(HIBURAN) Sajian Program Menarik Menyemarakkan Sambutan Syawal di TV3 & TV9

Foto Grup

“Syukur Selalu” merupakan kempen Ramadan & Raya yang sedang rancak berlangsung menerusi rangkaian televisyen Media Prima, TV3 & TV9 dan juga online portal Tonton. Selain program TV yang disediakan khas buat tontonan ramai, kempen ini turut dimeriahkan dengan dua Bazar Syukur Selalu di Temerloh, Pahang (27 Jun) dan Johor Bahru, Johor (4 Julai) serta kunjungan Skuad Syukur Selalu ke bazar – bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang.

Duta Syukur Selalu TV9

“Syukur Selalu” telah dipilih sebagai tema kempen Ramadan & Raya menerusi rangkaian televisyen dan juga online portal, Tonton bersempena dengan kedatangan Ramadan dan sambutan Syawal pada tahun ini. Kempen ini juga turut dimeriahkan dengan sokongan daripada rangkaian radio dan media cetak di bawah naungan Media Prima.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, TV3 & TV9 telah menyusun pelbagai program menarik buat tatapan penonton setianya. Antara program-program menarik sepanjang minggu raya pertama dan kedua nanti adalah drama eksklusif yang menampilkan barisan pelakon popular tanah air, program Raudhah, majalah & dokumentari, program variasi, seleksi filem-filem blockbuster luar negara dan juga program-program animasi khusus untuk kanak-kanak di Bananana!.

Duta Syukur Selalu TV3

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Alhamdullilah, sudah hampir sebulan kami menjalankan kempen Syukur Selalu dan respon yang diterima adalah sangat positif. Ini dapat dilihat menerusi pencapaian kadar tontonan TV yang semakin meningkat, pengunjung yang berpusu-pusu memeriahkan Skuad Syukur Selalu dan Bazar Syukur Selalu serta penggunaan aplikasi Syukur Selalu yang semakin meningkat sehingga hari ini.”

Barisan hos Program Raudhah & Majalah TV9

“Lazimnya, TV3 dan TV9 menjadi saluran TV pilihan utama rakyat Malaysia pada musim perayaan. Atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan ini, kami berjanji untuk memberikan kandungan program yang hebat dan menghiburkan sepanjang minggu pertama dan kedua Syawal ini,” tambah beliau lagi.

Pada tahun ini, TV3 akan menggandingkan bintang-bintang popular menerusi telefilem Jodoh Ke Uolls (Amar Baharin, Izreen Azminda, Syarul Ridzwan, Mia Ahmad), Gerobok Raya (Eja, Zamarul Hisham, Shukri Yahaya), Sebelum Takbir Bergema (Shahz Jaszle, Amar Asyraf, Siti Elizad), Abang Sado Kau Ado? (Adiba Yunus, Sharnaaz Ahmad) dan Rindu Awak 200% Raya (Zul Ariffin, Ayda Jebat) bermula 16 Julai ini.

Barisan Duta Syukur Selalu TV3 TV9

Syawal anda pasti lebih cerita dengan tayangan filem-filem blockbuster di TV3 seperti Tembus, Romeo Kota, Isyarat Cinta, Hantu Bonceng, The Lone Ranger dan Chennai Express. Tidak ketinggalan, telefilem istimewa Hari Raya yang menyentuh perasaan seperti Ketupat Lemang, Pelita Panjut Untuk Mertua, Rumah Kecil Untuk Tuhan, Homestay Raya dan S Untuk Syawal.

TV3 juga turut menyediakan program hiburan, variasi dan muzikal terbaik seperti Meh! Raya Meh!, Dapur Panas VS 5 Rencah 5 Rasa, Melodi Raya, Edisi Khas Negeri Sembilan VS Kelantan, Anugerah Juara Lagi (A.J.L), In Person, Gelak Bistro, Ye Ke!? Raya dan Mentor Legend Raya. Tidak ketinggalan juga program berbentuk Majalah & Dokumentari seperti Malaysia Hari Ini (MHI) Raya, Wanita Hari Ini (WHI) Raya, Da’i Tasliyah Selawat, Madrasah Raya, Seharum Rindu Tok Esah, Misi K dan Indahnya Takbir.

 Barisan artis telefilem TV3

Tidak lupa juga kepada penonton ciliknya dengan menyediakan program-program khas yang dibawakan oleh Bananana! seperti Boboiboy Eksklusif Raya di TV3 manakala Super Squad, The Amazing Awang Khenit, Upin & Ipin Raya dan Geng Pengembaraan di TV9.

Sementara itu, TV9 meneruskan tradisinya menyediakan tiga drama eksklusif menerusi slot 12.30 tengah hari iaitu Ramadan Berteduh Syawal (Beto Kusyairy, Sari Yanti, Zahiril Adzim), Joyah Tak Balik Malam Raya (Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Bell Ngasri) dan Misiku Kubur (Joey Daud, Azrel Ismail, Kilafairy).

Barisan artis program raudhah & majalah TV3

Turut memaparkan program Raudhah, variasi dan hiburan yang menarik di TV9 iaitu The Sound Of Muslim, Hijab Stailista Raya, Sis Raya, Tanyalah Ustazah (Cinta-Nya Insan) Raya, Ketupat Rendang Kopi O, Buskestra, Kasi Gegar Raya, Projek M.E.J.A – Edisi Khas, Diva Raya, Galaksi Raya, Konsert Forteen, Kita Punya Raya, Pi Sana Pi Sini P. Ramlee, Hot TV Raya, Hip TV Raya, Mad Markets Raya dan Lari: Mencari Mr X. Bagi mereka yang meminati filem-filem blockbuster Hollywood, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Iron Man 3, Marvel’s The Avengers, G.I. Joe: The Rise Of Cobra, Oz The Great & Powerful dan Real Steel.

Kempen Syukur Selalu dirancakkan lagi dengan iklan raya Syukur Selalu yang menggabungkan empat iklan pendek (ident promo) Syukur Selalu di mana penonton bakal mengetahui jalan ceritanya secara menyeluruh apabila melihat keempat-empat iklan pendek tersebut. Iklan raya Syukur Selalu ini turut mendapat kerjasama daripada rakan penaja kami iaitu Nescafe Classic. Selain itu, TV3 dan Primeworks Studios juga bekerjasama dengan Nescafe Blend & Brew menerusi telefilem raya, Rindu Awak 200% Raya lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat, iaitu sekuel kepada drama bersiri popular slot Akasia, Rindu Awak 200%.

Barisan artis program hiburan TV3

Tidak ketinggalan juga kolaborasi dengan Coca-cola dalam menghasilkan muzik video bertema kempen Syukur Selalu nyanyian Dayang Nurfaizah dan Black, serta kapsul-kapsul yang dihiasi dua wajah duta Syukur Selalu iaitu Fizo Omar dan Elfira Loy. Selain itu, Coca-cola juga turut serta dalam bazar Syukur Selalu di mana pengunjung berpeluang membuat nukilan tersendiri pada tin Coca-Cola.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka turut berpeluang menontonnya menerusi online portal Tonton (tonton.com.my). Lebih istimewa, Tonton Original Series telah bekerjasama dengan Senheng untuk menayangkan drama bersiri enam episod berjudul Cinta Karan lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat pada setiap hari Khamis, jam 11.00 pagi bermula 25 Jun 2015.

Anda boleh mengikuti perkembangan dan info terkini tentang Syukur Selalu dengan muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu secara percuma mulai hari ini! Selain memaparkan rancangan menarik di TV3, TV9, Tonton dan Hot FM, kata-kata motivasi oleh barisan duta, paparan waktu bersahur dan berbuka puasa, tips fesyen dan resipi istimewa turut dimuatkan di dalam aplikasi ini. Dapatkan juga E-Kad Raya unik dan info terkini trafik untuk memudahkan perjalanan anda sekeluarga bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Tunjukkan keunikan kampung anda dengan tema yang diberikan (tema mingguan seperti Syukur dan Juadah) dengan cara memuat naik gambar tersebut menerusi aplikasi Syukur Selalu di Kampung Gua Hebat. Setiap gambar akan menyumbang satu mata untuk negeri masing-masing. Negeri dengan mata tertinggi akan menerima kunjungan rumah terbuka Syukur Selalu pada bulan Syawal nanti. Turut memeriahkan rumah terbuka ini ialah duta-duta Syukur Selalu serta para selebriti.

Selain daripada menghiasi program-program di TV3 dan TV9 serta radio, barisan duta Syukur Selalu seperti Elfira Loy, Fadlan Hazim, Kaka Azraff dan Fizo Omar (TV9) dan Fara Fauzana, Ahmad Fedtri Yahya, Zara Zya, Aeril Zafrel, Izreen Azminda dan Shukri Yahaya (TV3) juga akan turun padang menjayakan kempen Syukur Selalu sepanjang bulan Ramadan ini.

Barisan artis Program Hiburan & Telefilem TV9

Wajah-wajah duta Syukur Selalu TV3 & TV9 ini juga turut menghiasi papan iklan digital dengan kata-kata mutiara untuk bulan Ramadan di sekitar ibu kota. Orang ramai juga boleh berkongsi mesej menarik dengan menggunakan #SYUKURSELALU dan setiap mesej menarik akan dipilih untuk dipamerkan.

Kempen “Syukur Selalu” juga dimeriahkan dengan lagu temanya, Syukur Selalu, gubahan oleh juara Projek EP Hot FM – Hani dan Zue (Hanisah Hassan dan Zuliana Eusoff), nyanyian oleh Dayang Nurfaizah dan Black. Lagu ini bakal disiarkan di rangkaian radio Media Prima bermula 2 Julai 2015. Selain itu, anda juga boleh muat turun nada dering Syukur Selalu melalui Maxis Caller Ringtone (Dial *131*<Kod># dan tekan call/send), Celcom Call Me Tones  (Dial *888*<Kod># dan tekan call/send) dan DiGi Caller Tunes (Dial *233*<Kod># dan tekan call/send). Lagu tersebut juga boleh didapati dari iTunes, Deezer, Spotify dan sebagainya mulai 10 Julai 2015.

Bazar Syukur Selalu telah menerima lebih daripada 10 ribu pengunjung di lokasi pertamanya iaitu Temerloh, Pahang pada 27 Jun 2015. Nantikan kunjungan krew Bazar Syukur Selalu di Tempat Letak Kereta A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru pada 4 Julai 2015. Bagi mereka yang belum berkesempatan, mereka masih boleh bertemu dengan Skuad Syukur Selalu dan dapatkan set iftar di lokasi-lokasi seperti berikut:

2 Julai – Bazar Teknologi, Kota Damansara

6 Julai – Bazar Sek. 17 PJ

7 Julai – Bazar Sek. 13 Shah Alam

8 Julai – Bazar USJ4

11 Julai – Bazar Sungai Penchala

12 Julai – Bazar Lembah Subang

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my. Muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu hari ini dan ikuti info terkini kempen #SyukurSelalu.

Program Raudhah & Majalah TV3

 

DA’I TASLIYAH SELAWAT

Raya Kedua & Ketiga (18 & 19 Julai), 7.00 – 8.00 malam

Da’i Tasliyah Selawat ialah rancangan infotainment yang menampilkan empat finalis Da’i musim ke-2 iaitu Da’i Farhan, Da’i Ammar, Da’i Annas dan Da’i Wan untuk menghuraikan kepelbagaian jenis selawat dan qasidah bersama panel jemputan Ustaz Dr. Izhar Arif. Selain mendapat informasi berguna, penonton juga dapat berhibur dengan persembahan daripada kumpulan musik islamik yang semakin meningkat naik iaitu The Muhibbain.

 

(English) Tune in to the most anticipated programme for the returning of Da’i season 3. Da’i Tasliyah Selawat is an infotainment talk show where four Da’i from season 2, Da’i Farhan, Da’i Ammar, Da’i Annas, and Da’i Wan will discuss about different types of “selawat and qasidah” with the invited panel, Ustaz Dr. Izhar Arif. The discussion will be followed by performances by the uprising Islamic group, The Muhibbain. Viewers are surely going to get both valuable information and entertainment at the same time.

 

Hos: Hafiz Hamidun

Da’i Farhan, Da’i Ammar, Da’i Annas & Da’i Wan, Ustaz Dr. Izhar Arif, The Muhibbain.

 

MISI K

Raya Kedua (18 Julai), 12.30 – 1.30 petang

Misi K 2015 (Misi Kemanusiaan) memaparkan kisah tragedi akibat kesan peperangan, bencana alam dan pelbagai penyakit semulajadi yang berlaku di Bosnia. Keprihatinan Malaysia membantu dan mengurangkan bebanan negara – negara yang mengalami kisah tragedi tersebut. Mendedahkan peristiwa yang berlaku dan merasai suasana Ramadan dan raya di perantauan

 

(English) In this episode Misi K 2015 (Misi Kemanusiaan) revolves around the tragedies caused by wars, natural disasters and natural diseases in Bosnia. Misi K 2015 was formed to help countries plagued by various tragedies. This programme showcases the tragedies and the atmosphere at those places during Ramadan and Raya.

 

SEHARUM RINDU TOK ESAH

Raya Kedua (18 Julai), 6.00 – 7.00 malam

Rancangan majalah dokumentari Seharum Rindu Tok Esah ini diinspirasikan daripada seorang wanita istimewa berusia 70 tahun bernama Tok Esah. Usia tuanya itu tidak membataskan keupayaan Tok Esah yang masih lagi sihat dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang islam amat dikagumi dan semoga ianya dapat menjadi inspirasi buat penonton yang mempunyai kelebihan dari segi kesihatan dan kesenangan hidup.

 

(English) A magazine documentary program that tells a story of an inspiring old woman named Tok Esah. Tok Esah is a special woman who at the age of 70 is still physically and mentally strong. Her dedication in practicing the religion at this age is admirable and would be a good inspiration for those who are blessed with much better health and wealth.

 

MADRASAH RAYA

Raya Kedua (18 Julai), 11.00 – 12.00 tengah malam

Madrasah Raya memaparkan realiti Islam di negara yang baru merdeka iaitu Timor Leste. Dalam sejuta populasi Islam, hanya 5000 beragama Islam. Cabaran besar mereka ialah kekurangan madrasah, guru, pendakwah dan gejala murtad. Bentuk muka bumi yang bergunung ganang dan kawasan terpencil juga antara sebab pendakwah luar sukar untuk masuk ke sini bagi menyampaikan ilmu. Madrasah raya menyelami kepahitan dan kemanisan Muslim dalam menghidupkan syiar Islam berteras ilmu dan keteguhan aqidah.

 

(English) Madrasah Raya features the reality of Islam in the newly independent country, Timor Leste. With a population of one million people, only 5000 are Muslims. Their biggest challenges include the lack of ‘madrasah’s, teachers, preachers and the rising problem of apostasy. Besides, the mountainous regions and remote areas have also made it difficult for foreign missionaries to come and impart their knowledge. Madrasah Raya delves into the bitter and sweet moments of Muslims in reviving the Islamic faith.

 

MALAYSIA HARI INI RAYA (siaran langsung)

Raya Pertama (17 Julai), 7.00 – 10.00pagi

Raya Kedua & Ketiga (18 & 19 Julai), 8.00 – 10.00 pagi

Ceriakan pagi syawal anda dengan menonton MHI dengan topik menarik dengan tetamu jemputan dan persembahan istimewa. MHI akan turut membawakan secara langsung solat sunat Aidilfitri dan bacaan takbir dari Masjid Negara yang turut disertai oleh para personaliti tv dan juga artis.

 

(English) Raya with MHI with interesting topics and special guest. Live crossover of solat Aidilfitri from Masjid Negara and reciting takbir Raya from personalities and artists.  Performances by special guest artists.

 

 

Program Hiburan TV3

 

INDAHNYA TAKBIR

Menjelang Raya (16 Julai), 11.00 – 12.00 tengah malam

Rancangan Islamik 60 minit yang dihoskan oleh Da’i Tajdid ini akan berkongsi mengenai keindahan di sebalik Takbir bersama penceramah terkenal dan finalis Da’i bagi musim yang terdahulu. Selain menghuraikan makna sebenar Takbir secara terperinci penonton turut dihidangkan dengan alunan zikir, nasyid dan juga tazkirah yang bermanafaat.

 

(English) An entertaining 60 minutes Islamic content to share the beauty of Takbir. Well known speakers and Da’i participants will discuss the meaning of Takbir in depth and interlacing it with zikir, nasyid and tazkirah.

 

Hos: Da’i Tajdid Hadhari

Jemputan: Ustaz Haryanto, Azam Al-Kankari

Persembahan oleh Azmil Mentor, Alyah, LAh & Muhibbain, Mark Adam, Saujana, Hafiz Hamidun, Kristal

 

MEH! RAYA MEH!

Raya Pertama (17 Julai), 4.00 – 5.00 petang

Rancangan variasi raya yang mencabar para selebriti membuat parodi bagi klip video popular. Namun, cabaran yang sebenar dalam membuat parodi ini apabila penyanyi perlu berlakon dan pelakon pula perlu menyanyi bagi klip video tersebut.

 

(English) A fun variety raya gameshow challenging singers to act and actors to sing to parody famous video clips.

 

Hos: Fara Fauzana & Sharnaaz

Selebriti: Tomok, Asfan, Elizad, Izzue Islam, Aisya Hasnaa, Kaka Azraff

 

DAPUR PANAS VS 5 RENCAH 5 RASA

Raya Pertama (17 Julai), 5.00 – 6.00 petang

Pertempuran hebat untuk mendapatkan gelaran chef terbaik di antara dua chef terkenal iaitu Chef Fikree dan Chef Sherson. Mereka perlu memasak hidangan yang paling sukar yang pernah mereka masak seumur hidup mereka. Menariknya, kejayaan mereka akan bergantung pada selebriti jemputan yang akan membantu mereka di dapur tanpa pengetahuan mereka. Ironinya, selebriti jemputan, Zahirah McWilcson dan Noni Nadhirah itu langsung tidak tahu memasak.

 

(English) Chef Fikree & Chef Sherson will battle with each other to win the ultimate role as the best chef. They need to present the toughest recipe that they have ever cook in their life. But the take is they will battle using another celebrity who doesn’t know how to cook without them knowing it.

 

EDISI KHAS NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN

Raya Pertama (17 Julai), 11.00- 12.00 tengah malam

Saksikan pertembungan hebat selebriti seperti Izzue Islam, Iwere, Waris, Ebby Yus dan juga peserta Bintang Mencari Bintang (BMB) berentap menyanyikan lagu-lagu secara rap dan membuat lawak mengenai isu semasa mengikut loghat Negeri Sembilan dan Kelantan untuk memenangi pertandingan ini.

 

(English) How does it look like when Negeri Sembilan raps & Kelantanese sings in a battle? Watch them debate on current issue and see who have the most points supported by re-enactment by popular comedians. Izzue Islam, Iwere, Waris, Ebby Yus, BMB Talents (Segments)

Hos: Bell Ngasri

 

YE KE!? RAYA

Raya Kedua (18 Julai), 4.00 – 5.00 petang

Saksikan episod khas Ye Ke?! sempena Raya ini bersama 7 orang selebriti lelaki dengan topik “Abang Sado dan Kesihatan”. Bergelak sakan bersama tetamu jemputan ini apabila mereka cuba membincangkan mengenai topik tersebut namun sering menyimpang ke subjek lain.

 

(English) This special episode for Hari Raya, Ye Ke!? Raya features 7 celebrities to discuss the topic “Abang Sado dan Kesihatan”.

 

Hos: Ogy Ahmad Daud & AG HotFM

Selebriti: Dato’ Malek Noor, Kamal Adli, Nomad, Ajai, Zoey Rahman, Amaris & Wak Doyok

 

ANUGERAH JUARA LAGI (A.J.L)

Raya Kedua (18 Julai), 5.00 – 6.00 petang

Pernahkan anda membayangkan anugerah muzik paling hebat di Malaysia, Anugerah Juara Lagu (AJL) dijadikan bahan parodi? Anugerah Juara Lagi akan membuat parodi dengan pilihan persembahan terhebat dalam sejarah AJL oleh pelawak terkenal seperti Abam, Jihan Muse, Ain Sufia, Achey dan Ammar. Antara persembahan yang akan dijadikan parodi ialah Jamal Abdillah (Senandung Semalam), Ramlah Ram (Kau Kunciku Cintaku Di Dalam Hatimu), Siti Nurhaliza (Jerat Percintaan), Faizal Tahir (Sampai Syurga, Hanyut & Karma), Noraniza Idris (Dikir Puteri) dan Sudirman (Merisik Khabar).

 

(English) Ever imagined what it would be like to spoof or parody the grandest music stage in Malaysia. Anugerah Juara Lagi will feature the best and notable performances on the AJL stage history and twist it with amusing parodies and skits. It’s a musical comedy. Opening performance will be Abam (Jamal Abdillah -Senandung Semalam) and the 5 performances are Jihan Muse (Ramlah Ram -Kau Kunciku Cintaku Di Dalam Hatimu), Ain Sufia (Siti Nurhaliza -Jerat Percintaan), Achey (Faizal Tahir -Sampai Syurga, Hanyut & Karma), Noraniza Idris (Dikir Puteri) and Ammar (Sudirman -Merisik Khabar).

 

Hos: Ammar, Issey, Amyza Adnan, Fizie Hot FM

 

MELODI RAYA

Raya Ketiga (19 Julai), 12.30 – 1.30 petang

Melodi Raya kali ini ingin memberi penghargaan dan penganugerahan untuk artis-artis yang dibuat secara online.  Sebanyak 7 kategori dipertandingkan iaitu Artis Dinamik, Pasangan Pujaan, Artis Wanita Pilihan, Artis lelaki Pilihan, Artis Sensasi, Personaliti Online, Anugerah Khas.  Berlainan dengan rancangan anugerah yang sedia ada, uniknya Melodi Raya akan menyerahkan anugerah yang dimenangi terus ke rumah para pemenang.

 

(English) Melodi celebrating raya by appreciating & awarding the artiste based on online voting. There will be 7 categories (Artis Dinamik, Pasangan Pujaan, Artis Wanita Pilihan, Artis lelaki Pilihan, Artis Sensasi, Personaliti Online, Anugerah Khas). Not like ordinary award show, the awards will be hand-deliver to their homes.

 

Hos: Awal Ashaari

 

IN PERSON

Raya Kedua & Ketiga (18 & 19 Julai), 12.00 – 12.30 tengah hari

Raya Keempat & Kelima (20 & 21 Julai), 6.30 – 7.00 petang

Program yang akan membawa anda mengenali dengan lebih dekat lagi sisi lain personaliti popular kesayangan anda selain daripada kejayaan karier mereka sebagai seorang selebriti.

 

(English) Get to know Malaysian most soughted personalities their life outside of their daily activities, working life and their interest. Get to know their soft side and personal achievement also.

 

Selebriti: Safiq Rahim, Shila Amzah, Fasha Sandha, Shaheizy Sam.

 

 

 

 

GELAK BISTRO

Raya Kelapan (24 Julai), 9.00 – 10.00 malam

Tiga persembahan komedi ‘stand up’ istimewa di hadapan penonton oleh tiga pelawak terkenal iaitu Harith Iskander, Rayza Mukmin dan Achey.

 

(English) A 60 minutes stand up comedy show and special performances by 3 well known comedians, Harith Iskandar, Rayza Mukmin and Achey.

 

Hos: Sherry Al Hadad & Zulin Aziz

 

MENTOR LEGEND RAYA

Raya Kesepuluh (26 Julai), 9.00 – 10.00 malam

Berhibur dengan persembahan nyanyian para protégé dan juga mentor mereka daripada Mentor Legend sempena lebaran ini. Saksikan juga gelagat mereka menyakat pasukan lawan masing-masing untuk memenangin permainan yang disediakan oleh pihak produksi.

 

(English) A special raya showcase by the proteges and mentors from Mentor Legend. Watch them perform, play games and tease each other in this entertaining show.

 

Protege: Azmil, Fahmi, Aina, Sarah, Tuah, Nadeera

Mentor:  Ella, Dayang Nurfaizah & Ajai

Hos: Awal Ashaari

 

MENJADI DIRIKU AZMIL

Raya Kesepuluh (26 Julai), 6.00 – 7.00 malam

Ikuti perjalanan kebangkitan Juara Mentor Legend, Azmil untuk sampai ke pentas persembahan. Bermula dari Tawau ke Johor dan akhirnya Kuala Lumpur, Azmil menceritakan kisah hidupnya dan perbezaannya dari dulu hingga kini.

 

(English) Follow the journey of Mentor Legend Champion, Azmil who successfully rose to fame. From Tawau to Johor and finally Kuala Lumpur, Azmil explains how much his life has changed.

 

MALAM KEAJAIBAN CINTA ROSSA

Raya Kesembilan (25 Julai), 6.00 – 7.00 malam

Khas sempena Raya, TV3 membawakan Konsert Malam Keajaiban Cinta Rossa di Istana Budaya. Rossa membuat persembahan bersama dengan artis popular seperti Joe Flizzow, Afgan, Chakra Khan, Abam Bocey dan ramai lagi.

 

(English) In this Raya special, TV3 showcases the Konsert Malam Keajaiban Cinta Rossa at Istana Budaya. Rossa performs together with popular artists such as Joe Flizzow, Afgan, Chakra Khan, Abam Bocey and many more.

 

 

 

 

 

 

Telefilem Terbaik

 

KETUPAT LEMANG

Raya Pertama (17 Julai), 10.00 – 12.00 tengah hari

Sebuah telemovie berkisahkan tentang kemaafan. Mengisahkan 3 generasi yang berlainan, 3 perspektif berbeza dan 3 kepercayaan yang berbeza. Sebuah teleraya tentang kemaafan, penerimaan dan penyesuaian diri.

 

(English) This telemovie revolves around 3 different generations, 3 different perspectives and 3 different beliefs. It is a story on forgiveness, acceptance and adaptation.

 

Pelakon: Faradhiya, Johan As’ari, Zaidi Omar, Dian P.Ramlee, Adik Eunous Madeonus, Adik Wafiy

 

PELITA PANJUT UNTUK MERTUA

Raya Pertama (17 Julai), 2.00 – 4.00 petang

Mengisahkan Azudin dan Aleeya yang sudah berkahwin namun kedua ibu mereka iaitu Puan Zaleha dan Puan Fatimah sering bermasam muka, seperti ada yang tidak kena dengan masing-masing. Azudin dan Aleeya mendapat idea untuk cuba bermasam muka. Ternyata, kejadian itu membuatkan Puan Zaleha dan Puan Fatimah curiga. Mereka mula melahirkan kebimbangan di atas sikap anak-anak mereka. Dan mereka sedaya upaya akan mencari jalan untuk memulihkan hubungan Leeya dan Azudin walau apa cara sekalipun.

 

(English) Although Azudin and Aleeya are hitched, both their mothers, Puan Zaleha and Puan Fatimah have been cold to each other. In order to get their mothers to reconcile, Azudin and Aleeya pretend to be cold to each other. Sure enough, both Puan Zaleha and Puan Fatimah become suspicious and worried. They try their best in helping Leeya and Azudin restore their relationship.

 

Pelakon: Dayana Roza, Fattah Amin, Liza Abdullah, Delimawati

 

JODOH KE UOLLS

Raya Pertama (17 Julai), 9.00 – 11.00 malam

Memaparkan dua pasangan yang popular daripada drama bersiri slot Akasia, apakah yang bakal terjadi apabila pasangan dari Kerana Terpaksa Aku Relakan, Tajul Razin & Indah Halina bertemu dengan Tengku Zaril & Yuhanis dari Hati Perempuan? Masihkah Indah Halina ditakdirkan bersama abang Zen ataupun hatinya bakal dimiliki oleh Tengku Zaril? Bagaimana pula dengan kemelut cinta antara Yuhanis, Tajul Razin dan Tengku Zaril?

 

(Engllish) Heros and heroins of Akasia are meeting their real partners.The Kerana Terpaksa Aku Relakan partners; Tajul Razin & Indah Halina are meeting the Hati Perempuan partners; Tengku Zaril & Yuhanis. A twist to the storyline, the pair will find out whether they are meant for each other or not.

 

Pelakon: Amar Baharin, Izreen Azminda, Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Nadzmi Adhwa

 

 

 

 

 

SEBELUM TAKBIR BERGEMA

Raya Kedua (18 Julai), 9.00 – 11.00 malam

Perebutan cinta seorang gadis, membuatkan Aidil berdendam kepada adiknya Akhbar. Kedua-duanya jatuh cinta kepada Asmira, gadis manis yang ibarat sekuntum bunga harum di kampung itu. Tanpa mengetahui hubungan Akhbar dengan Asmira, Aidil menyulam impian ingin membina istana bahagia. Asmira terperangkap dalam cinta Aidil dan penyakit Autisme yang dihidapi Aidil.

 

(English) Aidil despises his brother, Akhbar, after discovering that they both had fallen for the same girl. The both fell head over heels in love with the same girl, Asmira, a sweet girl from the village. Unaware about Akhbar’s relationship with Asmira, Aidil has been dreaming of a wonderful future with Asmira. However, Asmira is trapped with Aidil’s feelings for her and Austism he is suffering from.

 

Pelakon: Shahz Jaszle, Amar Asyraf, Siti Elizad, Wan Raja, Aripah Damanhuri, Roslan Salleh

 

PONDOK KAMBING OPAH RAYA

Raya Ketiga (19 Julai), 4.00 – 5.00 petang

Pondok Opah Raya adalah tele filem sambungan daripada drama bersiri Pondok Kambing Opah.  Hamizi akhirnya mendapat idea dan jalan penyelesaian bagi mendapatkan wang untuk diberikan kepada Opah. Hamizi bercadang untuk merekod rutin tarian dan memuat naik ke laman Youtube dan membuatkan video itu menjadi viral di seluruh di dunia supaya rakan-rakannya yang lain dapat turut serta dan membantunya dalam menjayakan misi membantu Opah.

 

(English) Pondok Opah Raya Special one-hour episode is a continuation from Pondok Opah before as Hamizi finally figured out the only solution to raise money for Opah is to record their dance routine and upload it to Youtube, make it worldwide and so his other friends could involved and help him too

 

Pelakon: Khatijah Tan, Wan Sharmila, Watie Sadali, Azlee Senario, Amira Ayuni

 

RENDANG AKU KAU YANG PANAS

Raya Ketiga (19 Julai), 5.00 – 7.00 petang

Berkisarkan tiga pasangan veteran yang sudah lama menceburkan diri dalam perniagaan rendang. Ketiga-tiga pasangan ini bertanding antara satu sama lain untuk merebut peluang bagi membawa resepi rendang masing-masing untuk tembus ke pasaran luar negara. Banyak insiden yang telah berlaku semasa mereka bersaing. Namun, akhirnya seorang pembekal kerepek yang telah berjaya membawa resepi kerepeknya ke pasaran luar negara.

 

(English) Centres around three pairs of veterans who have long been involved in the rendang business. The three pairs compete with each other by attempting to penetrate the international market with their own recipes. A lot of incidences took place while they were competing. Ironically, it was a crisps supplier who successfully penetrated the international market with his recipe.

 

Pelakon: Razak Ahmad, Kazar Saisi, Manan Sulaiman, Aleza Shadan, Liza Abdullah, Khatijah Tan

 

 

 

 

 

ABANG SADO KAU ADO?

4 Episod, Raya Ketiga – Raya Keenam (19 – 22 Julai), 9.00 – 10.00 malam

Mengenai seorang remaja kampung bernama Miskiah, yang merupakan seorang nelayan sungai. Miskiah sangat meminati artis popular yang berbadan tegap iaitu Sharnaaz Ahmad dan menggunakan media sosial untuk memasuki satu pertandingan di mana hadiah utama berupa peluang berhari Raya bersama Sharnaaz Ahmad. Biarpun Miskiah dikutuk oleh kerana obsesinya itu, namun, gadis tersebut yakin bahawa dia akan memenangi pertandingan tersebut dan impiannya untuk berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad akhirnya menjadi realiti.

 

(English) Miskiah, a teenager who is a fisherwoman, becomes obsessed about Sharnaaz Ahmad, a popular artist with a well-built figure. She decides to take part in a contest on social media in which the grand prize is an opportunity for the winner to celebrate Hari Raya with Sharnaaz. Although she is ridiculed for her obsession, she is confident that she will win the competition and eventually, her dreams turn into reality.

 

Pelakon: Adibah Yunus, Sharnaaz Ahmad, Shiha Mentor, Idris Khan, Dottie, Amyza Adnan, Afzan, Izara Aishah

 

RINDU AWAK 200% RAYA (Kerjasama dengan Nescafe Blend & Brew)

Raya Keenam (22 Julai), 10.00 – 12.00 tengah malam

Sekuel daripada Rindu Awak 200%…Faiq Esyan sudah berusia 3 tahun. Armel Aisya semakin sibuk dengan butik yang semakin diterima ramai, sementara Zill Faezrul terus komited dengan kerjayanya sebagai juruterbang. Zill nyatakan hasrat untuk merancang anak kedua tetapi Armel beralasan belum bersedia kerana dia mahu fokus tentang kerjayanya dulu.

 

(English) In this sequel of Rindu Awak 200%…Faiq Esyan has turned 3. Meanwhile, Armel Aisya is getting busier with her boutique which is patronised by a lot of customers, while Zill Faezrul is still comitted to his job as a pilot. Zill plans to have a second child but Armel says she is not ready and wants to focus on her career for now.

 

Pelakon: Zul Ariffin, Ayda Jebat, Fazlina Ahmad Daud, Zuhairi Ibrahim, Karl Shafek, Mimi Ernida, Ika Nabella

 

RUMAH KECIL UNTUK TUHAN

Raya Keempat (20 Julai), 9.30 – 11.30 pagi

Kisah Umar, seorang anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ibu dan ayah dek kerana asyik berbalah untuk mengisi ruang kecil di rumah mereka dengan koleksi barang masing-masing. Umar menggunakan ruang tersebut untuk menyendiri dan beribadah sementara ibu dan ayahnya, Razman dan Safia tidak endahkannya.

 

(English) Umar, a young boy, has been longing for his parents affection. His parents have been constantly arguing as both want to fill the small space in their home with their own collection. Meanwhile, Umar uses that space to be alone and pray while his parents, Razman and Safia, ignore him.

 

Pelakon: Fezrul Khan, Nad Zainal, Adik Izz Ilham, Jalil Hamid, Wan Maimunah

 

 

 

HOMESTAY RAYA

Raya Kelima (21 Julai), 9.30 – 11.30 pagi

Mak Jemah (50-60an) yang berasa sunyi kerana ketiga-tiga anaknya tidak dapat pulang berhari raya telah menjadikan bilik-bilik di rumahnya itu sebagai homestay untuk anak-anak orang kampung yang pulang daripada bandar. Malang tidak berbau apabila dua orang lelaki yang terlepas daripada rumah sakit jiwa yang menginap di homestay itu telah membuat kacau sehingga riuh sekampung. Kejadian tersebut menyebabkan ketiga-tiga anak Mak Jemah terpaksa pulang ke kampung.

 

(English) Mak Jemah (50-60an) is feeling lonely because all three of her children were not able to come back to celebrate Raya with her. She then converts the rooms in her house into a homestay for the children of the villagers who will be returning from the city. Unfortunately, two men who have escaped a mental institution put up at the homestay and cause a lot of trouble. In the end, all three of Mak Jemah’s children are forced to return home due to the untoward incidences.

 

Pelakon: Ruminah Sidek, Fizz Fairuz, Izreen Azminda, Achong Sweetchild, Ku Farida, Issey Titan, Adam Shah

 

S UNTUK SYAWAL

Raya Keenam (22 Julai), 9.30 – 11.30 pagi

Syawal Iskandar yang lahir pada 1 Syawal, adalah anak tunggal kesayangan Sam dan Shila. Sam menemui ajal apabila diserang sakit jantung setelah 12 tahun genap kelahiran Syawal. Syawal menyangka Shila mencari pengganti arwah Sam. Dia melarikan diri meninggalkan Shila menyambut Hari Raya sendirian. Shila cuba untuk memujuk hatinya dan membawa diri ke rumah orang tua. Shila terlalu rindukan Syawal. Suatu hari, Shila terjatuh di bilik air dan ia mula mengubah hidupnya. Shila hidup terlantar di atas katil dalam keadaan yang lemah. Tidak lekang di bibir Shila menyebut “S untuk Syawal, Syawal anak kesayangan ibu”, iaitu ungkapan yang kerap disebut ketika membelai Syawal semenjak Syawal dilahirkan.

 

(English) Syawal Iskandar who was born on 1 Syawal, is the only child of Sam and Shila. Twelve years after Syawal’s birth, Sam dies from a heart attack. Syawal suspects that his mother is planning to remarry. He then runs away from home, leaving his mother to celebrate Hari Raya all by herself. Shila tries to coax him and she goes back to her parents’ house. Shila begins to miss Syawal. One day, Shila falls in the bathroom and the incident changes her life. She becomes bed-ridden. She is unable to utter “S for Syawal, Syawal my darling”, a phrase that she always used from the time Syawal was born.

 

Pelakon: Ben Laden, Shafie Naswip, Lisdawati, Rusdi Ramli, Ika Nabella

 

GEROBOK RAYA

Raya Kesembilan (25 Julai), 9.00 – 11.00 malam 

Mengisahkan Zah & Muhsim yang kehilangan anak tunggalnya yang bernama Fatiyah ketika berusia 9 tahun. Bermula apabila Fatiyah keluar untuk ke kedai, dia masih tidak muncul selama 10 tahun. Ramai yang simpati dan ramai yang mengatakan Zah gila kerana setiap Hari Raya, Zah akan menjahit baju kurung berwarna merah atau biru untuk Fatiyah dan disimpan di dalam gerobok mereka. Suatu hari, heboh tentang berita penemuan tulang kanak-kanak di sebuah tangki air dan orang kampung mengesyaki ia adalah mayat Fatiyah.

 

(English) A couple named Zah & Muhsim lost their only child, Fatiyah, when she was only 9. It all started when Fatiyah went to the shop and never returned home. It has been 10 years since the incident took place. Many sympathised with the couple and Zah has lost her mind. Every year during Hari Raya, Zah will sew either a red or blue baju kurung for Fatiyah and it will be kept in their wardrobe. One day, the remains of a child are found in a water tank and the villagers suspect that it belongs to Fatiyah.

 

Pelakon: Eja, Zamarul Hisham, Shukri Yahaya, adik Khairisya, Zarina Zainordin

 

 

Filem Terbaik Raya

 

TEMBUS

Raya Ketiga (19 Julai), 10.00 – 12.00 tengah malam

Kisah sepasang suami isteri miliki segala kemewahan, kejayaan duniawi sehingga terlihat kesempurnaan mereka sukar ditembusi anasir luar, namun rupanya tanpa sedar ada riak diri segala perancangan hidup  sang isteri buat keluarga, mewujudkan lubang lubang kecil untuk dugaan besar menembusi dengan membawa lari satu satunya zuriat pengikat kasih mereka. Ketika itu, doa dan cinta sejati mampu menewaskan segala duga.

 

(English) A couple who have a great life and successful careers. But one day everything changes for the worst when their only child goes missing. While they try to uncover the mystery behind the disappearance, more and more secrets get unveiled.

 

Pelakon: Aaron Aziz, Nur Fazura, Luna Maya dan Mia Sara Nasuha

 

ROMEO KOTA

Raya Keempat (20 Julai), 10.00 – 12.00 tengah malam

Filem ini bermula dengan kisah Maria, seorang pelajar kolej telah ditemui dalam keadaan koma di tepi jalan. Hasil dari makluman yang dikeluarkan oleh doktor, Maria koma disebabkan menelan dadah. Koperal Romi dan Lans Korporal Fakrul merupakan dua anggota penyiasat yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan kes tersebut. Dalam mendapatkan maklumat dan mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian tersebut, mereka berdua telah ditugaskan secara samaran di bawah kod ‘kriptik’. Koperal Romi, menyamar selaku pensyarah dan Lans Koperal Fakrul sebagai pelajar di Kolej Bistari.  Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah mereka berdua berjaya menyelesaikan siasatan tersebut atau menarik diri kerana masalah cinta tiga segi tersebut? Dapatkan jawapannya dengan menonton filem ini di pawagam yang berdekatan.

 

(English) Corporal Romi and Lance Corporal Fakrul have been assigned to investigate a case where a college student has been found in a coma and is believed to have been raped. Both of them then go undercover under the code name ‘Romeo Kota’, which translates to ‘City Romeos’, and are given a month’s time to solve the case.

 

Pelakon: Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Hanis Zalikha, Fizo Omar.

 

 

 

 

 

 

ISYARAT CINTA

Raya Kelima (21 Julai), 10.00 – 12.00 tengah malam

Mengisahkan percintaan antara Iskandar yang bisu dan Dhia yang buta dengan menggunakan Ariel, adik tiri Iskandar sebagai perantara dalam meluahkan perasaan dan mesej masing-masing.

 

(English) Love cannot be denied by anyone, and no one can escape from the fate of love – even if you are physically challenged. Iskandar and Dhia ‘met’ one day when Iskandar, a shy and humble millionaire braved himself to save Dhia from a road accident. However, fate has it twisted in such a way that Iskandar is dumb and Dhia is blind. A relationship was soon formed between Dhia and Iskandar, but without Dhia’s knowledge, it was through an intermediary. Ariel, Iskandar’s step brother.

 

Pelakon: Adi Putra, Fizo Omar, Liyana Jasmay

 

HANTU BONCENG

Raya Ketujuh (23 Julai), 9.30 – 11.30 pagi

Amran seorang dispatch boy yang gemar berlumba motor secara haram. Satu hari, Amran telah dihadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, mereka ditimpa kemalangan dan Maya mati di tempat kejadian. Sejak kejadian itu, Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karibnya Kunyit untuk menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri. Tambahan lagi, Halimaton, kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

 

(English) Amran is a dispatch boy who win a bohsia girl, Maya in an illegal race. Unfortunately, they involve in an accident and Maya died on the spot. Since that, Amran always haunted by Maya who seeking help from Amran to bury her body. Amran asks his best friend, Kunyit to find Maya’s family but they fail. Amran’s girlfriend, Halimaton who is a nurse refuse to help because she is still angry on what he did with Maya.

 

Pelakon: Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Taiyuddin Bakar.

 

 

CHENNAI EXPRESS

Raya Ketujuh (23 Julai), 9.00 – 12.00 tengah malam

Rahul Mithaiwala memulakan pengembaraannya di keretapi bagi memenuhi impian mendiang datuknya yang mahu abunya ditabur di Ganges dan Rameswaram. Tanpa disangka, Rahul berkenalan dengan seorang wanita yang unik dari India Selatan. Apakah yang bakal berlaku nanti?

 

(Engllish) A man’s trip to fulfill his late grandfather’s last wish turns into an unexpected adventure when he meets a unique young woman from southern India.

 

Pelakon: Shahrukh Khan, Deepika Padukone

 

 

 

 

 

 

THE LONE RANGER

Raya Kelapan (24 Julai), 10.00 – 12.00 tengah malam

Pada tahun 1933, seorang budak lelaki telah berjumpa dengan orang asli, Red Indian yang bernama Tonton di sebuah karnival. Tonto mula mengimbau kembali pengembaraan hebat bersama rakan baiknya, John Reid, seorang peguam yang lebih dikenali sebagai Lone Ranger pada berlaku pada tahun 1869. . Tonto yakin bahawa gandingan hebat mereka berdua mampu menentang menjatuhkan penjenayah, Butch Cavendish dan juga konco-konconya.

 

(English) In 1933 a boy discovers an ancient Native American in a sideshow carnival tent. The Indian is Tonto, the old companion of John Reid, a lawman more famously known as the Lone Ranger. With this opportunity to set the record straight about his and Reid’s adventures, Tonto recalls the day in 1869 when he first encountered the man who would be his trusted friend and tells of their teamwork bringing down Butch Cavendish and other Old West outlaws.

 

Pelakon: Johnny Depp, Armie Hammer, William Fichtner.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

 

 

Program Raudhah & Majalah TV9

 

THE SOUND OF MUSLIM

Raya Kedua (18 Julai), 7.00 – 8.00 malam

 

Ikuti perjalanan Altimet menyelusuri kehidupan dan kebudayaan komuniti masyarakat Muslim di bumi Austria yang kaya dengan kepelbagaian muzik. Altimet akan membawa anda melihat bagaimana mereka mempraktikkan agama islam dalam kehidupan, merasai variasi makanan halal dan hiburan masyarakat muslim disana.

 

(English) The program goes into the lives and culture on the Muslim community in Austria. Various aspects such as raising families within Islamic lifestyle, halal cuisine and entertainement are looked into. Follow Altimet through his journey across the land best known for The Sound of Music – Austria.

 

Hos: Altimet

 

TANYALAH USTAZAH (CINTA-NYA INSAN) RAYA

Raya Pertama (17 Julai), 11.30 – 12.30 tengah hari

 

Bersama Ustazah Ainun Mardhiah dan juga peguam syariah untuk membincangkan mengenai bagaimana sesuatu perkahwinan itu boleh diselamatkan jika diberi sokongan dan panduan selagi nasihat yang diberikan itu berpegang pada prinsip dan nilai-nilai Islam. Pegangan agama yang kuat juga dapat menjadikan kehidupan berumah tangga lebih harmoni dan bahagia.

 

(English) This program will discuss further on how marriage can be saved by giving support and guidance as long as such advice adheres to Islamic principles and values. This will help the couples to enjoy a happier marriage. it will feature one ustazah and to be accompanied with A syariah lawyer.

Hos: Ustazah Ainun Mardhiah

 

 

SIS RAYA

Raya Pertama (17 Julai), 7.00 – 7.30 malam

Saksikan gelagat Bella, Shea dan Heliza membuat persiapan bagi majlis rumah terbuka pada hari raya ini.

 

(English) Watch SIS hosts, Bella, Shea & Heliza in their Raya preparations. Preparing delicacies for their Raya Open House on the 1st day of Raya, the chaos on Raya eve is definitely a tickler.  

 

HIJAB STAILISTA RAYA

Raya Pertama (17 Julai), 7.30 – 8.00 malam

Dapatkan tip-tip fesyen Raya terkini bersama Faatin Akib dalam Hijab Stailista Raya. Faatin akan turut ditemani dua blogger fesyen terkenal Zufiye Tufa dari Australia dan Alavear Sass dari Thailand untuk meneroka bagaimana raya disambut dan juga fesyen raya yang menjadi trend di negara kelahiran mereka.

 

(English) Get the latest Raya fashion tips from Faatin Akib! Joined by 2 famous fashion bloggers, Zufiye Tufa from Australia dan Alavear Sass from Thailand, Faatin will further explore the raya cultures and fashion trends from their homecountry!

 

KETUPAT RENDANG KOPI O (siaran langsung)

Raya Pertama – Ketiga (17 – 19 Julai), 8.00 – 10.00 pagi

Ketupat Rendang Kopi O berkongsi detik indah untuk menyampaikan dedikasi raya anda kepada insan tersayang dan juga sahabat handai sambil berhibur dengan persembahan artis-artis popular dan tetamu istimewa.

 

(English) Sharing Raya moments and dedication to love ones and friends with NLKO while enjoying performances from various artists and special guests.

 

Hos: Luqman Hakim Abd Malik, Fizo Omar, Faizal Ismail, Abu Talib Husin, Ustaz Fakhrul Radzi, Hani Hatim, Nurkhairunnisa Aznan

 

 

Program Hiburan TV9

 

KITA PUNYA RAYA

Menjelang Raya (16 Julai), 10.00 – 11.30 malam

Rancangan temubual yang akan membincangkan segalanya mengenai raya pada malam raya.

 

(English) A talkshow during raya eve to talk everything about raya.

 

Hos: Fara Fauzana, Liza Hotfm, Haziq Hotfm, Deen Hotfm

Selebriti: Azmil Mentor, Caliph Buskers, Awi Rafael, Aziz Harun, Faizal Tahir, Aina Mentor, De’Fam & Oh Chentaku.

 

KASI GEGAR RAYA

Raya Pertama (17 Julai), 8.30 – 9.30 malam

Rancangan gameshow 60 minit yang akan menguji skil dan pengetahuan para selebriti terlibat. Adakah mereka serba tahu tentang raya mereka?

 

(English) A fun and entertaining 60 minutes game show which will test the skill and knowledge of celebrities. Do they know their Raya?

 

Hos: Muadz Hiptv

Selebriti: Black, Izzue Islam, Zara Zya, Ajak Shiro, Kilafairy & Hazama

 

 

GALAKSI RAYA

Raya Pertama (17 Julai), 9.30 – 10.30 malam

Malam raya anda pastinya lebih kecoh dengan aksi Yana Samsudin dan Ajak dengan aksi parodi mereka sebagai wartawan Galaksi. Sketsa parodi yang turut melibatkan krew-krew Galaksi ini pasti mencuit hati anda apabila isu-isu semasa dan kontroversi yang pernah ditimbulkan oleh para selebriti menjadi bahan usikan mereka.

 

(English) A special episode for Raya will be featuring our host Yana Samsudin & Ajak Shiro to act as reporter for Galaksi. There will be involving current issues and controversies about our local artists that will be act by Galaksi crew in the element of parody to generate a sense of humor and enlighten our Raya night.

 

LARI: MENCARI MR. X

Raya Kedua (18 Julai), 8.30 – 9.30 malam

Agen-agen Mr. X diberi tugasan untuk menyelesaikan teka-teki yang diberi untuk menyelesaikan misteri kehilangan Mr. X. Berlatar belakangkan keindahan Istanbul, adakah misi mereka akhirnya menemui Mr X atau pulang dengan tangan kosong?

(English) Mr X’s agents are given tasks and puzzles to solve as they attempt to uncover the mistery of the missing Mr X. With Istanbul as the beautiful background of the search, can these agents find their way to him, or home?

Selebriti: Achok, Azwan Ali, Harris Alif, Afeiq, Aisya Hasnaa, Arja Lee

 

BUSKESTRA

Raya Kedua (18 Julai), 9.30 – 10.30 malam  

Program istimewa hari raya yang menggabungkan empat kumpulan busking yang dipilih daripada jalanan ke pentas. Kejayaan Caliph Buskers yang telah membuka mata orang ramai dengan bakat mereka telah menyaksikan mereka bergabung bersama tiga lagi kumpulan iaitu Ayawan, Reksub dan Sentuhan Buskers.

 

(English) Buskestra is an hour Raya special featuring the story of 4 Busking groups that have taken from the streets to the stage. Endearing stories like the Caliph Buskers are a story of rise to stardom which showcase their stories and their hardships in music making. See the 4 groups, Caliph Buskers, Reksub, Ayawan, Sentuhan Buskers, as they collaborate on one stage this Raya.

 

Hos: Radhi OAG & Music Director: Edry

 

PROJEK M.E.J.A. – EDISI KHAS

Raya Ketiga (19 Julai), 9.30 – 10.30 malam

Pelawak terkenal Malaysia bersatu untuk membuatkan anda ketawa sempena hari raya ini dengan taktik dan dialog spontan mereka. Hukuman menanti mereka jika mereka tidak berjaya membuatkan pasukan lawan ketawa dengan lawak mereka. Putarkan roda dan nantikan siapa sasaran seterusnya..

 

(English) Malaysian Entertainers and Jokers Alliance is here to make you laugh during this holiday season with their funny antics and unscripted dialogues. This 1 hour special will feature more tasks and more scary punishments await those that fail to make them laugh.  Spin the wheel and guess who’s next.

Hos: Ebby Yus, Tauke Jambu & Ropie Cecupak

Selebriti: Hazama, Black, Kaka Azraff & Fad Bocey

 

HIP TV RAYA

Raya Ketiga (19 Julai), 8.30 malam & Raya Kesepuluh (26 Julai), 10.30 malam

Hip TV akan bertukar wajah raya ini apabila empat pasangan selebriti jemputan bakal bersaing sesama sendiri dalam gameshow istimewa Raya ini. Adakah mereka benar-benar mengenali pasangan masing masing? Siapakah yang bakal menang dan siapa pula yang akan didenda?

 

(English) Hip TV receives a makeover this Raya as the set is changed to a Game Show!  Watch celebrity couples and bestfriends pit against each other in the hottest topic this season – RAYA! How well do they know the celebration in and out? Who will win and who will be punished?

 

Hos: Hani, Jasmine & Muadz

Selebriti: Izzue Islam & Awin, Fizz Fairuz & Almy Nadia, Nana & Azwan Ali, Adi Sixth Sense & Anas

 

DIVA RAYA

Raya Keenam (22 Julai), 11.00 – 12.00 tengah malam

Sherry dan Zulin perlu bersaing sesama sendiri bagi merebut gelaran Diva diantara mereka.  Mereka akan dibantu oleh Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida, Sazzy Falak, Yasmin Hani dan Bell Ngasri yang akan membentuk dua pasukan dalam persaingan menentukan siapakah yang terbaik.

 

(English) Sherry & Zulin compete to become the most Diva off all. Joined by Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida, Sazzy Falak, Yasmin Hani and Bell Ngasri, they split into 2 teams to compete against each other to see who is the best!

 

Hos: Sherry Al-Hadad, Zulin Aziz

 

PI SANA PI SINI P.RAMLEE

Raya Kesembilan (25 Julai), 10.30 – 11.30 malam  

Alleya mempunyai misi untuk mengkaji lebih lanjut lagi mengenai lagenda seni P.Ramlee demi untuk membantu abang dan ahli kumpulannya memenangai sebuah pertandingan nyanyian.

 

(English) Alleeya is on a mission to discover the life of the legendary P. Ramlee as she helps her brother and his band to win a place in a singing competition

 

Selebriti: G4, Alleeya, Novemboys (Popkrew), Briged (Popkrew), 5beats (Popkrew), Algebra (Popkrew)

 

MAD MARKETS RAYA

Raya Kelapan (24 Julai), 11.00 – 11.30 malam

Adakah Elfira Loy dan Hanie Hidayah boleh menangani cabaran membeli belah di pasar basah yang sebenar? Selain mempunyai misi untuk membeli barangan, mereka juga dicabar untuk memasak!.  Gadis-gadis ini akan digandingkan dengan dua lagi pengunjung pasar basah itu sendiri untuk memasak menu istimewa hari raya dan akan diadili pula oleh Diva Azwan Ali.  Siapakah di antara Elfira dan Hanie Hidayah yang dapat menawan selera Azwan Ali?

 

(English) Can the girls really handle shopping in a real wet market? Elfira Loy & Hanie Hidayah gets a mission to not just shop, but cook too! The girls paired up with market shoppers to cook a special raya dish, judged by the none other than Diva Azwan Ali. Who will win his taste buds?

HOT TV RAYA

Raya keduabelas (28 Julai), 9.30 – 10.30 malam

Saksikan bintang sensasi Youtube, Aiman Afif memberikan tip-tip dalam video pendek istimewa sempena hari raya iaitu 101 panduan untuk beraya.  Dalam 101 panduan untuk beraya ini ini, aiman akan berkongsi idea-idea lucunya bagaimana untuk mengelak ditanyakan pelbagai soalan menjengkelkan yang seringkali ditanya pada hari raya seperti ‘bila nak kahwin’? dan banyak lagi. Aiman akan turut berkongsi bagaimana untuk mengelakkan senak perut ketika menjamu pelbagai makanan raya yang lazat dan macam-macam lagi. Penonton akan turut dihiburkan dengan persembahan oleh para pelakon yang akan menyanyikan lagu secara akustik lagu-lagu popular yang menjadi kegilaan di Malaysia. (Mewangi, Not for Sale, Rahsia – OST Teman Lelaki Upahan, Suasana Hari Raya)

(English) Your ultimate guide to Raya is revealed by the ever quirky Aiman Afif (YouTube/Vine sensation) in his short, one of special series – 101 Raya Guide special. In this 101 guide, you will learn how to dodge the ever annoying ‘Bila nak kawhin?’ types of questions, formula to avoid ‘senak perut’ from all of the wonderfull food you will indulge, and many more! While you laugh away with Aiman, be entertained by your favourite actors and actresses as they perform acoustic renditions of Malaysia’s favourite songs. (Mewangi, Not for Sale, Rahsia – OST Teman Lelaki Upahan, Suasana Hari Raya)

Selebriti: Penyampai radio HotFM, Akim & Stacy, Izreen Azminda & Kila Fairy, Elizad Sharifudin & Ungku Aziz Ismail, Aiman Afif

 

Telefilem Terbaik TV9

 

RAMADAN BERTEDUH SYAWAL

Raya Pertama (17 Julai), 12.30 – 2.30 petang

Sebuah kisah sedih tentang nasib seorang anak angkat yang kehilangan ibu bapa angkat yang diserahkan semula kepada keluarga kandungnya. Namun, ibu kandungnya sendiri tidak mahu menerimanya semula. Sara (berusia 6 tahun) tidak pernah mengenali keluarga kandung sejak dilahirkan ke dunia. Namun, Sara diserahkan semula kepada keluarga kandung yang tinggal di perkampungan setelah ketiadaan kedua ibubapa angkatnya. Sara tinggal bersama Nek Kiah apabila ibu kandung Sara menganggap Sara sudah tidak wujud dalam kamus hidupnya. Sepanjang bulan Ramadan, Sara menumpang teduh di rumah usang Nek Kiah sehingga Syawal menjelma, namun kemunculan semula kedua ibubapa angkat Sara membuatkan Nek Kiah merasa kehilangan.

 

(English) A poignant tale on the fate of a foster child who lost her foster parents and was sent to live once again with her biological family. However, her biological mother refuses to accept her. Since the day she was born, Sara (6 years) has never known her biological family. Sara is then sent by her biological family to live with Nek Kiah. During the entire month of Ramadan, Sara takes shelter at Nek Kiah’s dilapidated home until Syawal. When both her foster parents reappear, Nek Kiah becomes lost.

 

Pelakon: Beto Kusyairy, Sari Yanti, Zahiril Adzim, Azri Iskandar, Azza Suaymi, Ku Farida, Adik Puteri Luvvna, Harun Hashim, Mak Jah

 

JOYAH TAK BALIK MALAM RAYA

Raya Kedua (18 Julai), 12.30 – 2.30 petang

Joyah ‘hilang’ pada malam raya setelah merajuk kerana Syak, Daud, dan Dottie tidak menjalankan tugas untuk persiapan raya esok. Ke manakah Joyah menghilang? Pelbagai spekulasi timbul. Akhirnya Daud, Syak dan Dottie merumuskan bahawa Joyah menuju ke hutan dan sesat di sana. Malangnya, mereka bertiga pula yang sesat dan berhari raya di hutan. Ke manakah Joyah menghilang tak balik malam raya?

 

(English) Joyah goes missing on the night of Raya after getting upset with Syak, Daud and Dottie who did not make their Raya preparations. Where did Joyah go? This raises all sorts of speculations. At last, Daud, Syak and Dottie conclude that Joyah has gone to the jungle and is lost there. Unfortunately, it was the three of them who were lost and had to spend their Raya in the forest. So, where is Joyah?

Pelakon: Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Bell Ngasri, Dottie, Faye Kusairi,

 

 

MISIKU KUBUR

Raya Ketiga (19 Julai), 12.30 – 2.30 petang

Zack telah dibebaskan dari hukuman penjara kerana dituduh merompak kedai emas. 15 tahun lepas, dia telah menyembunyikan emas rompakan tersebut di suatu tempat. Setelah keluar dari penjara, dia mahu ke lokasi itu bersama seorang kenalan barunya, Fakir. Malang tidak berbau apabila lokasi itu telah menjadi tanah perkuburan. Bermulalah misi Zack dan Fakir untuk mendapatkan semula emas rompakan tersebut diselangi dugaan yang sentiasa ada di sekeliling mereka.

 

(English) Zack had been released from prison for allegedly robbing a goldsmith shop. 15 years ago, he had hidden gold somewhere. After leaving prison, he decides to go to the place with his new acquaintance, Fakir. Unfortunately, the location has been now changed into a cemetery. Zack and Fakir begin their mission to recover the gold in spite of all that is going on round them.

 

Pelakon: Joey Daud, Azrel Ismail, Kilafairy, Munir, Zizan Nin, Dato Boy Iman, Maimunah Ahmad, Hamid Gurkha

 

 

Filem Terbaik TV9

 

MARVEL’S THE AVENGERS

Raya Keempat (20 Julai), 8.30 – 11.00 malam

 

Loki, adik tiri Thor telah bekerjasama dengan tentera Chitauri dan menggunakan kuasa Tesseract untuk menakluki bumi dan menjadi pemerintah di bumi.Pengarah agensi S.H.I.E.L.D, Nick Fury di bawah program ciptaanya The Avengers yang turut disertai oleh Iron Man, Captain America, The Hulk, Thor, Natasha Romanoff dan Hawkeye perlu bergabung tenaga untuk memastikan bumi selamat daripada ancaman Loki dan sekutunya.

 

(English) Loki, the stepbrother of Thor, teams-up with the Chitauri Army and uses the Tesseract power to travel from Asgard to Earth to plot the invasion of Earth by the Chitauri and become the king of Earth. The director of the agency S.H.I.E.L.D Nick Fury sets in motion the project The Avengers, joining Tony Stark a.k.a. the Iron Man; Steve Rogers, a.k.a. Captain America; Bruce Banner, a.k.a. The Hulk; Thor; Natasha Romanoff, a.k.a. Black Widow; and Clint Barton, a.k.a. Hawkeye, to save the world from the powerful Loki and the alien invasion.

 

Pelakon: Robert Downey Jr., Chris Evan, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth dan Scarlet Johansson

 

IRON MAN 3

Raya Kelima (21 Julai), 8.30 – 11.00 malam

Selepas peristiwa The Avengers, Tony Stark telah mengalami sindrom panik melampau dan telah membina beberapa suit Iron Man dirumahnya. Keadaannya itu telah menyebabkan hubungannya tegang dengan kekasihnya Pepper Potts yang merupakan CEO Stark Industries. Dalam siri flashback pada malam tahun baru 1999, Stark bersama kekasihnya pada masa itu seorang saintis botani , Maya Hansen,telah menolak mentah-mentan pelawaan Aldrich Killian, yang mahu sokongan Stark dalam usahanya meneruskan program Advanced Idea Mechanics.

 

(English) Marvel’s “Iron Man 3” pits brash-but-brilliant industrialist Tony Stark/Iron Man against an enemy whose reach knows no bounds. When Stark finds his personal world destroyed at his enemy’s hands, he embarks on a harrowing quest to find those responsible. This journey, at every turn, will test his mettle. With his back against the wall, Stark is left to survive by his own devices, relying on his ingenuity and instincts to protect those closest to him. As he fights his way back, Stark discovers the answer to the question that has secretly haunted him: does the man make the suit or does the suit make the man?

 

Pelakon: Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, dan Favreau

 

GI JOE: THE RISE OF COBRA

Raya Keenam (22 Julai), 8.30 – 11.00 malam

Dilengkapi dengan ahli perisik hebat dan teknologi terkini, sekumpulan askar yang dikenali sebagai G.I Joe perlu pergi ke serata dunia di mana mereka diperlukan.Misi terbaharu kumpulan yang diketuai oleh Gen. Hawk dan Duke bersama rakan-rakan lain perlu menghalang Destro, penjahat yang dikhuatiri akan cuba menawan dunia dengan nanomites yang dinaungi oleh organisasi Cobra.

 

(English) Armed with the latest in military and spy technology, the team of elite soldiers known as G.I. Joe travel around the globe to wherever their services are needed. In their latest assignment Gen. Hawk (Dennis Quaid), Duke (Channing Tatum) and the rest of the G.I. Joe team take on Destro (Christopher Eccleston), a corrupt arms dealer, and fight the growing threat of the mysterious Cobra organization.

 

Pelakon: Dennis Quaid, Channing Tatum, Christopher Eccleston.

 

OZ THE GREAT & POWERFUL

Raya Ketujuh (23 Julai), 8.30 – 11.00 malam

Oscar Diggs, seorang ahli silap mata yang sering menipu telah hilang dibawa ke sebuah tempat yang asing baginya iaitu Land of Oz. Pada mulanya, Oscar merasakan dia merasa bertuah dan nasibnya mungkin lebih baik di tempat baru ini apabila penduduk disitu menyangkakan Oscar adalah penyelamat mereka. Pertemuannya dengan tiga ahli sihir Theodora, Evanora dan Glinda telah merubah segalanya.  Oscar perlu mencari jawapan sebenar mengenai siapkah ahli sihir yang benar-benar baik di antara mereka bertiga sebelum terlambat.

 

(English) Oscar Diggs, a small-time circus magician with dubious ethics, is hurled away from dusty Kansas to the vibrant Land of Oz. At first he thinks he’s hit the jackpot-fame and fortune are his for the taking. That all changes, however, when he meets three witches, Theodora, Evanora, and Glinda, who are not convinced he is the great wizard everyone’s been expecting. Reluctantly drawn into the epic problems facing the Land of Oz and its inhabitants, Oscar must find out who is good and who is evil before it is too late. Putting his magical arts to use through illusion, ingenuity-and even a bit of wizardry-Oscar transforms himself not only into the great and powerful Wizard of Oz but into a better man as well.

 

Pelakon: James Franco, Michelle Williams, Rachel Weisz

 

REAL STEEL

Raya kelapan (24 Julai), 8.30 – 11.00 malam

Pada tahun 2020, sukan tinju tidak lagi disertai oleh manusia dan digantikan dengan robot. Bekas peninju, Charlie Kenton kecewa apabila robotnya Ambush telah tewas dan ditambah pula apabila dia mendapat tahu dia mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun bernama Max Kenton. Charlie bersetuju untuk menjaga Max buat sementara waktu setelah dia memperoleh sejumlah wang yang banyak daripada waris Max.  wang itu digunakan untuk membeli sebuah robot baru iaitu Noisy Boy.  Namun Noisy juga tewas di tangan lawan apabila Charlie tersilap membuat percaturan. Sehinggalah suatu malam, Max menjumpai sebuah robot terbuang dan memaksa Charlie untuk memperbaiki robot kecil bernama Atom itu.

 

(English) In 2020, boxing is no longer fought by humans, but they have been replaced by robots. The former boxer Charlie Kenton drives his truck to promote fights with his robot Ambush. When he has just lost a fight, he is summoned to a hearing and forced to take care of his unknown eleven year-old son Max Kenton since his mother has passed away. Charlie loses another fight with the Noisy Boy robot that his girlfriend Bailey Tallet has just bought and he goes with Max to a junkyard to collect parts of robots to build a new one. However, Max finds an old sparring robot named Atom and Charlie teaches him how to box.

 

Pelakon: Hugh Jackman, Evangeline Lilly, Dakota Goyo

 

Program Animasi Terbaik

BOBOIBOY 1 HOUR SPECIAL

Raya Kelapan – Kesepuluh (24 – 26 Julai), 5.00 – 6.00 petang (TV3)

Musim ke-3 bersambung dengan penamat pertarungan antara BoBoiBoy dan Ejo Jo dan menyerlahkan kuasa sebenar Gopal, Ying dan Yaya. Kuasa Yaya adalah berupaya memanipulasi gravity. Kuasa Ying pula mampu memanipulasi masa manakala Gopal mampu manipulasi molekul objek-objek. Setelah insiden ini, semua penduduk Pulau Rintis telah mengetahui rahsia mereka maka bermulalah perubahan hidup mereka kearah kehidupan seorang adi wira, sentiasa membantu yang memerlukan. Mereka perlu cari keseimbangan antara sekolah dan tanggungjawab mereka sebagai adi wira. Bermulalah pelbagai kisah lucu ketika menyelamatkan orang dari kebakaran, membanteras jenayah sehinggalah membantu orang mengutip sampah.

 

 

 

 

 

SUPERSQUAD

Raya Pertama – Ketiga (17 – 19 Julai), 2.30 – 3.00 petang (TV9)

Lima adiwira remaja yang bergelar SuperSquad diarahkan oleh Laksamana Aaron untuk mempertahankan bandar mereka dari serangan makhluk asing, rasaksa dan si jahat genius, Zeeboz. Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq perlu berkerjasama untuk menjalankan misi mereka.

 

THE AMAZING AWANG KHENIT

Raya Pertama – Ketiga (17 – 19 Julai), 3.00 – 3.30 petang (TV9)

The Amazing Awang Khenit mengisahkan seorang budak remaja lelaki bernama Awang yang telah disumpah dan tidak boleh menjadi dewasa sejak berumur 10 tahun. Ahli Sihir yang bertanggungjawab membuat kejahatan itu ialah Megat Tani yang juga menyebabkan ibu dan ayah Awang hilang entah ke mana. Namun sebelum Awang mencari di mana ibu bapanya dan menguruskan dalang kepada sumpahannya itu, Awang berkhidmat untuk negeri Indrasakti sebagai pendekar bersama sahabat karibnya, Badang.

 

(English) The Amazing Awang Khenit is a story about a teen named Awang, who cannot grow up since he was ten years old. Since then he was known as Awang ‘Khenit’( means small guy ) by all residences of Indrasakti. Awang granted a magical cape that gives him superpowers and the ability to fly. Along with his friend the mighty Badang, they are trusted by Raja Mustafar, to be the guardian of Indrasakti, protecting it from pirates, robbers, mystical creatures and monsters.

 

UPIN & IPIN RAYA

Raya Pertama – Ketiga (17 – 19 Julai), 6.30 – 7.00 petang (TV9)

Raya pada kali ini memaparkan keseronokan Upin, Ipin dan kawan-kawan dalam membuat persiapan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Di sebalik keseronokan dan kemeriahan Upin dan Ipin menyambut hari raya, mereka juga dapat belajar banyak perkara baharu yang memberi manfaat kepadanya. Jom ikuti kisah seterusnya dalam episod Al kisah hari raya bersama Upin dan Ipin.

 

GENG PENGEMBARAAN

Raya Kesembilan (25 Julai), 8.30 – 10.30 malam (TV9)

Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.

 

(English) Bored with nothing to do for their school holidays, Badrol invites his best friend Lim to go on a camping trip at his old Kampung where he grew up, with intentions to experience some long-forgotten true Malaysian life in his Grandfather’s durian orchard. However their simple holiday trip is cut short by the discovery of a clue that leads them closer to the rumours of the mystery house deep in the forest. Together with their newly found friends, Raju the animal-whispering boy, Ros the village beauty, and her two cute twin brothers, Upin and Ipin, they work together to unravel the secrets surrounding the small Kampung.

 

 

 

 

TONTON ORIGINAL SERIES: CINTA KARAN (Dengan Kerjasama Senheng)

6 episod, Bermula 25 Jun, Setiap Hari Khamis, 11.00 pagi

Cinta Karan mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul dengan Aida. Keunikan pasangan ini ialah, mereka saling kena-mengenakan (prank) di antara satu sama lain dari awal perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin. Kemuncak kemarahan Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu operasi membalas dendam bermula. Setiap kali Zul cuba untuk menyampaikan isi hatinya, setiap kali jugaklah dia dikenakan lagi oleh Aida. Ketika Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu teman istimewa Aida. Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai Senheng. Aida datang ke kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk membeli barangan untuk persediaan perkahwinan. Semasa ditegur lelaki tersebut, barulah Zul tahu yang mereka berdua adalah abang dan adik. Zul mencari Aida dan menyampaikan isi hatinya. Apakah reaksi Aida?

Saksikan drama bersiri ini di www.tonton.com.my/cintakaran

Pelakon: Zul Ariffin, Ayda Jebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *