(HIBURAN) Rockers Pentas Panas Musim Pertama Sebagai Platform Untuk 5 Finalist

Pelancaran Album Digital 1

Cyberjaya, 23 Februari 2016  ­­– Selepas bertarung selama 13 episod, 5 orang daripada rancangan realiti ‘Rockers : Pentas Panas’ berjaya mara ke peringkat akhir! Rancangan yang terbitkan secara eksklusif oleh HyppTV dengan kerjasama KRU Studios Sdn Bhd ini merupakan program realiti TV pertama di Malaysia untuk mencari penyanyi Rock & Roll terbaik yang memiliki “DNA seorang Rocker”. Rancangan ini disiarkan secara eksklusif di HyppSensasi, saluran 116 dan ‘menampilkan penasihat-penasihat berpengalaman dari industri seni tempatan seperti, Ramli Sarip selaku “Otai”, Hunny Madu sebagai pengacara Konsert Mingguan (Rock Chick), Myo sebagai pengacara Jurnal Harian (Der), Tam Spider & Kudsia Kahar selaku juri tetap di konsert mingguan, dan Soffi Jikan sebagai pembimbing peserta (Abang Long).

Sesi sidang media yang diadakan pada 23 Februari 2016  bertempat di Neway @ 1Utama ini adalah untuk memperkenalkan  lima pemenang ‘Rockers : Pentas Panas’. Mereka adalah,  Zarith Sofea Md Yasin atau lebih dikenali sebagai Zarith, juara program ini. Tempat kedua pula adalah Rasmawatie Thamrin atau nama professionalnya Nona. Awal Fitri Abdullah atau lebih dikenali sebagai Awal di tempat ketiga manakala Dans atau nama sebenar Muhamad Iskandar Abdul Halim di tempat keempat dan Kamilia Razwanis Kamarudin atau lebih gemar dipanggil Liawanis berjaya menempatkan dirinya di tempat kelima.

Rancangan realiti ‘Rockers : Pentas Panas’ musim pertama ini menawarkan kepada juara, hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000 dan peluang merakamkan lagu di Los Angeles. Untuk keempat-empat finalis yang lain pula mereka tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka juga diberikan satu lagu baru yang digubah khas untuk mereka hasil terbitan KRU Music.Peserta Rockers dan VIP

Kesemua lagu mereka telah dirakamkan secara professional oleh komposer yang terkenal dan tidak asing lagi di persada musik tanahair iaitu Tam Spider, Yusry Abd Halim, Edry Abd Halim dan Archie Nasution. KRU Music juga akan melancarkan album digital hasil kompilasi lima lagu finalis ini. Oleh itu orang ramai boleh mendengar lagu-lagu mereka bukan sahaja di radio-radio tempatan, malahan secara atas talian, di mana-mana aplikasi ‘streaming’ dan juga melalui iTunes.

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menonton rancangan realiti ini, anda boleh menyaksikannya di saluran HyppPlay di HyppTV saluran 830 dengan melanggani pakej UniFi atau melanggani saluran HyppSensasi melalui melalui aplikasi HyppTV Everywhere di peranti pintar. Aplikasi mudah alih tersebut kini membolehkan pendaftaran melalui aplikasi (in-app) menerusi nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan Facebook bagi pelanggan UniFi, Streamyx.Orang ramai juga boleh mendaftar melalui aplikasi HyppTV Everywhere untuk menikmati perkhidmatan HyppTV. Aplikasi HyppTV Everywhere ini boleh dimuat turun di Google Play untuk Android dan App Store untuk Apple.

Selain itu, anda juga boleh ‘subscribe’ laman Youtube Rockers : Pentas Panas untuk melihat disebalik tabir dan pelbagai video-video eksklusif di dalam rancangan realiti ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *