(HIBURAN) RONA BUNYI: FLOP POPPY – REST OF MY LIFE SHOWCASE

Sebuah band yang tak perlu diperkenalkan lagi, Flop Poppy telah berada di persada industri muzik Malaysia sejak hampir 30 tahun yang lalu. Bermula sebagai sebuah band indie yang hanya membuat persembahan di gig-gig underground, Flop Poppy mula mengambil langkah seterusnya untuk menceburi ke dalam dunia muzik ‘mainstream’ setelalh mendapat tawaran dari syarikat rakaman NSR pada awal tahun 2000.  Melalui pengenalan lagu ‘Rest Of My Life’ dan ‘Cinta’, mereka berjaya menarik minat stesen radio berbahasa melayu dan inggeris untuk memainkan lagu mereka dan seterusnya menambat hati peminat muzik Malaysia.

Setelah sekian lama tidak menemui para peminat dan membuat persembahan dimana-mana, anggota asal Flop Poppy yang terdiri dari Andy (vokal & gitar), Mijie (gitar), Megat (gitar), Wandy (bass) dan Bakri (drum) bergabung semula untuk sebuah persembahan khas buat para peminat lagu-lagu Flop Poppy.

Showcase Rona Bunyi: Flop Poppy – Rest Of My Life akan diadakan pada 1 September 2018 di Panggung Asia, Setor Gombak, Jalan Gombak bermula jam 8:00 malam.hingga 12 tengah malam.

Ini merupakan showcase kedua dibawah siri Rona Bunyi anjuran Tempatan FM dan Kelipan Store. Siri pertama Ronabunyi telah diadakan pada bulan yang lalu.

Di hari persembahan, peminat-peminat Flop Poppy akan disajikan dalam 25 buah lagu dendangan Flop Poppy serta kemunculan khas beberapa artis undangan tanahair.

Mereka juga akan turut dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan Pretty Ugly yang sudi menyokong dan memeriahkan lagi showcase yang akan berlangsung hampir 4 jam masa keseluruhannya.

Tiket-tiket yang berharga RM45 (Pra-Jualan) dan RM50 (hari persembahan) telah mula dijual sejak beberapa minggu lalu dan ianya boleh di dapati dengan membelinya dengan cara-cara berikut:-

  1. Melalui applikasi TicketApps yang boleh dimuat turun di dari Goole Play dan AppStore
  2. Dengan menempahnya dari wakil-wakil jualan yang diumumkan di media sosial rasmi Flop Poppy dan Tempatan FM.
  3. Boleh dibeli di pintu masuk Setor Gombak pada hari persembahan

Namun begitu, peminat digalakkan membeli tiket awal untuk mengelak kehabisan tiket sewaktu hari persembahan akibat permintaan yang sangat menggalakkan.

Ahli-ahli Flop Poppy juga telah membuat persetujuan dimana pembelian 5 tiket keatas oleh para peminat mereka akan dihantar oleh mereka kepada peminat berkenaan. Ini adalah tanda penghargaan Flop Poppy kepada peminat mereka disamping sebagai satu cara merapatkan hubungan mereka dengan para peminat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *