(HIBURAN) Peminat Bising Lynnzay Guna Penari XXL/Gemuk Untuk Video ‘ANGEL DUST’

Spread the love

Kedengarannya ramai yang tertanya dan tidak berpuas hati dengan percubaan Lynnzay yang ingin menggunakan penari latar yang bersaiz XL atau pun gemuk.Mereka tertanya ‘Sudah tiada penari yang cantik dan menarikkah untuk Lynnzay gunakan khidmat mereka?Terdesak sangatkah Lynnzay?Adakah ini gimik semata-mata?’
Bersama persoalan-persoalan ini,Lynnzay memberi penjelasan bahawa itu adalah salah-satu penyampaian secara telus kepada semua yang bakal menonton bahawa bakat tidak harus di hadkan pada mereka yang menarik dan berbadan kurus sahaja. Mungkin ingin menyambung mesej ‘Vokal-Bukan Sekadar Rupa’,program realiti TV3, pada Lynnzay, bakat adalah kurniaan Tuhan yang perlu di hargai oleh manusia dan untuk meletakkan mereka yang bersaiz besar ini dalam golongan yang tidak menarik adalah salah.
“Bagi saya,ada juga yang kurus dan cantik tetapi tidak berbakat dan tidak menarik serta membosankan.Kecantikan luaran itu milik Tuhan yang boleh di tarik oleh Tuhan bila-bila masa saja.Kecantikan dalaman dan bakat adalah abadi dalam diri masing-masing.Kebanyakan muzik video yang berunsurkan tarian meletakkan gadis-gadis cantik dan seksi untuk tatapan ramai.Jadi saya rasa mungkin tiba masa untuk penggiat seni seperti saya menyampaikan mesej positif dalam karya saya selain daripada memperkenalkan muzik dan lagu-lagu saya.Saya sebenarnya tak berminat mahu libatkan konsep pasangan bercinta walaupun ada sedikit drama pendek antara saya dan Faisal Ariffin dalam video ni.Tapi saya letak jugaklah untuk nampakkan sedikit babak komedi cinta dalam video ini.So,saya harap peminat jangan salah faham bahawa konsep menggunakan penari bersaiz XXL adalah gimik semata-mata atau terdesak.Its not a gimic, itu cara saya untuk tunjukkan diskriminasi rupa boleh membazir bakat orang-orang tertentu hanya kerana saiz badan mereka.Saya ada buat audition mencari penari baru tetapi malangnya yang bertubuh normal,bakat mereka tidak sehebat kedua penari bersaiz XL ini.Yang berbakat harus di ketengahkan tak kira rupa bentuk.Jadi,saya ambil risiko ini tanpa berfikir panjang..”,jelas Lynnzay panjang lebar.
Penyanyi lagu ‘Jejaka Idaman 2.0’ ini tidak kisah andai di kritik lagi untuk penghasilan video muzik ‘Angel Dust’ kali ini kerana dia sudah bersedia, malahan berasa bangga kerana dapat memberikan semangat kepada mereka yang tidak dapat mengetengahkan bakat kerana rupa bentuk mereka.
Lynnzay yakin lagu ini dapat memperkenalkan genre muzik sebenar Lynnzay Affandy ke mata Malaysia dan dunia di samping menyampaikan mesej ‘TIADA DISKRIMINASI’ buat mereka yang berbakat.
Buat anda yang mempunyai saiz badan yang besar,apa lagi?Saksikan kehebatan dua penari bersaiz XL ini di dalam muzik video terbaru Lynnzay di sini dan serlahkan keyakinan diri anda! –  http://www.youtube.com/watch?v=USZoMux-O0A

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *