(HIBURAN) SELEKSI PROGRAM ISTIMEWA DAN EKSKLUSIF SYAWAL DI TV3 & TV9

 Boboiboy The Movie-tile

Selesai sudah dua acara padang, Bazar Syukur Selalu di Sungai Petani & Johor Bahru dan Jom Masjid di Kuala Kangsar & Melaka, kempen Syukur Selalu dirancakkan lagi dengan tayangan program TV eksklusif Aidilfitri di saluran televisyen pilihan utama penonton Melayu iaitu TV3 dan TV9.

TV3 dan TV9 sentiasa mengutamakan kemahuan dan citarasa penonton yang ingin melihat artis – artis popular tanah air beraksi dalam program-program baharu yang disajikan ketika sambutan Aidilfitri. Jadi, pelbagai genre program TV yang baharu dan asli yang merangkumi telefilem, program Raudhah, majalah & dokumentari, program variasi dan juga seleksi filem-filem blockbuster akan dipersembahkan buat penonton setia TV3 dan TV9 sepanjang dua minggu Syawal.

Pada tahun ini, TV3 menggandingkan bintang-bintang popular menerusi beberapa telefilem eksklusif Aidilfitri pada minggu Raya pertama dan kedua seperti Kau, Aku Kita Raya (Saharul Ridzwan & Janna Nick), Hello Mr. Perfect Raya (Fattah Amin & Ruhainies), Kak Marr Raya (Rozita Che Wan, Izreen Azminda & Redza Rosli), Mak Cun Pi New York (Eirma Fatima, Umie Aida & Nora Danish), Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya (Shukri Yahaya & Mira Filzah) dan Cinta Si Wedding Planner (Adi Putra & Mira Filzah).

 

Filem blockbuster Bollywood iaitu Diwale lakonan Shah Rukh Khan dan filem animasi Malaysia yang mencatat kutipan tiket melebihi RM 16 juta, Boboiboy The Movie juga akan ditayangkan buat pertama kalinya di kaca televisyen pada Syawal ini.

Program hiburan seperti Melodi Raya, Muzik Muzik Raya dan Mentor Milenia Raya juga akan menemui penonton pada Syawal ini. Tidak ketinggalan juga program variasi dan Raudhah seperti In Person Datuk Ustaz Kazim Elias dan In Person Da’i Hamidah serta program bual bicara Malaysia Hari Ini Aidilfitri dan Wanita Hari Ini Raya.

TV9 turut membariskan telefilem eksklusif Aidilfitri seperti Derhaka (Zahiril Adzim, Hanis Kamal Bakar & Liza Othman), Pulang (Talha Harith, Aedy Asyraf & Fazlina Ahmad Daud) dan Duit Raya (Bell Ngasri, Siti Elizad & Puteri Balqish). Di samping itu, lima filem istimewa blockbuster juga disiarkan seperti Superman Returns, Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1, Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2, Hotel Transylvania dan G.I. Joe – The Rise of Cobra.

 

Program variasi dan hiburan di TV9 turut menceriakan suasana Syawal anda seperti Pop TV Raya, Kisah Di Sebalik Lagu dan Perang Bibir. Tidak ketinggalan juga program Raudhah iaitu SIS Raya dan Tanyalah Ustazah Raya serta program bual bicara Ketupat Rendang Kopi O.

 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di televisyen, mereka turut berpeluang menontonnya menerusi online portal tonton (tonton.com.my). Dengan adanya akaun VIP bersama tonton ini, para penonton tidak akan ketinggalan sebarang program kerana kini mereka mampu menonton program secara mudah alih.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my. Muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu dan ikuti info terkini kempen #SyukurSelalu. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag SyukurSelalu (#SyukurSelalu).

PROGRAM RAUDHAH EKSKLUSIF AIDILFITRI TV3

 

MISI K 2016

Raya Pertama, 6 Julai 2016 (Rabu), 6.02 petang

 

MISI K 2016 (Misi Kemanusiaan) memaparkan perkampungan orang Islam di Cebu, Filipina akibat taufan Haiyan. Keprihatinan sukarelawan dari Malaysia membantu dan mengurangkan bebanan negara – negara yang mengalami kisah tragedi tersebut. Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS), 50 orang pelajar Universiti Malaysia Terengganu dan imam-imam muda akan membantu membina rumah, sekolah, masjid dan juga menyediakan khidmat klinik bergerak.

 

(English) Misi K team visits and portrays Muslim community at Cebu Island, Philipppines who had been affected by Haiyan Taycoon in 2013.

 

 

IN PERSON DATUK USTAZ KAZIM ELIAS

Raya Keempat, 9 Julai 2016 (Sabtu), 7.00 malam

Mari kenali lebih dekat lagi personaliti dan juga pendakwah terkenal Malaysia, Datuk Ustaz Kazim Elias. Beliau dikenali kerana gaya penyampaiannya yang santai dan sering berjenaka. Program 1 jam ini tidak hanya mendedahkan mengenai karier beliau sebagai seorang pendakwah, rancangan ini akan turut mendedahkan kehidupan sehariannya di rumah, sebagai seorang penulis dan juga pengetua di Sekolah Al-Barakah, Ipoh, Perak.

 

(English) Get to know Ustaz Kazim Elias, one of Malaysia’s most loved Islamic speakers, well-known for his casual and witty talks. This one hour special will delve into his personal and professional life not just as an independent Islamic preacher but also as a religious motivator, writer and principal at Al Baraqah School in Ipoh, Perak

 

 

IN PERSON DAI HAMIDAH

17 Julai 2016 (Ahad), 6.30 petang

Da’i Hamidah akan menceritakan kisah perjalanan hidupnya dalam bidang dakwah. Daripada seorang insan biasa yang tidak dikenali ramai sebelum ini, kepada seorang yang bergelar Juara program Da’i musim ke-3. Program khas ini akan membawa penonton untuk mengenali Da’i Hamidah dengan lebih dekat secara peribadi.

 

(English)Da’i Hamidah will narrate her journey from her humble beginning to the pivotal moments in her life, including winning TV3’s reality Islamic program, Da’i (Season 3). This special episode will also feature her personal life, family, education and achievement. It will also touch upon key events in her career as an Islamic preacher, from giving talks at her hometown to the prisoners’ at Kedah Jail.

 

 

MADRASAH RAYA (Ditaja oleh Tabung Haji)

17 Julai 2016 (Ahad), 10.30 malam

Madrasah Raya kali ini menyaksikan Fedtri Yahya mendekati Isa Scholer, pemuda kacukan Melayu Jerman. Dibesarkan di Malaysia, beliau tidak menghadapi masalah untuk membina jati diri sebagai Muslim. Ketika berusia 17 tahun, dia nekad berhijrah ke Frankfurt untuk membina kehidupan dan cabaran baru selain menjadi salah seorang pendakwah melalui caranya yang tersendiri. Anak-anak dilatih dengan penuh disiplin hasil bantuan isteri yang solehah. Biarpun masih tidak dapat memberi jalan hodayah kepada keluarga sebelah bapa yang kuat pegangan agama lain, Isa tidak berputus asa. Walau dilingkungi seribu Gereja, jiwanya kental dengan aqidah Islam dan terus komited menjadi Muslim yang berperibadi mulia. Ujian-ujian besar dalam hidup dijadikan asa untuk terus bertqwa kepada Allah.

 

(English) A special 60 minutes magazine show hosted by Fedtri Yahya where he will visit various Madrasah in Germany. Embark on the experience of the different way of life and how Islam has expanded in their continent.

 

 

PROGRAM BUAL BICARA EKSKLUSIF AIDILFITRI TV3

 

Malaysia Hari Ini Aidilfitri 2016

Raya Pertama, Kedua dan Ketiga, 6 – 8 Julai 2016 (Rabu – Khamis), 7.00 pagi – 10.00 pagi

Malaysia Hari Ini Aidilfitri yang berkonsepkan bual bicara muzikal menyambut lebaran yang mulia bersama-sama dengan barisan artis terkenal dulu dan kini antaranya Datuk A. Rahman Hassan, Rohana Jalil, Siti Fairuz, Aris Ariwatan, NICO, Aizat Amdan, Waris, Ronnie Hussin, Sherry Al-Hadad, Eby Yus, dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, barisan personaliti TV3 bersama keluarga masing-masing turut memeriahkan program istimewa ini. Penonton bakal disajikan dengan lagu-lagu Raya dari zaman 60-an sehingga ke era masa kini serta kisah-kisah menarik yang dikongsikan oleh tetamu-tetamu jemputan.

Wanita Hari Ini  Raya 2016

Raya Keenam, Ketujuh dan Kelapan, 11 – 13 Julai 2016 (Isnin – Rabu),

12.00 tengah hari – 1.00 petang

Wanita Hari Ini membawakan 3 tema berbeza untuk meraikan lebaran tahun ini. Tema ’Raya Sepanjang Zaman’ menggamit nostalgia penonton dengan kisah-kisah mengenai evolusi sambutan Aidilfitri yang telah berubah mengikut peredaran masa. Antara kisah yang dikongsi termasuklah persiapan menyambut lebaran, juadah raya, fesyen raya serta lagu raya. Tema ’Tabik Raya’ pula meraikan mereka yang di belakang tabir tatkala insan yang tersayang tidak dapat bersama-sama meraikan lebaran yang mulia ini atas faktor kerja mahupun kesihatan. Antaranya bersama suami seorang wirawati yang menyediakan kelengkapan Aidilfiti untuk anak-anak tatkala isteri tercinta berkorban demi negara tercinta. Tema ’Raya Yang Sempurna’ pula menyingkap makna apakah sebenarnya Raya yang sempurna bagi insan-insan yang telah hilang keupayaan sekelip mata atau kehilangan ahli keluarga dalam suatu tragedi. Bagaimanakah mereka cuba untuk meneruskan kehidupan dan menyambut Aidilfitri seperti insan-insan yang lain?

PROGRAM VARIASI & HIBURAN AIDILFITRI TV3

INDAHNYA SYAWAL

Menjelang Raya, 5 Julai 2016 (Selasa), 11.00 malam

Syawal disambut setelah kita berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan melawan lapar dan dahaga. Ramadan juga mengajar kita bersyukur dan melahirkan lebih rasa simpati buat mereka yang kurang bernasib baik, mengajar kita erti kehidupan. Indahnya Syawal ialah sebuah program islamik 60 minit yang dipenuhi dengan zikir, nasyid, tazkirah sebagai tanda meraikan kemenangan kita melawan nafsu sepanjang berpuasa. Program ini dihoskan oleh AG Kool FM bersama pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias dan turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Faizal Tahir, Yassin, Black, Akim dan Stacy.

 

(English) We celebrate Syawal after a month of fasting during Ramadan. It’s a celebration against one’s desire and ability to emphatize with those less fortunate. It teaches us humility and perseverance. Indahnya Syawal is a 60min Islamic show which celebrates the victory against one’s own desire. Hosted by AG Kool FM with guests renowned speaker Datuk Ustaz Kazim Elias interlaced together with zikir, nasyid, tazkirah and performances from Faizal Tahir, Yassin, Black, Akim & Stacy.

YE KE?! RAYA

Raya Pertama, 6 Julai 2016 (Rabu), 4.00 petang

Episod istimewa sempena Raya yang dihoskan oleh Ogy Ahmad Daud dan AG Kool FM ini akan dipenuhi dengan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tempatan yang dijemput khas, antaranya ialah Awal Ashaari, Ifa Raziah, Nazim Othman dan Erra Fazira. Topik yang akan dibincangkan bagi edisi raya ini adalah mengenai ‘Merak Kayangan’. Program santai ini akan menunjukkan sisi lain mengenai selebriti kesayangan anda. Selebriti jemputan juga akan berpeluangan untuk memenangi ‘Hadiah Raya’.

 

(English) Special Raya episode filled with juicy and exciting stories with local celebrities – Awal Ashaari, Ifa Raziah, Nazim Othman & Erra Fazira. The topic for this special episode will be ‘Merak Kayangan’. This light hearted discussion with celebrities showcase another side of the stars that the audience can relate to on many levels. Best of all the most happening guests will get the chance to win ‘Hadiah Raya’. Hosted by Ogy Ahmad Daud & AG Kool FM.

 

 

DAPUR PANAS VS 5 RENCAH 5 RASA

Raya Pertama, 6 Julai 2016 (Rabu), 5.00 petang

Dapur Panas vs 5 Rencah 5 Rasa bakal menyaksikan 2 chef berentap untuk membuktikan siapakah yang lebih hebat, adakah Chef Fikree ataupun Chef Sherson? Menariknya mereka masing-masing akan dipasangkan bersama selebriti sebagai tukang masak dan selebriti ini perlu memasak setiap resepi cabaran yang diberikan kepada kedua-dua chef dengan melalui pelbagai kejutan dan cabaran sepanjang program ini. Rancangan ini dihoskan oleh Nazrudin Habibur Rahman (pengacara JJCM) dan turut disertai oleh Chef Zam sebagai juri.

 

 

EDISI KHAS SEMASA

Raya Pertama – Keempat, 6 – 9 Julai 2016 (Rabu hingga Sabtu), 11.00 malam

Edisi Khas: Semasa, siri 4 episod ini akan memparodikan isu-isu semasa dalam kehidupan seharian dan viral di Malaysia dalam bentuk komedi. Dihoskan oleh Syuk dan Ropie Comey. Artis jemputan yang turut membuat kemunculan ialah Ebby Yus, Jep Sepah, Bell Ngasri, Rahim R2, Atu Zero, Chiwan dan Nonny Nadirah.

 

(English) “Edisi Khas: Semasa” is a 4 episode special form the popular sketch series which tiwst normal everyday problems and highlights them in a comedic twist. Each episode features parodies of current issues and trending issues in Malaysia. Hosted by Syuk and Ropie Comey. Artists: Ebby Yus, Jep Sepah, Bell Ngasri, Rahim R2, Atu Zero, Chiwan & Nonny Nadirah.

JANGAN MACAM-MACAM

Raya Kedua, 7 Julai 2016 (Khamis), 4.00 petang

Rancangan variasi Jangan Macam-Macam yang penuh gelak ketawa ini ini dihoskan oleh Chiwan dan Achok di mana mereka akan bertanyakan soalan cepumas, bermain ‘game’ dan mengenakan orang ramai di sekitar Kuala Lumpur.

 

(English) A wacky variety show that incorporates spontaneous interviews, surprise games and pranks on the street of Kuala Lumpur. Laugh out loud as hosts Chiwan and Achok take to the streets of the city.

 

 

YEKE?! ADIK

Raya Ketiga, 8 Julai 2016 (Jumaat), 4.00 petang

Meraihkan Raya dengan Ogy Ahmad Daud & AG Kool FM bersama-sama adik-adik cilik, Muntazar dan Firdaus Gufran, Ryssa, Rykarl dan ramai lagi. Saksikan gelagat lucu mereka menjawab soalan secara spontan dan persembahan istimewa sempena Raya ini.

 

(English) Yeke! Adik, a special episode for Raya that will feature kid’s age around 10-12 years old. Catch the cheekiness of the kids while they are being interviewed with funny spontaneous questions.

 

 

MELODI RAYA (Diaurakan olehAura White…shake shake uolls)

10 & 17 Julai 2016 (Ahad), 12.30 tengah hari

Program istimewa dua episod Melodi Raya ini menghimpunkan ratusan selebriti hangat Malaysia. Bersama hos Melodi raya iaitu AG Kool FM, Awal Ashaari, Marsha Milan, Ayda Jebat and Zizan Razak  penonton akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya kegemaran ramai oleh tetamu jemputan seperti Ogy Ahmad Daud, Izreen Azminda, Siti Sarah, Rahimah Rahim dan ramai lagi bagi episod pertama. Episod kedua pula akan memaparkan gossi-gosip raya dan ucapan raya oleh para selebriti jemputan.

Hos: AG Kool FM, Awal Ashaari, Marsha Milan, Ayda Jebat and Zizan Razak.

 

(English) A Special 2 episode Melodi Raya featuring all the hottest and local celebrities and singers in celebrating Hari Raya Aidilfitri. The 1st episode of Melodi Raya will be highlighting on performances of favourite Raya songs whilst episode 2 will be highlighting on ‘Gossip Raya’ and artists reading out their Raya wishes. Hosted by AG Kool FM, Awal Ashaari, Marsha Milan, Ayda Jebat and Zizan Razak.

 

 

MENTOR MILENIA RAYA (Dipancarkan oleh Milenia Whitening Champ…Kunyah Kunyah Kunyah, nyum nyum nyum je. Barulah Putih)  

15 Julai 2016 (Jumaat), 9.00 malam

 

Rancangan muzikal yang kembali menggabungkan para protégé dan mentor dalam rancangan Mentor Milenia Raya yang akan turut menampilkan Dato’ Seri Vida. Tonton persembahan bertenaga Black, Hazama, Azlan dan Akim membuat persembahan bersama protégé mereka- Fareez, Qody, Wanie, Ebba, Zetty, Mira, Han dan Nuri yang pastinya menghiburkan anda sekeluarga.

(English) A Musical Special that feature all the Mentors and Protégé from Reality Superhit Mentor Milenia featuring Dato’ Seri Vida. See Black, Hazama, Azlan and Akim perform alongside their proteges – Fareez, Qody, Wanie, Ebba, Zetty, Mira, Han and Nuri, a host of songs that will be sure to entertain the whole family! Hosted by Isey Titan & Marsha Milan.

 

 

MUZIK MUZIK RAYA

18 Julai 2016 (Isnin), 11.00 malam

Raikan Hari Raya bersama Fara Fauzana, Fizi Hot FM, Juzzthin & Zoey bersama tetamu jemputan yang akan menyampaikan lagu-lagu raya kegemaran anda dalam Muzik-Muzik Raya.

(English) Celebrate Hari Raya with Fara Fauzana, Fizi Hot FM, Juzzthin & Zoey together with other celebrities in Muzik Muzik Raya. Your all time favourite raya songs will be performed by various artists!

 

TELEFILEM EKSKLUSIF AIDILFITRI TV3

 

 

BATU NISAN IBU

4 Julai 2016, 10.00 malam

Penerbit                        : Zeel Production Sdn Bhd

Pengarah                      : Murali Abdullah

Penulis Skrip                 : Ahmad Hamdan

Pelakon                                    : Reza Rosli, Nabila Huda, Ayu Raudah, Dato Rahim Razali,

Balkisyh Semundur Khan

Ana hamil setelah terlanjur dengan teman lelakinya. Ayahnya, Pak Ali berasa amat malu lantas menghalau pasangan itu keluar dari kampung. Mereka mulakan hidup baharu di pinggir bandar. Badrul ialah seorang lelaki yang suka berpoya dan menghilangkan diri tanpa berita ketika Rina berusia 9 tahun. Takdir menentukan Ana meninggal dunia dan Rina dibesarkan oleh Pak Ali. Setelah beberapa tahun Ana dikebumikan, pusaranya terbiar dan tidak mempunyai batu nisan. Rina nekad mengumpul duit demi membeli batu nisan untuk arwah ibunya. Perkara ini menimbulkan kemarahan Pak Ali kerana dia memang sengaja tidak mahu meletakkan batu nisan. Dia tidak mahu orang kampung tahu bahawa anaknya dikebumikan di kampung itu.

CINTA SI WEDDING PLANNER RAYA

Menjelang Raya, 5 Julai, 9.25 malam

Penerbit                        : Primeworks Studios Sdn Bhd

Pengarah                      : Along Kamaludin

Penulis Skrip                 : Mufid Suhaimi

Pelakon                                    : Adi Putra, Mira Filzah, Fadlan Hazim, Nazeera Sardi

Sambungan daripada drama siri Cinta Si Wedding Planner.

Fariz Adryan dan Zara Batrisya telah berkahwin selama dua tahun. Sementara itu, Ikhmal Bazli dan Shaqirin juga sudah berkahwin lebih kurang setahun. Zara dan Bazli merupakan adik-beradik yang telah terpisah semenjak kecil. Namun begitu, mereka pernah menjalinkan hubungan percintaan sebelum mengetahui hal sebenar. Hal ini menyebabkan Shaqirin cemburu kerana hubungan mereka kekal mesra. Konflik terjadi apabila salah faham wujud antara kedua-dua pasangan ini. Zara Batrisya akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk menjarakkan diri dengan Fariz Adryan.

 

 

HELLO MR PERFECT RAYA

Raya Pertama, 6 Julai, 10.00 pagi

Penerbit                        : A.Aida Production Sdn. Bhd

Pengarah                      : Nuad Hj Othman

Penulis Skrip                 : Mazelan Manan

Pelakon                        : Fattah Amin, Ruhainies, Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, Dato Eizlan Yusof, Fiza Elite

Sambungan daripada drama siri Hello Mr Perfect.

Rumah tangga Izzul dan Alya begitu bahagia. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Masing-masing begitu teruja sehinggalah tiba bulan Ramadan, kekecohan mula berlaku apabila masing-masing kepenatan mengurus bayi dan persediaan untuk berbuka serta bersahur. Datin Seri Rosni dan Mak Temah sanggup menjaga bayi Alya. Alya dan Izzul enggan kerana mereka tidak mahu menyusahkan orang tua masing-masing. Arif dan Ainul pula masing-masing merasakan hubungan mereka semakin renggang. Sejak Ramadan bermula, mereka jarang dapat berbuka bersama kerana terpaksa memenuhi undangan majlis berbuka. Tambahan lagi Ain, bekas teman wanita Izzul kembali mengganggu hidup mereka.

 

 

ADA HANTU MALAM RAYA

Raya Pertama, 6 Julai 2016, 2.00 petang

Penerbit                        : Primeworks Studios Sdn Bhd

Pengarah                      : Hisham Rejab

Penulis Skrip                 : MF Kencana

Pelakon                                    : Issey BMB, Ammar BMB, Achok BMB, Ruminah Sidek, Shikin Kamal,

Da’i Annas, Along Eyzendy

Mengisahkan tiga sahabat, Issey, Ammar dan Syafik yang dalam perjalanan pulang ke kampung. Oleh kerana kereta mereka yang agak uzur, perjalanan mereka mengambil masa yang lebih lama daripada biasa. Ketika perjalanan, Issey mula menceritakan kisah-kisah seram untuk hilangkan perasaan mengantuk. Tiba-tiba, sesuatu tidak kena pada kereta mereka dan terhenti di bahu jalan. Seorang nenek tua bersama cucunya menghampiri mereka dan menjemput mereka berehat di rumah Nek Nek sementara menunggu mekanik tiba. Mereka pun mengikut Nek Nek dan cucunya tanpa mengenali siapakah gerangan mereka berdua.

 

 

MAK CUN PI NEW YORK

Raya Pertama, 6 Julai, 9.00 malam

Penerbit                        : Rumah Karya Citra Sdn Bhd

Pengarah                      : Eirma Fatima

Penulis Skrip                 : Eirma Fatima

Pelakon                        : Eirma Fatima, Balkisyh Semundur Khan, Nora Danish, Dato Rahim Razali,

Datin Seri Umie Aida, Saharul Ridzwan

Mak Cun ke New York untuk berjumpa dengan anaknya Atun selepas mendapat panggilan yang dia akan berkahwin di New York.  Atun merahsiakan siapa bakal suaminya daripada Mak Cun. Mak Cun tergesa-gesa ke New York kerana bimbang anaknya akan berkahwin dengan “mat saleh” dan tidak mengikut ajaran Islam. Dalam keadaan huru hara, Mak Cun tetap membawa sejumlah produk keluaran kampung dan produknya untuk dipasarkan di sana. Mak Cun cuba selidik siapa bakal suami Atun, hingga menyebabkan pertelingkahan antara mereka. Mak Cun bertindak untuk keluar dari rumah tersebut dan berfikir untuk menyewa hotel di sekitar Bandar New York. Tanpa Mak Cun sedari, bayaran penginapan telah menjangkau lebih daripada wang yang dibawa oleh Mak Cun hingga menyebabkan dia ambil keputusan untuk menjual produknya di sana untuk membayar kos hotel. Mak Cun terserempak dengan lelaki berkulit hitam yang telah banyak membantunya untuk kembali kepada Atun.

 

 

RAYA KAMI

Raya Kedua, 7 Julai, 10.00 pagi

Penerbit                        : Cinta Kasih Production Sdn Bhd

Pengarah                      : Ellie Suriati

Penulis Skrip                 : Zabidi Mohamed

Pelakon                                    : Fattah Amin, Aida Aris, Azri Iskandar, Ellie Suriati, Elfaeza Ul Haq,

Adik Azrell Omar, Adik Shira Shahril, Adik Qurratu Ain, Adik Danial, Adik Adrianna

Ramadan kali ini, Zaidi dan Rahmah akan menunaikan umrah. Masalah timbul apabila mereka tidak ada penjaga untuk anak-anak mereka termasuklah ibu bapa mereka yang setiap hari mahu menunaikan solat terawih di masjid. Maka, Rayyan iaitu adik kepada Rahmah bakal menjaga anak-anak mereka. Rayyan dikatakan seorang jurulatih yang tegas di Pusat Latihan Khidmat Negara. Anak-anak Zaidi dan Rahmah tidak suka pada Rayyan kerana jadual sepanjang bulan Ramadan mereka padat dengan ibadah dan disiplin. Suatu hari ketika menghantar anak-anak kakaknya ke kelas mengaji, Rayyan bertemu Ustazah Jannah dan mula cinta pandang pertama.

KAK MARR RAYA

Raya Kedua, 7 Julai, 2.00 petang

Penerbit                        : Zeel Production Sdn Bhd

Pengarah                      : Haji Fadzil Teh

Penulis Skrip                 : Mufid Suhaimi

Pelakon                        : Izreen Azmida, Rozita Che Wan, Redza Rosli

Bulan Ramadan kembali lagi. Kak Marr memberitahu pekerjanya, Kak Raftah, Chef Di, Shahrir dan Dina bahawa warung akan ditutup kerana akan menumpukan perhatian kepada menjual barang atas talian.  Dia juga akan mengambil tempahan menjual tudung Marr. Kak Raftah merancang untuk berniaga dengan Chef Di di warung Kak Marr untuk menambah pendapatan tetapi Asmah tiba-tiba memberitahu Kak Marr dia nak berniaga laksanya di situ. Beberapa hari kemudian, Kak Raftah dan Chef Di mengesyaki sesuatu telah berlaku di warung Kak Marr. Kelihatan ada orang makan di warung itu walaupun warung ditutup. Setelah disiasat barulah diketahui yang Asmah berniaga pada waktu siang. Dua hari menjelang raya, warung Kak Marr diserbu. Beberapa orang telah ditangkap kerana tidak berpuasa termasuklah Asmah dan Kak White. Hukumannya mereka dibawa di dalam kereta jenazah dan diarak di seluruh pekan.

BOBOIBOY: THE MOVIE 

Raya Kedua, 7 Julai, 9.00 malam                              

Rakan robot BoBoiBoy, Ochobot, telah diculik oleh sekumpulan pemburu Sfera Kuasa makhluk asing bernama Tengkotak dengan tujuan menggunakan Ochobot untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. BoBoiBoy dan rakan-rakan kini perlu berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa. Perjalanan mereka akan membawa mereka melalui pengembaraan yang penuh dengan aksi, komedi dan adegan-adegan yang menarik.[

 

Boboiboy: The Movie is a story about Boboiboy and his friends, Gopal, Yaya, Ying and Fang, who embark on an adventure to a mysterious island to save and protect their robot-friend, Ochobot. This heroic tale of laughs and full of exciting action pieces take viewers even further into the thrilling superhero world that uncovers BoboiBoy’s new super powers.

 

SEUTAS GELANG EMAS

Raya Ketiga, 8 Julai, 2.00 petang

Penerbit                        : A.Aida Production Sdn. Bhd

Pengarah                      : Raja Mukhriz

Penulis Skrip                 : Rosmadewi Zain

Pelakon                                    : Fahrin Ahmad, Jaja (DFKL), Rosnah Mad Aris, Norlia Ghani

Adam tinggal dengan ibunya di kampung. Berjawatan tinggi dan bergaji besar menyebabkan ibunya, Hasnah cukup bangga. Satu hari Bedah, penjual barang kemas, datang ke rumahnya untuk mengajak ke kenduri doa selamat. Di samping itu Bedah membuka juga barangan kemasnya. Hasnah tertarik pada seutas gelang tangan tetapi Adam tidak mengendahkannya. Adam jatuh hati pada Zaira, rakan sepejabatnya dan kemudiannya mereka berkahwin. Mulanya Zaira sangat rajin di dapur tapi bila bekerja semula, dia jadi lemak. Manisah dengan bangga menunjukkan gelangnya kepada Hasnah. Hasnah merasa sedih dan memalingkan muka tak sanggup melihat gelang yang sangat diingininya itu dipakai oleh besannya kerana Adam mampu membelikan gelang untuk mentuanya tapi bukan untuknya.

 

BALADA PENCINTA

Raya Ketiga, 8 Julai, 9.00 malam

Pelakon            : Johan As’ari, Siti Saleha, Sein Ruffedge.

 

Balada Pencinta mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan. Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua-dua ibu bapa Aisyah sudah pun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy, seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya tetapi tanpa cinta?

Balada Pencinta tells the story about a forbidden love between Amir, a former thug who wants to be a street busker and Aisyah, a lady who appreciates the arts. Their love story becomes complicated when Aisyah’s parents makes arrangements for her to tie the knot with Boy, who is from a rich family. Who will Aisyah choose?

 

 

KABHI KUSHI KABHIE GHAM

Raya Keempat, 9 Julai, 2.00 petang

PELAKON                    : Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan, Kajol, Kareena Kapoor, Jaya Bachchan, Hrithik Roshan

 

Yashvardhan Raichand hidup dengan cara hidup yang sangat mewah bersama isterinya, Nandini serta dua orang anak lelakinya, Rahul dan Rohan. Walaupun Rahul hanya merupakan anak angkat, Yashvardhan dan Nandini tetap melayan Rahul seperti anak kandung mereka sendiri. Apabila kedua-duanya telah dewasa, Yashvardhan dan Nandini mula mencari pasangan untuk Rahul dan menemui seorang gadis bernama Naina. Apabila Yashvardhan dan Nandini memberitahu Rahul tentang rancangan mereka, Rahul bertegas dia mencintai orang lain iaitu Anjali Sharma. Yashvardhan dan Nandini pergi menemui keluarga Anjali dan menyedari keluarga tidak setaraf dengan mereka…

 

Yashvardhan Raichand lives a very wealthy lifestyle along with his wife, Nandini, and two sons, Rahul and Rohan. While Rahul has been adopted, Yashvardhan and Nandini treat him as their own. When their sons mature, they start to look for suitable brides for Rahul, and decide to get him married to a young woman named Naina. When Rahul is told about this, he tells them that he loves another woman by the name of Anjali Sharma. Yashvardhan decides to meet with the Sharma family, and finds out that they are middle-classed, unsophisticated, and will not be able to it into his family circle, as a result he refuses to permit Rahul to marry Anjali. A defiant Rahul decides to leave, gets married to Anjali, without his foster parents’ blessings, and re-locates to London, England, where Anjali’s unmarried sister, Pooja, also lives. Rohan, who was studying in a hostel, returns home to find that Rahul is no longer living with them…

 

KETUPAT TERAKHIR

Raya Keempat, 9 Julai, 5.00 petang

Penerbit                        : Rashbir Media Sdn Bhd

Pengarah                      : Rashid Sibir

Penulis Skrip                 : Rashid Sibir

Pelakon                                    : Azhan Rani, Nabila Huda, Fauziah Nawi, Norlia Ghani, Haeryanto Hasan

Mak Nen sentiasa mengingati saat-saat bahagia dia bersama satu-satunya anak tunggalnya, Rahim. Namun setelah berkahwin, sikap Rahim mula berubah. Mak Nen nekad tahun ini dia mahu beraya dengan Rahim. Pada malam raya, Rahim dan isterinya, Dira akan berangkat ke Paris. Dengan pertolongan Wahid anak muda yang selalu membantunya, Mak Nen telah pergi ke KL dengan menaiki kereta lama Wahid. Orang gaji memberitahu yang mereka telah pergi keluar negara. Hancur hati Mak Nen. Dia membawa ketupat dan Wahid mengajak Mak Nen pulang semula ke kampung. Rahim pula telah bertengkar dengan Dira di tepi jalan hampir ke KLIA. Dia rasa berdosa pada ibunya dan mahu kali ini bertemu dengan ibunya. Sepanjang jalan pulang Rahim mengingati semua kesilapannya dan betapa derhakanya pada ibu yang terlalu menyayanginya.

 

 

CIK CINDERELLA & ENCIK TENGKU RAYA (Ditaja oleh Nescafe)

Raya Keempat, 9 Julai 2016, 9.00 malam

Penerbit                        : Orangetree Production Sdn Bhd

Pengarah                      : Eoon Shuhaini

Penulis Skrip                 : Amin Shakib

Pelakon                                    : Shukri Yahaya, Zahirah MacWilson, Puteri Aishah, Dato Eizlan Yusof,

Aleza Shadan

Sambungan daripada drama siri Cik Cinderella & Encik Tengku.

Puteri merancang untuk meraikan Hari Raya di rumah nenek dan Mak Ngah bersama anak sulungnya, Daniel. Seminggu sebelum Raya, ibu tiri baharu Puteri telah disahkan mengandung. Kebetulan ayah Puteri berada di luar negara atas urusan perniagaan. Puteri merasakan sesuatu tidak kena dan beranggapan Daniel menyembunyikan sesuatu daripadanya. Hakikatnya, Daniel dinaikkan pangkat dan terpaksa ke luar negara. Dia terpaksa menyembunyikan dulu berita tersebut daripada pengetahuan Puteri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Masa kian suntuk, ibu tiri Puteri sudah sarat dan bakal melahirkan bayi dan ayah Puteri masih belum pulang.

 

 

MISIKU KUBUR

Raya Kelima, 10 Julai, 2.00 petang

Pelakon                                    : Joey Daud, Azrel Ismail, Kilafairy, Munir, Zizan Nin, Dato Boy Iman, Maimunah Ahmad, Hamid Gurkha

Zack telah dibebaskan dari hukuman penjara kerana dituduh merompak kedai emas. 15 tahun lepas, dia telah menyembunyikan emas rompakan tersebut di suatu tempat. Setelah keluar dari penjara, dia mahu ke lokasi itu bersama seorang kenalan barunya, Fakir. Malang tidak berbau apabila lokasi itu telah menjadi tanah perkuburan. Bermulalah misi Zack dan Fakir untuk mendapatkan semula emas rompakan tersebut diselangi dugaan yang sentiasa ada di sekeliling mereka.

Zack had been released from prison for allegedly robbing a goldsmith shop. 15 years ago, he had hidden gold somewhere. After leaving prison, he decides to go to the place with his new acquaintance, Fakir. Unfortunately, the location has been now changed into a cemetery. Zack and Fakir begin their mission to recover the gold in spite of all that is going on round them.

SEHELAI SONGKET BERBUNGA PENUH

Raya Kelima, 10 Julai, 5.00 petang

Penerbit                        : Enuja Production Sdn Bhd

Pengarah                      : Murali Abdullah

Penulis Skrip                 : Didi Wahida

Pelakon                                    : Namron, Amar Asyraf, Hanis Kamal Bakar, Rosnah Johari, Sabrina Ali, Ariff BMB

Haikal bekerja di bandar. Dia datang dari keluarga yang sederhana. Pada hari Raya tahun ini, dia berhajat untuk menghadiahkan bapanya, Fadil, sehelai sampin songket kerana selama ini Fadil tidak pernah memiliki walaupun sehelai. Haikal mengajak rakan serumahnya, Johan, untuk menemaninya mencari songket. Mereka berurusan dengan Farah, pembantu di gedung kain tersebut yang merupakan bekas kekasih Haikal. Namun, perkara tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan Johan. Johan yang mula jatuh hati dan keluar bersama Farah akhirnya mendapat tahu tentang kisah silam mereka. Hubungan rapat mereka mula renggang sehingga terjadi sebuah insiden yang menyebabkan Johan menyesal.

DILWALE

Raya Kelima, 10 Julai, 9.00 malam

Pelakon: Shah Rukh Khan, Kajol, Varun Dhawan, Kriti Sanon

                               

Mengisahkan seorang jejaka tampan bernama Raj dan seorang wanita bernama Meera yang saling mencintai. Akan tetapi, mereka harus mengatasi masalah mereka yang telah berlaku pada masa silam. Selain itu, Veer yang jatuh cinta kepada Ishita juga harus berjuang untuk menambat hati gadis kesukaannya.

The story revolves around the children of two competing families who meet after a 15-year separation. Raj (SRK) is a charming car modifier. Veer (Varun) is his younger brother who ends up falling for Ishita. When Raj meets Meera (Kajol), whom he loved and got separated from, his past comes back to disrupt his present.

KAU, AKU, KITA RAYA (Ditaja oleh F&N 100 Plus)

Raya Keenam, 11 Julai, 10.00 malam

Penerbit                        : JS Pictures Sdn Bhd

Director                         : Azman Hj Yahya

Script Writer                  : Rehal Nuharis

Casts                           : Saharul Ridzwan, Janna Nick, Shamsul Ghau Ghau, Kuza, Issey BMB

Sambungan daripada drama siri Kau, Aku, Kita.

Cerita bermula dengan memperlihatkan kemesraan atau romantik Im Aus kejutkan Iman bangun pagi dengan kata-kata manis dan gelaran ‘abe’ dan ’sayang’ antara mereka kemudiannya Iman ketawa kerana itu hanya lakonan. Dia masih belum boleh mengubah panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ antara mereka. Im Aus nampak kecewa tapi dia tetap cuba untuk biasakan Iman dengan panggilan itu tambahan ketika ini Iman sudah pun mengandungkan anak pertama mereka. Namun, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku apabila kandungan Iman bermasalah. Anak dalam kandungan mati tanpa mereka perasan kerana Iman terlalu aktif. Berita itu membuatkan Iman rasa tertampar tambahan dia tahu dia dah pun kecewakan Im Aus. Sejak keguguran, Iman mula menjadi pendiam. Iman cuba mengubah kelakuannya yang sedikit kasar itu menjadi lembut malah mengubah penampilannya dengan bertudung.

PROGRAM BUAL BICARA EKSKLUSIF AIDILFITRI TV9

 

KETUPAT RENDANG KOPI O 2016

Raya Ketiga & Keempat, 8 & 9 Julai (Jumaat & Sabtu), 8.00 pagi – 10.00 pagi

Ketupat Rendang Kopi O kali ini lebih menghiburkan dengan pengisian istimewa bersempena dengan Syawal tahun ini. Saksikan perkongsian menarik serta keriuhan seorang suami yang menyambut lebaran bersama-sama 4 orang isterinya dan anak-anak mereka serta perkongsian tips bagaimana keluarga ini menjaga keharmonian rumah tangga mereka. Terdapat juga persembahan dari Adira dan Ippo Hafiz serta nantikan penampilan istimewa Sharifah Shahira sebagai pengacara jemputan. Bagi tema ’Nusantara Aidilfitri’ yang berkonsepkan rumpun Melayu, saksikan bagaimana lebaran disambut oleh keturunan Melayu yang berbeza. Penonton juga berpeluang menyanyikan lagu Raya secara langsung dalam segmen ’Karaoke Raya’ bersama-sama dengan barisan pengacara.

PROGRAM RAUDHAH EKSKLUSIF AIDILFITRI TV9

 

SIS RAYA

Raya Ketiga, 8 Julai 2016 (Jumaat), 6.30 petang

Tahun ini, hos SIS Heliza Helmi, Bella Yunus dan Shea Rasol akan beraya di kampung Shea. Mereka akan mengimbau kembali kenangan nostalgia zaman kanak-kanak Shea yang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan arwah neneknya pada ketika itu. Berjayakah Heliza menyempurkan misi untuk mencari pasangan hidup? Bella pula berpeluang untuk belajar masakan tradisional daripada makcik Shea.

 

(English) SIS Raya is a special episode where the hosts consist of Heliza Helmi, Bella Yunus and Shea Rasol experience Eid Fitr at Shea’s hometown. A nostalgic special episode taps into shea’s childhood memories celebrating eid with her late grandmother. While Shea goes back to memory lane, Heliza is on a mission to seek for a soulmate! will she succeed? Bella on the other hand will get her hands dirty and learn to cook traditional dishes from Shea’s aunt.

TANYALAH USTAZAH RAYA

15 Julai 2016 (Jumaat), 4.00 petang

Tanyalah Ustazah Raya 2016 berkonsepkan “Kembali Kepada Fitrah”. Menyelami kesedihan seorang anak yang kehilangan kedua ibu bapa dan ketiga orang kakaknya dalam tragedi di Air Terjun Belukar Bukit Kuala Berang, Terengganu yang amat tragis dan mengharukan.  Episod ini dihoskan oleh Da’i Hamidah dan menampilkan Adik Mohd Hasif yang pertama kali beraya tanpa kesemua ahli keluarganya yang hilang dalam sekelip mata akibat daripada peristiwa itu.

PROGRAM VARIASI EKSKLUSIF AIDILFITRI TV9

 

KITA PUNYA RAYA

Menjelang Raya, 5 Julai 2016 (Selasa), 8.30 malam

Sebuah dokumentari yang akan meneroka kisah sebenar dan juga misteri disebalik lagu-lagu popular.  Program dengan paparan temubual bersama komposer dan penyanyi akan merungkai lebih lanjut lagi bagaimana lagu nukilan dan nyanyian mereka menjadi popular.

 

(English) Kita Punya Raya is a Raya variety program hosted by Ammar & Isey which celebrates the festivities. Celebrities share their Raya experience and stories with the audience. Enjoy classic Raya songs performed by Hazama, Mark Adam, Amira Othman and others keeping the Raya spirits high.

GLAM RAYA (Ditaja oleh Top)

Raya Pertama, 6 Julai 2016 (Rabu), 9.00 pagi

Rancangan majalah dokumentari yang akan memaparkan pereka fesyen tempatan Malaysia terkenal seperti Alia Bastamam, Bernard Chandran dan Melinda Looi. Rancangan ini akan turut memaparkan Nora Danish sebagai salah seorang pereka fesyen yang sedang meningkat naik. Glam Raya akan membawa anda melihat disebalik tabir bagaimana tercetusnya idea, pemilihan material, sesi penggambaran sehinggalah pada hari rekaan-rekan fesyen Raya para pereka ini diperagakan di pentas peragaan. Saksikan bagaimana mereka bekerja di bawah tekanan demi memastikan peragaan fesyen Raya mereka berjaya.

 

(English) Glam Raya is a magazine documentary showcasing top Malaysian designers namely Alia Bastamam, Bernard Chandran, and Melinda Looi. Nora Danish is also featured in this documentary as one of the rising designers in the industry. Glam Raya takes the viewers to the behind the scenes of the Raya collection of these top designers. From idea generation, material selection, fashion photo shoot, up till the big fashion show event! Watch all the drama unfolds as the designers work under pressure to ensure their big Raya fashion show is a success.

 

 

POP TV RAYA

Raya Pertama & Kedua, 6 & 7 Julai 2016 (Rabu & Khamis), 6.30 petang

Artis jemputan Ep 1: Maria Tunku Sabri, Aznil Haji Nawawi, Ogy Ahmad Daud

Artis jemputan Ep 2: Sasha Saidin, Linda Rafar, Azza.

Rancangan khusus untuk golongan muda dengan budaya pop mendapatkan informasi dan berita-berita terkini selebriti tempatan dan antarabangsa tampil dengan Pop TV Raya bertemakan ‘Throwback 90-an – Hos & Muzik. 2 episod istimewa ini akan memfokuskan pengacara popular pada tahun 90-an dengan tetamu jemputan seperti Maria Tunku Sabri, Aznil Haji Nawawi, Ogy Ahmad Daud. Tetamu jemputan bagi episod kedua pula adalah kumpulan Elite yang juga menjadi fenomena ketika tahun 90-an.

(English) The youth’s ultimate guide to POP culture which features local and international celebrities. The Theme for Raya is Throwback 90s – Host & Music. The 2 episode special will focus on Popular hosts in the 90s as well as Popular music in the 90s namely, the girl group Elite. Hosted by Nana Mahazan and Hefny Sahad.

PERANG BIBIR

Raya Pertama, 6 Julai 2016 (Rabu), 7.00 malam

Artis: Hafidz Roshdi, Puteri Aishah, Ruhainies & Syafiq Kyle

Saksikan Nabila Huda dan Issey mencabar sesama sendiri dalam pertarungan ‘lipsync’ dengan bantuan rakan-rakan selebriti mereka. Sepanjang rancangan, para artis perlu melalui beberapa cabaran dan cabaran terakhir secara berkumpulan. Kumpulan terbaik akan dinobatkan sebagai ‘Juara Perang Bibir’.

 

(English) Catch Nabila Huda and Issey as they challenge each other into a lipsync battle, Perang Bibir that recruits their celebrity friends as backup. Along the way, the artists will need to go through few games challenges and the ultimate group battle. The Best group will be dubbed as ‘Juara Perang Bibir’.

 

KISAH DI SEBALIK LAGU

Raya Kedua, 7 Julai 2016 (Khamis), 9.00 pagi

Sebuah dokumentari yang akan meneroka kisah sebenar dan juga misteri disebalik lagu-lagu popular.  Program dengan paparan temubual bersama komposer dan penyanyi akan merungkai lebih lanjut lagi bagaimana lagu nukilan dan nyanyian mereka menjadi popular.

 

(English) A documentary that explore the true stories and enduring mysteries behind popular songs. This program will feature interview sessions between composers and singers to explore more about the true stories behind each songs.

LARI KITA KEJAR DIA

Raya Ketiga, 8 Julai 2016 (Jumaat), 7.00 malam

Saksikan Mark Adam, Nazrief Nazri, Atu Zero, Ezzrin Loy dan dua gadis manis, Ain Edruce dan Nonny Nadirah menjadi agen dengan bermain ‘game’ untuk menyelesaikan misi mereka untuk mendapatkan ganjaran dalam Lari Kita Kejar.

(English) Lari Kita Kejar Dia is a variety game show where Mark Adam, Nazrief Nazri, Atu Zero, Ezzrin Loy and 2 lovely ladies, Ain Edruce and Nonny Nadirah become agents as part of a team. They play games and solve missions to complete their tasks and win prizes. 

KELAB KOMEDI EKSTRA

Raya Keempat, 9 Julai 2016 (Sabtu), 7.00 malam

Kelab Komedi kembali dengan Kelab Komedi Ekstra, istimewa raya ini tonton dan bergelak ketawa dengan lakonan Ajak Shiro, Abam Bocey, Issey Titan, Mark Adam dan Zara Zya dengan sketsa yang pastinya mencuit hati anda.

 

(English) Kelab Komedi returns with “Ekstra”, a special 1-hour version where the cast will showcase funny sketches for the audience. Watch the antics of Ajak Shiro, Abam Bocey, Issey Titan, Mark Adam and Zara Zya as they tickle your funny bone! Hosted by Abam, Ajak & Issey.

PROJEK M.E.J.A

Raya Kelima, 10 Julai 2016 (Ahad), 7.00 malam

Rancangan komedi bersama 6 pelawak iaitu Ebby Yus, Ropie, Tauke, Joey, Ajak Shiro dan Mark Adam yang memerlukan mereka berlawak untuk mengelak daripada didenda.

 

(English) The popular comedy gameshow pits 6 comedians – Ebby Yus, Ropie, Tauke, Joey, Ajak Shiro and Mark Adam in a table and they must tell jokes or funny stories to avoid punishment.

 

TELEFILEM EKSKLUSIF AIDILFITRI TV9

 

 

DERHAKA

Raya Pertama, 10.30 malam

Penerbit                        : Enuja Production Sdn Bhd

Pengarah                      : Zamri Zakaria

Penulis Skrip                 : Rosmadewi Zain

Pelakon                                    : Zahiril Adzim, Hanis Kamal Bakar, Liza Othman, Nazeera Sardi, Roy Azman,                                            Rashidah Jaafar

Kisah remaja nakal bernama Izwan yang hanya mementingkan kawan-kawannya dan aktiviti hariannya yang tidak sihat. Anisah, ibu kandung tunggal yang menyara hidup mereka dua beranak juga tidak dihormati oleh Izwan. Malahan dia akan mencuri duit Anisah dan mengamuk apabila kesuntukan duit. Apabila Izwan kemalangan semasa berlumba haram, Anisah tidak endahkan Izwan kerana terlalu kecewa. Izwan dijaga oleh rakannya, Halim, dan selama berada di rumah Halim, Izwan sedar akan ibunya terlalu baik jika dibandingkan dengan ibu tiri Halim, Rokiah yang garang seperti singa. Izwan semakin pulih dan pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya apabila Anisah tiada di rumah tersebut. Dikhabarkan Anisah sudah tinggal di madrasah berdekatan. Proses transformasi berlaku sedikit demi sedikit sehingga menjadikan Izwan seorang anak yang berguna dan dia menjemput semula Anisah pulang ke rumah untuk membalas jasa seorang ibu.

 

PULANG

Raya Kedua, 10.30 malam

Penerbit                        : Frontrow Pictures Sdn Bhd

Pengarah                      : Feroz Kader

Penulis Skrip                 : Sall Wana

Pelakon                                    : Talha Harith, Aedy Asyraf, Fazlina Ahmad Daud, Mohammad Syazwan Hasriezal,                                     Muhd Shahudan Abdullah

Ilham seorang budak lelaki gelandangan mempunyai keinginan untuk beraya telah sengaja mencuri baju raya di sebuah kedai pakaian. Apabila dia menunjukkan pakaian itu kepada neneknya, dia disuruh untuk pulangkan kembali pakaian tersebut. Kata nenek, mencuri adalah suatu dosa. Dalam perjalanan untuk memulangkan pakaian tersebut, dia terlihat seorang budak lelaki bernama Omar yang ditinggalkan di tepi jalan.

 

 

DUIT RAYA

Raya Ketiga, 10.30 malam

Penerbit                        : Jutaan Ringgit Sdn Bhd

Pengarah                      : Nazir Jamaluddin

Penulis Skrip                 : Azlina Din

Pelakon                                    : Bell Ngasri, Siti Elizad, Putri Balqis, Muntazar Ghufran, Nur Shaaida Ali

Win seorang kanak-kanak periang yang gemar membeli mainan kereta dan robot. Win meminta ibunya, Syarmin membelikan sebuah mainan terbaru yang berharga RM1000. Semua disebabkan oleh Trisya, rakan sekolahnya yang suka bermegah tentang permainan barunya itu membuatkan Win cemburu. Syarmin terpaksa pujuk dan berjanji akan diupah RM300 jika Win Berjaya puasa penuh pada tahun ini. Ketika di kampung, dia juga meminta upah daripada opahnya setiap kali membuat sesuatu perkara. Satu hari, Syarmin membawa Win untuk bebuka puasa bersama rakannya. Apabila tiba, Win terperanjat kerana terdapat Trisya dan ayahnya, Nazrul, di restoran berkenaan. Rupa-rupanya Syarmin dan Nazrul telah lama berkawan rapat tanpa pengetahuan anak-anak mereka.

 

 

BLOCKBUSTER RAYA TV9

 

 

G.I JOE – THE RISE OF COBRA

Pelakon: Chaning Tatum, Christopher Eccleston, Dennis Quaid, Sienna Miller

Raya Pertama, 8.30 malam

G.I Joe sekumpulan askar elit yang menjalankan pelbagai misi di seluruh dunia dilengkapi teknologi terkini dalam ketenteraan dan perisikan. Pasukan G.I Joe perlu menyelesaikan misi terbaharu mereka iaitu Gen. Hawk dan Duke bersama rakan-rakan lain perlu menghalang Destro, penjahat yang dikhuatiri akan cuba menawan dunia dengan nanomites yang dinaungi oleh organisasi Cobra.

 

(English) Armed with the latest in military and spy technology, the team of elite soldiers known as G.I. Joe travel around the globe to wherever their services are needed. In their latest assignment Gen. Hawk and Duke) and the rest of the G.I. Joe team take on Destro, a corrupt arms dealer, and fight the growing threat of the mysterious Cobra organization.

HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOWS – PART I

Pelakon: Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes

Raya Kedua, 8.30 malam

Bahagian pertama ini mengisahkan perjalanan Harry, Ron dan Hermione mencari Horcrux Voldemort yang telah dipisahkan daripada badannya yang telah disembunyikan tanpa diketahui sesiapa. Jika ketiga-tiga mereka tidak berjaya untuk mengesan dan memusnahkan Horcrux itu, Voldemort akan kekal abadi dan terus berkuasa.

 

(English) The first installment of the two-film adaptation of Harry Potter and the Deathly Hallows follows Harry, Ron, and Hermione as they search for the pieces of Voldemort’s soul that he extracted from his being and hid in obscure locations both far and wide. If the trio is unable to locate and destroy them all, Voldemort will remain immortal.

 

HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOWS – PART II

Pelakon: Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes

Raya Ketiga, 8.30 malam

Bahagian kedua ini memaparkan pertempuran akhir yang paling ditakuti di mana kuasa baik dan jahat dalam dunia ahli sihir akan berperang sesama sendiri. Tiada siapa yang boleh terselamat, hanya dengan pengorbanan Harry Potter yang semakin hampir menemui kuasa jahat Voldemort dapat menghentikan pertempuran terakhir ini.

 

(English) The final adventure in the Harry Potter film series. The much-anticipated motion picture event is the second of two full-length parts. In the epic finale, the battle between the good and evil forces of the wizarding world escalates into an all-out war. The stakes have never been higher and no one is safe. But it is Harry Potter who may be called upon to make the ultimate sacrifice as he draws closer to the climactic showdown with Lord Voldemort.

 

HOTEL TRANSYLVANIA

Pelakon Suara: Adam Sandler, Kevin James, Andy Samberg

Raya Keempat, 8.30 malam

Dracula, pengusaha sebuah resort lima bintang jauh daripada kehidupan manusia mula resah apabila tanpa sengaja seorang budak lelaki telah mengetahui kewujudan resortnya itu dan mula jatuh cinta dengan anak perempuannya.

 

(English) Dracula, who operates a high-end resort away from the human world, goes into overprotective mode when a boy discovers the resort and falls for the count’s teen-aged daughter.

SUPERMAN RETURNS

Pelakon: Brandon Routh, Kate Bosworth, James Marsden, Kevin Spacey

Raya Kelima, 8.30 malam

Setelah sekian lama Superman menghilangkan diri dan tinggal di tempat asalnya Planet Krypton, Superman kembali ke Metropolis dan menyedari dunia tidak memerlukannya lagi. Lois, kekasihnya juga telah bersama dengan seorang hartawan Richard White setelah dia meninggalkannya. Akhirnya Superman dapat menerima kenyataan dia tidak diperlukan lagi, namun terpaksa pula berdepan dengan musuh lamanya, Lex Luthor yang cuba mengambil kesempatan akan ketiadaan penyelamat dunia, Superman, untuk melakukan kemusnahan dan mengambil kembali apa yang pernah hilang dalam hidupnya.

 

(English) Some time has passed since the events of Superman II and the world has gotten used to life without Superman ever since his puzzling disappearance years earlier. Upon his return, he finds a Metropolis that doesn’t need him anymore, while Lois Lane has moved on with another young suitor Richard White in the meantime. As the hero begins to tackle the fact that life on Earth has continued without him, he is forced to face his old arch-nemesis Lex Luthor and restore the life that was once his. 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *