(HIBURAN) Pencarian “ OTAI MASIH BERBISA” Diteruskan Untuk Kilauan Emas 4

KE 4crop

Musim ke 4, program Kilauan Emas bakal memulakan pencarian bakat-bakat terpendam dikalangan penyanyi generasi yang berumur 40 tahun ke atas. Juara Kilauan Emas 4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100K dan sebuah kereta Toyota Camry manakala Naib Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM50K dan sebuah kereta Nissan X Gear. Pemenang tempat ke 3 dan ke 4 akan membawa pulang wang tunai RM30K dan RM15K.

1625559_468612963244582_1707982584_n

Mengekalkan format asal, percarian bakat Kilauan Emas 4 bakal menjelajah di setiap 6 zon uji bakat iaitu Zon Sabah (1 Borneo Hypermall, 8 Feb), Zon Sarawak (Hills Shopping Mall, 15 Feb), Zon Timur ( Berjaya Megamall Kuantan Pahang, 22 Feb), Zon Selatan (Berjaya Waterfront Mall Johor Bharu, 1 Mac), Zon Utara (MegaMall  Seberang Perai Pulau Pinang, 8 Mac ) dan Zon Tengah (SACC mall Shah Alam Selangor, 15 & 16 Mac).

Selain itu juga, Kilauan Emas 4 juga membawa masuk 3 juri tetap untuk ujibakat iaitu Dato Sri Wirama Adnan Abu Hassan, Siti Hajar dan Ayai ILusi serta mengekalkan Kak Engku sebagai pengacara Pentas Kilauan Emas. Program ini bakal bersiaran di Astro Prima (saluran 105) dan bermula April ini.

5 comments on “(HIBURAN) Pencarian “ OTAI MASIH BERBISA” Diteruskan Untuk Kilauan Emas 4

  1. bolhassan hj morshidi says:

    boleh saya tau lokasi hill shopping mall kat kuching dan senarai lagu yang boleh dinyanyikan

  2. admin says:

    Berikut adalah Lokasi dan Tarikh Ujibakat:

    NO. NEGERI LOKASI UJIBAKAT TARIKH
    1 Sabah (Zon Sabah) 1Borneo Hypermall KK 8 Feb 2014
    2. Sarawak (Zon Sarawak) Hills Shopping Mall, Kuching 15 Feb 2014
    3. Pahang (Zon Timur) Berjaya Megamall Kuantan 22 Feb 2014
    4. Johor (Zon Selatan) Berjaya Waterfront Mall JB 1 Mac 2014
    5. P.Pinang (Zon Utara) Megamall Pinang, Sebrg Prai 8 Mac 2014
    6. Selangor (Zon Tengah) SACC Mall Shah Alam 15 & 16 Mac
    SYARAT – SYARAT PENYERTAAN:
    1. Terbuka kepada penyanyi solo lelaki dan solo wanita sahaja.
    2. Warganegara Malaysia atau Singapura.
    3. Berusia 40 tahun ke atas pada 1 Febuari 2014.
    4. Tidak pernah merakamkan album dalam tempoh 5 tahun dari tarikh ujibakat.
    5. Tidak pernah menjadi finalis Kilauan Emas musim 1, 2 & 3.
    6. Pendaftaran terbuka kepada 300 peserta terawal sahaja.
    7. Pendaftaran dibuka mulai jam 8.30 pagi.
    8. Peserta dikehendaki membawa:
    a) 2 keping gambar berukuran 3R
    b) Salinan Kad Pengenalan atau Pasport
    9. Peserta digalakkan membawa minus one dan alat muzik sendiri sekiranya terpilih ke peringkat seterusnya.

    PILIHAN LAGU WAJIB LELAKI:

    1 Seruling Anak Gembala – Datuk Jeffrydin 6 Pawana – Search
    2 Aku Semut Merah – Meggy Z 7 Seni Berzaman – To’ki
    3 Mimpi Yang Tak Sudah – Ibnor Reza 8 Aku Penghibur – Dato Jamal Abdillah
    4 Mentera Semerah Padi – Dato M. Nasir 9 Dengar Ini Cerita – Tan Sri P. Ramlee
    5 Kain Cinta Putih – Putra 10 Hotel California – Eagles

    PILIHAN LAGU WAJIB WANITA:

    1 Teruna – Fatimah M. Amin 6 Seri Dewi Malam – Datuk Sharifah Aini
    2 Perwira – Puan Sri Saloma 7 Ku Keudara Lagi – Francesca Peter
    3 Aku Sudah Jatuh Hati – Norsheila Amin 8 Kidah Hati – Alyah
    4 Bunga-bunga Cinta – Misha Omar 9 I Will Survive – GLora Gaynor
    5 CIntaku 100% – Mas Idayu 10 Anggapanmu – Ziana Zain

  3. Lanie says:

    Ujibakat di SACC MALL di tunda..bleh sy tau tarikh sbnrnye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *