(HIBURAN) Pelancaran Filem Komedi “ TULI SEKAMPUNG ”

Group Photo (2)

KARYA PRIMA PRODUCTION bakal menerbitkan filem kedua mereka yang berjudul TULI SEKAMPUNG selepas kejayaan menghasilkan filem BRAVO V yang telah menelan belanja hampir RM 5 juta. Walaupun filem BRAVO V masih belum ditayangkan di pawangan Malaysia, pihak KARYA PRIMA PRODUCTION telah memulakan langkah awal untuk menjalankan pengambaran filem komedi TULI SEKAMPUNG pada awal bulan April ini.

Filem yang mengangkat isu masyarakat ini bakal diarahkan oleh Mohd. Nor Kassim yang merupakan pencetus asal idea filem TULI SEKAMPUNG ini. Bakal menjalani pengambaran sekitar Banting, Klang dan Kuala Lumpur, filem TULI SEKAMPUNG membariskan barisan pelakon seperti Nabil Ahmad, Taiyuddin Bakar, Leez AF4, Rosli SUbuh, Beto Kusyairy, Yus Jambu, Namron, Shuk SYJ, Wan Hanafi Su, Khabir Bhatia, Zahiril Adzim dan ramai lagi. Filem ini dianggar menelan belanja penerbitan keseluruhan sekitar RM 1.5 juta.

Sinopsis Filem TULI SEKAMPUNG

TULI SEKAMPUNG mengisahkan pengembaraan dua kawan yang merupakan pengembala dan penjaga lembu iaitu BIL dan YUS. Pengembaraan BIL dan YUS bermula apabila majikan mereka Hj Lobo memberitahu bahawa lembu baka A1 bernama Jogho telah diculik. BIL dan YUS terpaksa mencari lembu ini kerana ia menjadi penentu kesinambungan perkerjaan mereka, maka BIL dan YUS meneruskan tugas menyiasat dan mencari.

Pencarian Jogho ini menyebabkan BIL dan YUS sesat dan membawa mereka ke kampong Tukli yang rata-rata penduduknya bongkak dengan kekayaan yang bakal mereka kecapi. Penduduk kampong Tukli menjadi kaya raya setelah menjual tanah mereka kepada seorang pemuda bernama JALAK dengan menjanjikan peluang keluar dari perangkap kemiskinan dan penghijrahan ke alaf modem yang penuh  keagungan harta dunia.

Namun MELATI yang merupakan anak ketua kampong membantah dan dia cuba membongkarkan niat buruk JALAK. BIL dan YUS cuba membantu MELATI untuk menbongkarkan rancangan jahat JALAK dan secara langsung cuba membongkar rahsia disebalik penculikan Jogho.

Apa kesudahan filem ini ? Adakah BIL dan YUS berjaya dalam pencarian mereka ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *