(HIBURAN) QAIDZUL PERKENALKAN DIRI DENGAN ‘TAK PERLU UNGKAPKAN’

Spread the love

Berbekalkan minat yang mendalam sejak kecil dan lebih lima tahun pengalaman dalam menyertai pertandingan nyanyian, bintang baru Qaidzul yang juga sering disapa mesra sebagai Ajoi membuka langkahnya untuk masuk ke industri hiburan tempatan.

Sebelum ini, Qaidzul memang dikenali oleh pengikut setianya di laman sosial seperti Youtube kerana gemar menyanyikan semula lagu-lagu artis popular tempatan dan antarabangsa.

Kini, anak muda yang berasal daripada Kelang ini muncul dengan single pertamanya yang berjudul ‘Tak Perlu Ungkapkan’.

Lagu ciptaan DJ Fuzz ini memberi peluang kepada Qaidzul untuk menunjukkan kemampuannya sebagai seorang bintang baru di Malaysia. Lebih menarik lagi lagu ini mendapat sentuhan empat orang penulis lirik iaitu penyanyi Hez Hazmi, serta Jiwa, Yus Zainal dan juga Azren Albakri. Mereka telah bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang indah buat percubaan pertama Qaidzul dalam industri seni suara.

Menurut Qaidzul lagu ini berkisahkan cinta yang tak kesampaian di mana hati lelaki di dalam lagu tersebut telah dipermainkan oleh wanita. Walau bagaimanapun, lagu ini tiada kaitan dengan pengalaman hidup Qaidzul sendiri dan ia hanyalah sekadar sebuah lagu.

Sungguhpun begitu, dia yakin pasti ramai lelaki yang pernah melalui keadaan sedemikian.

Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan pertama Qaidzul ini mempunyai potensi yang besar untuk diterima para peminat muzik tanah air dengan gubahan muziknya yang mengasyikkan serta kemerduan suara Qaidzul sendiri.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

“Walaupun Qaidzul masih baru dalam industri muzik Malaysia, saya percaya dengan bakat nyanyian beliau. Saya berharap agar ‘Tak Perlu Ungkapkan’ menjadi permulaan bagi kerjaya Qaidzul dan berharap lagu ini dapat diterima ramai sebelum beliau mengorak langkah dan melangkau lebih jauh.

Lagu ‘Tak Perlu Ungkapkan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Mawar Terbiar’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *