(HIBURAN) ROCKETFUEL ENTERTAINMENT KINI MENDARAT DI PLANET V!

Spread the love

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2022 – Sebagai salah satu medium industri hiburan utama negara, Rocketfuel Entertainment dengan bangganya mengumumkan pelan masa hadapan syarikat yang merentas galaksi semasa acara makan malam gala bertemakan ‘angkasa lepas’ yang dikenali sebagai Rocketfuel V, di samping memberi penghormatan dan meraikan rakan media, para pelanggan dan juga rakan industri.

Di bawah kepimpinan Encik Kenny Ong, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio & Rocketfuel Entertainment, serta Encik Feros Sayna Andreas, Ketua Rocketfuel Entertainment, syarikat ini telah menjalani penstrukturan semula dan pengubahsuaian model perniagaan yang bersepadu pada tahun sebelum ini.

Selain itu, syarikat juga turut melebarkan sayap dengan memberi tumpuan terhadap penciptaan kandungan yang unik, baharu dan yang juga melibatkan acara langsung, di samping mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu perniagaan Key Opinion Leader (KOL) yang sedia ada. Rocketfuel V juga berfungsi untuk memperkenalkan semula jenama Rocketfuel Entertainment yang baharu seiring dengan tahun kelima pengoperasian mereka.

“Kami sangat teruja untuk membentangkan projek terbaharu dan perancangan masa hadapan syarikat pada malam ini, dan juga meraikan mereka yang telah bersama-sama kami sejak mula dilancarkan,” kata Encik Feros Sayna Andreas.

Pada malam istimewa ini, tetamu akan dibawa menjelajah ke sebuah dunia baharu yang digelar Planet V di bawah jajahan Rocketfuel Entertainment.

Selain itu, para hadirin juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh barisan artis terkenal negara dan juga beberapa pengumuman penting oleh syarikat.

Melalui kolaborasi bernas di antara Rocketfuel Entertainment dengan Def Jam Recordings Malaysia (dulu dikenali sebagai Kartel Records), program ‘16 Baris’ menjadi medan bagi pengamal hip-hop di serata rantau Asia Tenggara (SEA) menunjukkan bakat mereka. Sebuah persembahan pembukaan istmewa pada malam ini oleh Joe Flizzow a.k.a Mr. President dan DJ CZA dapat disajikan sekaligus mengumumkan berita bahawa musim ke-3 ‘16 Baris’ dan sebuah konsert yang bakal berlangsung pada penghujung musim ini.

Dalam usaha syarikat ini, untuk menarik lebih ramai penonton muda, Rocketfuel Entertainment turut memperkenalkan sebuah siri berkonsepkan edu-tainment khusus buat kanak-kanak dikenali sebagai ‘Roc-kids’. Siri ini memaparkan aksi kanak-kanak dalam melakukan pekerjaan orang dewasa dengan tujuan menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada penonton muda melalui medium hiburan.

Setelah negara memasuki fasa endemik, Rocketfuel Entertainment bakal menganjurkan beberapa konsert di pelbagai lokasi. Antara konsert yang dirancang ialah konsert mini oleh penyanyi terkenal, Hael Husaini pada penghujung tahun ini, sementara pasangan suami isteri popular, Ernie Zakri dan Syamel juga akan mengadakan konsert secara bersama. Tiket bagi konsert tersebut akan djual melalui pelbagai platform yang ditetapkan.

Rocketfuel Entertainment juga akan memperkenalkan ‘I’m In Session 2’ yang merupakan kandungan bersiri memaparkan persembahan secara langsung oleh para artis di lokasi-lokasi yang istimewa sekitar Malaysia selama 30 minit bagi satu episod. Setiap episod memaparkan segmen-segmen berbeza seperti nyanyian dan wawancara eksklusif bersama artis yang ditonjolkan.

Selain itu, Rocketfuel Entertainment akan berkolaborasi bersama-sama pencipta siri animasi paling popular iaitu Didi & Friends dari Warnakala Studios untuk mencipta ‘bintang virtual-nya’ yang pertama!

Permintaan yang tinggi terhadap kepelbagaian produk yang terjual di atas talian memberikan peluang buat Rocketfuel Entertainment untuk melancarkan platform dagangan sosialnya sendiri melalui platform artis yang tersedia. Selain hanya membuat ciapan di media sosial, jenama-jenama utama kini boleh memasarkan produk mereka terus kepada pembeli melalui platform artis, lantas mewujudkan jaringan terus-menerus untuk pengguna dari segi kesedaran jenama, penganalisian produk dan keputusan pembelian.

Dengan bangganya kami ingin mempersembahkan kolaborasi antara Rocketfuel Entertainment bersama Genting Group bagi menjayakan konsert karnival hujung minggu yang istimewa di Madison Garden, Genting Highlands. Konsert selama dua hari ini akan merangkumi sesi ramah mesra, permainan di taman tema, kemudahan hotel serta sesi peminat dan artis  bersama artis kesayangan mereka dengan lebih dekat

Dalam usaha samanya dengan John Paul Lee Films, Rocketfuel Entertainment berbesar hati untuk mengumumkan penglibatannya dalam bidang industri perfileman. Filem berkonsepkan jenayah yang masih belum bertajuk ini akan membariskan bintang-bintang popular dari kalangan artis Rocketfuel Entertainment sendiri.

Sebagai sebuah peneraju label hiburan, Rocketfuel Entertainment turut bangga mengumumkan barisan artis terbaharunya seperti Jaa Suzuran dan pasangan suami isteri terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, bersama puteri-puteri mereka, Lara Alana dan Lila Amina.

Dan yang terbaharu, Rocketfuel Entertainment juga akan bergabung dengan aplikasi ‘Holla’ (tersedia di getholla.com, App Store dan Google Play Store), sebuah platform unik yang menawarkan laungan khas (shout-out) oleh artis kesayangan mereka dan peminat turut berpeluang merasai pengalaman istimewa bersama-sama artis atau pempengaruh (‘influencer’) Rocketfuel kegemaran mereka.

“Kami berharap agar malam gala ini menjadi titik tolak Rocketfuel Entertainment menerokai pasaran baharu, berkembang maju serta meluaskan pengaruhnya. Dengan projek yang pelbagai, pelan masa hadapan dan perkembangan terbaharu, saya yakin bahawa Rocketfuel kini berada di landasan yang betul dan terus memecut laju.

“Setinggi-tinggi penghargaan buat kesemua rakan media, para pelanggan dan rakan industri di atas sokongan yang diberikan dan akan terus memacu  misi kami ke peringkat seterusnya,” ujar Encik Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio & Rocketfuel Entertainment.

Maklumat lanjut tentang Rocketfuel Entertainment, boleh layari laman web www.rocketfuelent.com, @rocketfuelent di Instagram atau Rocketfuel Network di YouTube!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *