(HIBURAN) “POTRET” LAGU TERBAIK SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 30 MINGGU KE -2

Akim & The Majistret

Shah Alam, 29 November 2015 – Bermula 22 November 2015 yang lalu menandakan detik dimana 3 Ahad bakal menentukan lagu manakah yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu yang ke 30 nanti. Jika minggu pertama menyaksikan lagu ‘Sampai Mati’ nyanyian Hazama komposer Omar K & Audi Mok yang liriknya ditulis Omar K diumumkan sebagai lagu terbaik, kali ini lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar pula mendapat gelaran itu menerusi persembahan Akim & The Majistret. Walaubagaimanapun keputusan itu belum pasti melayakkan lagu tersebut ke pentas AJL 30 kerana keputusan muktamad hanya boleh ditentukan pada siri ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 30 yang bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral secara terus ke kaca TV anda pada jam 9.00 malam eksklusif di TV3 pada 6 Disember nanti.Stacy - Im Not For Sale

Penantian 12 buah lagu tersebut pastinya sukar diramalkan kerana 30 buah lagu yang tersenarai di peringkat separuh akhir ini adalah gabungan penyanyi berpengalaman dan baharu yang mempunyai keistimewaan dan kekuatan yang tersendiri. 12 buah lagu ini akan disenarai pendek menerusi tiga siri persembahan separuh akhir yang berlangsung pada 22 November (11 lagu), 29 November (10 lagu) dan 6 Disember (9 lagu) yang bakal dihakimi oleh juri-juri profesional dalam bidang muzik. Antara juri yang bertanggungjawab menilai lagu-lagu yang bakal dibawa ke pentas Anugerah Juara Lagu nanti adalah Azmeer, Helen Yap, Edrie Hashim, Jennifer Thompson, Loque, Taja dan Dato’ Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Sandra - Hey Kau

Menariknya, kumpulan Caliph Busker yang hanya merupakan penyanyi gantian lagu Romancinta pada AJL29 juga layak ke pentas separuh akhir dengan lagu mereka sendiri berjudul Hanya Namamu. Bunkface membuka pentas dengan rancaknya menerusi lagu Malam Ini Kita Punya. Begitu juga penyanyi lincah Stacy (Not For Sale) dan Alyah (Syurga) yang membawa penghayatan yang tinggi. Turut berentap malam itu adalah Noh Salleh (Angin Kencang), Sofazr, Asfan & RJ (#Peristiwa) dan Black (Mana Mungkin) yang menyanyi dengan bersahaja di atas sebuah motosikal. Masing-masing mencuri perhatian menyampaikan lagu ciptaan komposer dan penulis lirik masing-masing.

Caliph Buskers - Hanya Namamu

Tidak kurang hebatnya ialah para pendatang baru yang membuktikan kekuatan lagu masing-masing seperti Sandra (Hey Kau) dan Aziz Harun (Senyum) yang memiliki muzik ’catchy’ yang sering mendapat sambutan di kalangan pendengar muzik tanahair.

Bunkface - Malam Ini Kita Punya

Separuh Akhir Muzik Muzik 30 juga akan membawakan persembahan menarik oleh pemenang Projek Muzik Hot FM yag digabungkan dengan penyanyi terkenal setiap minggu di penghujung rancangan. Antaranya Mark Adam bersama Masweera, Awi Rafael dan S.I.R serta Monalyssa bersama Aizat Amdan.

Black - Mana Mungkin

Bahang separuh akhir telah bermula namun debaran menanti Anugerah Juara Lagu juga makin terasa. nantikan 30 buah lagu berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik yang berlangsung pada 22 & 29 November serta 6 Disember nanti jam 9.00 malam eksklusif di TV3. Rancangan ini dihoskan oleh AG dan Fara Fauzana yang bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Separuh Akhir muzik Muzik 30 dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh. Penonton digalakkan menggunakan #SFMM30 untuk sebarang komunikasi di laman sosial berkaitan Separuh Akhir Muzik Muzik 30.

Aziz Harun - Senyum

Alyah - Syurga

#Peristiwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *