(HIBURAN) PESAN AMIRA OTHMAN DALAM ‘SURAT AKHIR’

Spread the love

Penyanyi, pelakon serta pengacara berimej bersih dan jauh daripada segala palitan kontroversi yang berasal dari Skudai, Johor, Hajjah Nadia Amira Othman atau lebih mesra dengan sapaan, Amira Othman, kembali mewarnai industri muzik tanah air setelah hampir 2 tahun berehat tanpa mana-mana projek solo dengan single terbaharu yang pasti menyentuh kalbu berjudul ‘Surat Ahkir’. Lagu ini ditulis dan melodinya digubah khas oleh saudara beliau sendiri, Syafiq Khan, serta dihasilkan oleh MFMF, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment. Lagu ini juga menjadi “OST” Drama Hebat di inspirasikan dari novel arahan Nur Sharif dan penerbit Micheal Ang yang akan mengisi slot Megadrama Astro Ria setiap isnin -Khamis 10 malam bermula 2 Feb ini

Bercerita mengenai maksud lagu ‘Surat Akhir’, Amira berkata, “Memang ada maksud tersirat di sebalik bait-bait lagu ini, Surat Akhir merupakan wasiat terakhir sebelum kita semua pergi melangkah meninggalkan dunia yang fana ini.”

“Mungkin untuk suami atau isteri, buat anak-anak, ibu bapa dan juga kekasih, kiranya untuk orang yang tersayang kerana yakni pasti semua tahu, kita semua akan pergi pada satu hari nanti.

“Idea single ini datangnya daripada saudara saya sendiri iaitu Syafiq Khan, asalnya beliau hanya suka-suka sahaja dan apabila saya dengar, saya terus jatuh cinta dengan lirik dan melodi yang dihasilkan!

“Genre yang saya bawakan kali ini berentak ballad santai dan tidak terlalu berat, umpama seseorang yang sedang menyampaikan warkah terakhir dalam nada yang begitu tenang dan syahdu, dan itu yang saya cuba tonjolkan dalam lagu ini.

Beliau turut menambah, “Proses rakaman hanya mengambil masa selama 3 jam sahaja dan dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan dengan mengikuti SOP yang ditetapkan.”

“Paling tidak boleh dilupakan, ketika dalam perjalanan ke studio rakaman saya telah mengalami Rhabdomyolisis iaitu kecederaan otot dalaman yang sangat serius dan pada sangkaan saya ia hanyalah sakit otot yang biasa, nasib baik tiada apa yang berlaku sewaktu memandu.

Penyandang tempat ketiga Akademi Fantasi musim ke-10 ini turut berkongsi keadaan terkininya, “Alhamdulillah saya baru sahaja beransur pulih setelah mengalami kecederaan pada otot ketika bersenam dan dimasukkan ke hospital, banyak perkara yang terpaksa ditunda kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.”

“In Shaa Allah selepas ini saya akan kembali aktif bukan sahaja dalam bidang nyanyian, bahkan untuk berlakon kembali kerana sudah lama saya tinggalkan bidang tersebut dan ramai peminat tertanya-tanya bila saya akan muncul di layar TV semula.

Menurut Encik Feros Sayna, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment,

“Amira adalah artis naungan kami yang serba boleh, beliau mempunyai bakat yang sangat meluas dalam bidang seni, saya harap dengan lagu Surat Akhir ini ia dapat menambat hati para pendengar di luar sana dan penggemar muzik tempatan.”

Amira turut berharap, “Sudah lama saya tidak menghasilkan mana-mana projek solo, saya berharap agar lagu ini dapat mencuit hati sesiapa sahaja yang mendengarnya dan terutamanya kepada peminat-peminat setia saya yang sudah lama menunggu karya-karya terbaru daripada saya.”

Lagu ‘Surat Akhir’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik lagu ‘Surat Akhir’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *