu untuk album “AKU DATANG”:

 

CINTA TAK PERGI feat. Yana Samsudin

Komposer:     Tomok

Lirik:                Tomok

 

PADAM

Komposer:     Tomok

Lirik:                Rafidah Abdullah

 

AKU DATANG

Komposer:     Tomok

Lirik:                Rafidah Abdullah

 

PENIPU

Komposer:     AG Coco

Lirik:                Tomok

 

MAAFKAN AKU

Komposer:     Tomok

Lirik:                Tomok

 

CINTALAH AKU PULA

Komposer:     Taja

Lirik:                AD Samad

 

HIASAN DI LAMAN RINDU

Komposer:     Lan Laga

Lirik:                Hani MJ

 

 

Apa yang menarik tentang album ini adalah penganjuran ‘ROAD TOUR AKU DATANG’ yang akan berlangsung pada sekitar bulan NOVEMBER 2014.

‘ROAD TOUR AKU DATANG’ ini akan menyaksikan TOMOK bersama rakan-rakan artis membuat persembahan di tempat-tempat terpilih.

Berikut adalah maklumat penuh ‘ROAD TOUR AKU DATANG’:

9hb NOV       Hard Rock Café, Melaka

Penampilan istimewa:        Black Hanifah, Shiha dan RJ

16hb NOV     Hard Rock Café, Kuala Lumpur

Penampilan istimewa:        Black Hanifah, RadhiOAG dan RJ

18hb NOV     The Bed, Kota Kinabalu, Sabah

Penampilan istimewa:        Black Hanifah, RadhiOAG, SSK dan RJ

20hb NOV     Beyond 2000, WP Labuan

Penampilan istimewa:        Black Hanifah, RadhiOAG, SSK dan RJ

24hb NOV     Paragon Superclub, Kuching, Sarawak

Penampilan istimewa:        Black Hanifah, SSK dan RJ

Jadi, kepada mereka yang berhampiran, jangan lepaskan peluang untuk bersama TOMOK dan rakan-rakan artis yang lain. Dapatkan album terbaru TOMOK : AKU DATANG dipasaran sekarang!!! Untuk maklumat lanjut sila ikuti perkembangan TOMOK di:

 

Twitter @TomokOfficial

Instagram      @TomokOfficial

Fanpage        Tomok Shah Indrawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *