(HIBURAN) Rentak Tradisional Wings Bersama OTM DI Istana Budaya

DSC_2523-01

Kumpulan rock terkenal WINGS, bakal kembali ke Istana Budaya untuk menghiburkan peminat-peminat mereka. Kumpulan Wings bakal mengentengahkan lagu berkonsepkan rock dan tradisional pada konsert berjudul ‘Wings Ta’kan Melayu Hilang Di Dunia’ yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 sehingga 16 Jun 2015.

DSC_2661-01

Digarap sebagai  sebuah konsert berkonsep semi teaterikal, yang mengangkat nilai estetika, budaya dan perjuangan anak bangsa mewakili Melayu. Biarpun memilih rock sebagai jalan seni sejak hampir 30 tahun yang lalu, Wings tetap menghormati dan menyanjungi adat serta warisan bangsa Melayu. Hasil daripada pengalaman dan kesedaran itu, maka terhasillah Konsert Wings Takkan Melayu Hilang Di Dunia,” jelas Awie yang mengilhamkan sendiri penganjuran konsert berkenaan. Konsert Wings yang julung kali diterbitkan Awie Entertainment Sdn Bhd.

DSC_2680-01

Konsert Wings Takkan Melayu Hilang Di Dunia tidak hanya membawa lagu-lagu hit yang dipetik dari zaman Belenggu Irama, Hukum Karma, Bazooka Panaka atau Menakluk Kosmos. Sebaliknya, konsert yang membawa falsafah kemelayuan itu akan menyajikan pilihan lagu-lagu yang berbeza berbanding konsert sebelum ini. Pilihan lagu untuk konsert kali ini agak istimewa kerana Wings akan menyampaikan lagu-lagu yang berpaksikan perjuangan seperti Inspirasi Taming Sari. Konsert ini juga menyelitkan lagu nyanyian semula (cover song) yang menepati elemen perjuangan terhadap ibu bapa, seni, budaya bangsa, negara dan agama.

DSC_2702

Wings bakal muncul mengenakan kostum klasik lengkap memakai tengkolok seperti laksamana Melayu zaman dahulu kala sepanjang konsert berlangsung. Jika pahlawan berkeris dan berlembing di medan pertarungan, Wings pula bersenjatakan muzik dan lagu untuk menawan khalayak sambil melaungkan semangat perjuangan. Kombinasi muzik rock dan bunyi-bunyian tradisional daripada gamelan, nobat, serunai dan gambus dijangka akan mengasyikkan dan menjadikan Konsert Wings Takkan Melayu Hilang Di Dunia nanti sebuah konsert yang tidak pernah disaksikan selama ini. Lakon pentas berupa aksi silat, monolog dan bacaan puisi penuh emosi bertemakan perjuangan dijangka akan menjadi tarikan dan kelainan konsert ini. Penggunaan videomatik atau peta visual juga akan memberi lebih gambaran kepada tema perjuangan yang ingin dipersembahkan. Selain diiringi pemuzik OTM, konsert ini turut mengundang seorang pemuzik jemputan yang akan diumumkan tidak lagi.

Harga tiket untuk Konsert Wings ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’ bermula dengan harga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305 dan RM450.

Layari www.AirAsiaRedtix.com untuk pembelian secara talian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *