(HIBURAN) POTRET JIWA NUR FATIMA DALAM ‘GALERI’

Spread the love

Penyanyi serta penulis lirik berbakat besar dan berpengalaman luas yang juga merupakan anak jati Kuala Lumpur, Nur Fatimah Abdul Wahab atau lebih terkenal dengan panggilan Nur Fatima, kini kembali menghangatkan industri muzik tanah air setelah memenangi tempat ke-4 dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-6 dengan single terbaharu yang lebih rancak yang turut menampilkan artis rap Malaysia, Kayda, berjudul ‘Galeri’. Lagu ini ditulis dan digubah oleh komposer-komposer hebat negara seperti Omar K, Audi Mok, Altimet, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga.

Bercerita mengenai lagu ‘Galeri’, Nur berkata, “Ia mengisahkan tentang seseorang yang telah berpisah daripada pasangannya dan sedang dalam proses untuk move on, akan tetapi percampuran emosi yang dihadapinya menyukarkan proses tersebut apabila menatap gambar-gambar mereka ketika bersama di sosial media ibarat sebuah galeri, membangkitkan memori silam.”

“Meneruskan kehidupan setelah berpisah adalah sesuatu yang sukar tetapi perlulah redha dengan apa yang terjadi dan belajar daripada perpisahan tersebut.

“Pada single kali ini Nur membawa kelainan dengan membawakan genre balada pop dengan elemen hip-hop yang disampaikan oleh Kayda kerana beliau mempunyai suara rap yang bagus, bertenaga dan sekaligus membawa aura yang lebih moden kepada lagu Galeri.

Proses rakaman, suntingan dan adunan yang mengambil masa selama 2 minggu telah dilakukan di Studio Enormus milik komposer Omar K.

Memandangkan Nur dan Omar K pernah bekerjasama sebelum ini, jadi agak senang dan cepat proses rakaman tersebut dijalankan kerana beliau sudah tahu tahap kemampuan dan kebolehan suara Nur dari segi skala vokal dan stail nyanyian, selain dapat berkenalan dengan komposer-kompser baru yang muda dan berbakat menjadikan ia sebuah pengalaman manis.

“Kami (Nur dan Kayda) melakukan proses rakaman ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang berlangsung sebelum Nur pulang ke pangkuan suami di Australia, sambil mematuhi SOP yang ditetapkan dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Mengulas lanjut mengenai video muzik (MV) Galeri, “Memandangkan isu COVID-19 yang masih berlaku, ia telah memberi inspirasi pada Nur dan pihak pengurusan untuk mengolahnya dalam bentuk animasi, walaupun tidak menggambarkan keseluruhan jalan cerita lagu tersebut ia lebih menghiburkan kerana kelainan yang ditonjolkan, jadi kepada peminat-peminat di luar sana jangan lupa tonton MV Galeri apabila dilancarkan kelak.”

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan, banyak aktiviti-aktiviti seni terpaksa di hentikan, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau, “Nur masih lagi aktif dengan latihan nyanyian di studio di rumah selain mencari ilham dan mengumpul material untuk lagu baru.”

“Selain aktiviti fizikal seperti bersenam, melakukan yoga dan mendaki, Nur mempunyai binatang peliharaan iaitu burung bernama Koa yang sangat pintar dan menghiburkan.

Nur Fatima bukanlah nama baru dalam industri muzik tanah air dan telah pun berkecimpung sejak 20 tahun yang lalu dan ada pasang surutnya, “Untuk kekal dalam industri bukannya mudah, lebih-lebih lagi apabila kalau dinilai dari segi populariti kerana ada naik dan turunnya.”

“Kita perlu mengikut peredaran masa dan keutamaan saya lebih kepada keluarga namun dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pihak pengurusan, akhirnya saya muncul kembali ke persada tanah air dan saya tahu saya perlu bekerja lebih keras lagi.

“Nur harap semoga Galeri mendapat sambutan dan sokongan daripada semua peminat yang sudah lama tertunggu buah tangan baru dan semoga ia mendapat tempat di hati penggemar muzik tempatan.

Lagu ‘Galeri’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music,. Manakala video muzik lagu ‘Galeri’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube

https://WMM.lnk.to/Galeri

Nur Fatima Social Media Links

https://www.facebook.com/NurFatima.Music

https://www.instagram.com/nurfatima_music/

Kayda Social Media Links

https://www.facebook.com/sizez3ro

https://www.instagram.com/sizez3ro/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *