(HIBURAN) “Princess Hours” Ekslusif Versi Thai di dimsum! – Impian setiap gadis ingin menjadi puteri

(Petaling Jaya, 29 Jun) – Drama mega popular Korea, “Goong” atau “Princess Hours” kini kembali dalam versi Thai! Drama sentuhan aktor Ananda dan lakonan oleh Ungsumalynn Sirapatsakmetha (Pattie) serta Tao Sattaphong Phiangphor sebagai Puteri Diraja dan Putera, Princess Hours bakal menemui peminat menerusi dimsum pada 3 Julai kelak. 

Mengekalkan keaslian drama asal, versi Thai menampilkan sisi penceritaan dan lakon layar yang lebih segar. Antaranya termasuk lokasi drama di sebuah negara ciptaan, Bhutin dan bukan di Thailand. Dalam versi Korea, Chae Kyung adalah pelajar bidang seni yang mengejar cita-cita menjadi pereka fesyen, namun dalam versi Thai, puteri diraja Kah Ning mahu menjadi seorang pakar seni. Selain itu, teman wanita kepada Putera Diraja Lee Shin adalah seorang penari ballet, manakala teman wanita Putera Indra ditampilkan sebagai atlet memanah.

Berlatar-belakangkan negara fiksyen Bhutin, drama ini menyelongkar kisah percintaan di antara sang putera dan gadis biasa dalam suasana kawalan istana diraja yang cukup ketat. Putera Diraja Indra dan Kah Ning dipaksa berkahwin akibat perjanjian awal yang dibuat oleh nenda mereka. Namun sebelum itu, Putera Indra turut melamar teman wanita berstatus selebriti, Minnie untuk mengahwininya namun ditolak dengan alasan ingin menggapai cita-cita beliau terlebih dahulu. Sementalah Kah Ning yang berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan di istana termasuk peranannya sebagai sang puteri dan isteri, kini mulai jatuh hati dengan sang putera yang mulai memahaminya. Walaubagaimanapun, keadaan mulai goyah apabila mantan Putera Diraja menuntut hak takhta untuk anak lelakinya, manakala Minnie mahukan Putera Indra kembali. Pelbagai cabaran mendepani kehidupan suami-isteri ini, mampukah Putera Diraja dan Puteri ini merungkai percintaan mereka yang kini disulami kebahagiaan?

Aktres yang kini sedang menempa nama dalam dunia filem dan drama Thailand, Pattie memulakan karier beliau pada tahun 2008 menerusi filem “Hormones” serta muncul dalam pelbagai siri televisyen termasuk filem “Bangkok Traffic Love Story” 2009 yang membawa nama beliau mengungguli Anugerah Aktres Baru Filem Terbaik di acara Top Awards 2009, selain filem “The Bedside Detective”, “Seven Something” dan “Hormones the Series”.

Manakala Tao Sattaphong Phiangphor merupakan aktor dan penyanyi popular Thailand yang juga merupakan finalis di Akademi Fantasia musim ke-8. Drama bersiri “Princess Hours” adalah kemunculan pertama beliau selaku pelakon utama untuk anak muda berusia 27 tahun ini selepas membintangi siri popular “I Wanna Be a Superstar” dan “Kiss Me” sebagai watak utama sampingan.

Stephane Saisean Pagniez (Phan) yang dilahir dan dibesarkan di Bangkok, Thailand memulakan kerjayanya sebagai model untuk peragaan fesyen serta iklan komersil ketika berusia 17 tahun. Beliau pertama kali berkecimpung dalam dunia lakonan menerusi filem “Raak Boon” dan terus kekal sebagai aktor serta model profesional semenjak itu.

Thanchanok Ritnaka yang juga dikenali sebagai Bebe merupakan aktres dan penyanyi popular Thailand. Gadis aktif yang juga selebriti sensasi di jaringan Internet, menjadi perhatian ramai dengan bentuk badan yang menawan selain hobi senaman badan berjaya mengumpul jutaan peminat beliau di laman Instagram. Gadis yang berusia 27 tahun ini sehingga kini telah tampil dalam pelbagai lakonan drama termasuk “Plerng Tawan”, “Khu Prub Tumrub Hian”, “Mae Khun Oei”, “Pin Rak” serta banyak lagi.

dimsum yang boleh ditonton di Malaysia dan Brunei, menyokong aplikasi Chromecast serta AirPlay untuk pelanggan yang mahu menikmati tontonan di kaca TV, dengan yuran langganan bulanan serendah RM15. Muat-turun aplikasi dimsum hari ini di Stor Aplikasi Apple atau Stor Google Play, atau strim secara langsung di dimsum.my. Nikmati 30 hari langganan percuma pelbagai kandungan terbaik Asia untuk kesemua pelanggan baru.

Untuk maklumat lanjut, layari dimsum.my, serta ikuti laman sosial dimsum di Facebook (facebook.com/dimsum.my) atau Instagram (@dimsum.my).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *