(HIBURAN) Rani Kulup bakal mengegar panggung wayang tempatan

12279.LINE_zpsfdqyyaciKipidapp! Selamatkan Hari Jadi membuka lembaran 2016 untuk filem MIG yang bakal ditayangkan pada 17 mac 2016. Filem itu, yang memulakan penggambaran Ogos tahun lalu, membariskan Hafreez Adam, Atikah Suhaime, Kartina Aziz, Vicha Saywho, Julia Farhana Marin dan Aizat Hassan serta kemunculan istimewa Rani Kulup yang membawakan watak Tok Daddy . 

_DSC1588TAMPIL dengan imej beret merah, berbaju seragam berwarna merah dan hitam, kelibat Abdul Rani Kulup Abdullah, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) sudah cukup dikenali kerana beliau sering membuat laporan polis berkaitan isu semasa terutamanya hal yang menyentuh agama Islam dan kedaulatan raja-raja Melayu. Turut digelar ‘Raja Report’, kelibat Rani Kulup ada lebih mesra di panggil Ayah, akan dapat dilihat menerusi filem pertama lakonannya, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi terbitan Metrowealth Picture (MIG).  “Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi” diterbitkan oleh MIG Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah tidak asing lagi, Eyra Rahman._DSC0680

Sinopsis:

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi mengisahkan Sapura (Atikah) seorang peguam, bercinta dengan seorang pelakon yang sedang meningkat naik iaitu, Eddie (Hafreez). Dunia mereka yang berbeza membuatkan Sapura sering rasa tergugat dengan hubungan percintaan mereka lebih-lebih lagi Eddie sering digosipkan dengan seorang pelakon bernama Maya (Julia). Disebabkan rasa sayang dan cinta, Sapura terpaksa menerima apa sahaja yang berlaku dengan perhubungan cinta mereka.

Atok Sapura, Tok Daddy (Rani Kulup) dan nenek Sapura, Nanny Rockie (Kartina) atau nama sebenarnya Nek Rokiah membesarkan adik Sapura yang lain iaitu Akim, Afiq dan Sarah selepas kematian ibu serta ayah mereka. Akim, Afiq dan Sarah tahu tentang hubungan percintaan kakaknya itu, namun mereka membantah perhubungan mereka kerana sikap Eddie yang tidak menyenangkan mereka.

Hisham (Aizat), rakan baik Sapura sejak kecil telah menyimpan perasaan terhadap Sapura. Hisham memang sayangkan Sapura namun, tidak pernah memberitahu Sapura. Hisham juga sangat rapat dengan atuk dan nenek Sapura. Pada suatu malam, di hari jadi Sapura, satu kejadian yang tidak disengajakan telah berlaku. Eddie telah tersasul menyebut nama ketika menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

Oleh kerana marah dengan kejadian itu, Sapura membawa dirinya ke kampung. Eddie juga turut pulang ke kampung Sapura untuk memujuk Sapura.
Namun, adik-beradik Sapura mempunyai rancangan lain untuk merosakkan hubungan mereka. Ini kerana, mereka merasakan Sapura lebih layak bersama Hisham.

_DSC0248

_DSC0552

_DSC0938

_DSC1003

_DSC1047

_DSC1279

_DSC1466

_DSC1485

_DSC1687

_DSC1887

_DSC1978

_DSC2146

_DSC2149

_DSC2510

_DSC3926

_DSC4957

_DSC9865

_DSC8260

_DSC8208

_DSC7348

_DSC6755

_DSC5976

_DSC5211

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *