(HIBURAN) SELEKSI PROGRAM MENARIK MENYEMARAKKAN KEMPEN #YOOHOO2022

Spread the love

Petaling Jaya, 26 Januari 2022 – Tahun Baharu Cina bakal disambut oleh masyarakat Cina pada 1 Februari ini. Perayaan tahunan ini pastinya meriah kerana tahun ini merupakan giliran harimau yang melambangkan keberanian dan kekuatan. Kemeriahan ini turut diraikan dengan kempen #Yoohoo2022 anjuran oleh Media Prima Berhad menerusi 8TV. Oleh itu, Rangkaian Televisyen Media Prima (TV3, TV9 & 8TV) tidak ketinggalan meraikan Tahun Baharu Cina 2022 bersama-sama penonton setianya menerusi koleksi program-program menarik!

TV3

2021 MBC Music Festival

29 Januari, 5 Februari, 12 Februari & 19 Februari, 11.00 malam

2021 MBC Music Festival merupakan sebuah acara tahunan berprestij yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat muzik dari Korea Selatan untuk menyaksikan persembahan muzik daripada barisan bintang K-pop terkenal. Ia telah berlangsung pada 31 Disember 2021 dan dihoskan oleh Lim Yoon A dari Girls’ Generation yang kembali sebagai hos untuk tahun ketujuh berturut-turut. Dia disertai oleh bintang terkenal, Jang Sung Kyu dan Jun Ho dari 2PM. Antara barisan bintang terkenal yang membuat persembahan adalah MAMAMOO, Red Velvet, Oh My Girl, Brave Girls, ASTRO, NCT 127 dan banyak lagi.

 

Police Story 2

30 Januari, 9.00 malam

Filem sekuel blokbuster Police Story ini berkisar tentang kehidupan Inspektor Chan Ka-kui yang telah diturunkan pangkat kepada polis rondaan berikutan pengendalian kes sebelum ini yang melibatkan ketua penjenayah Chu Tao dan kerosakan harta benda yang besar. Namun demikian, tugas baharunya itu telah menggembirakan teman wanitanya, May kerana Ka-Kui tidak akan diberikan kes besar yang mengancam nyawa malah dia akan mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama May. Segalanya berubah apabila Ka-Kui bertemu dengan Chu Tao dan orang kanannya John Ko. Lelaki tersebut merupakan bekas banduan yang dibebaskan kerana menghidapi penyakit kritikal dan mempunyai 3 bulan untuk hidup. Tanpa disedari, Chu Tao berdendam dan berikrar untuk menyusahkan hidup Ka-Kui.

 

Malaysia Hari Ini (MHI)

1 Februari, 9:30 pagi

Istimewa MHI Tahun Baharu Cina, mengimbau nostalgia seni dengan penyanyi Datuk Andre Goh. Antara topik menarik termasuklah simbolik Tahun Harimau, ketahui siapakah sifu di sebalik pembuatan kepala singa dan prosesnya serta tidak ketinggalan juga persembahan hiburan dengan tarian kebudayaan Cina.

 

Wanita Hari Ini (WHI)

1 Februari & 2 Februari, 12.00 tengah hari

WHI berkongsi kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina dengan perkongsian hidangan istimewa, adat resam dan sambutan perayaan ini dengan artis jemputan.

 

Kebaya Mek Hwa

1 Februari, 2.00 petang

Kebaya Mek Hwa merupakan karya Sabri Yunus dan di bintangi oleh Pauline Tan, Syazwan Zulkifli, Issey Fazlisham, Wan Hanafi Su, dan Mat Over.  Ia mengisahkan tentang Mei yang berusia 24 tahun berusaha untuk menjejaki seorang wanita Cina Peranakan yang hanya dikenali sebagai Mek Hwa. Berpandukan kepada sekeping foto di dalam sepucuk surat tinggalan bapanya, Goh, Mei berusaha mencari Mek Hwa yang kini berusia dalam 60-an itu. Siapakah Mek Hwa dan kenapa mendiang ayahnya menyuruh Mei menunaikan hajatnya yang tidak kesampaian itu? Menerusi drama ini juga penonton akan dibawa melihat keunikan kehidupan masyarakat peranakan Cina di Negeri Terengganu.

 

Kasih Tau Foo Fah

2 Februari, 2.00 petang

Kasih Tau Foo Fah ini merupakan telefilem yang mendapat sambutan hangat dan diarahkan oleh Raja Mukhriz. Pelakon berpengalaman seperti Michael Ang, Sharifah Sakinah, Pekin dan adik Mior Darwish membuatkan ramai yang tersentuh hati. Berkisahkan tentang Anis, seorang wanita yang menjadi mangsa dalam sebuah rumahtangga sejak berkahwin dengan Ramlan, seorang kaki judi. Anis terpaksa membawa anaknya Fitri lari dari rumah kerana dikejar samseng yang menuntut hutang suaminya. Atas desakan hidup dan keselamatan Fitri, Anis terpaksa meninggalkan Fitri di jalanan berbumbungkan kotak-kotak sampah sebagai perlindungan. Sejak itu dia terpisah dengan anaknya sehinggalah ditemui oleh Ah Leong, seorang penjual tau foo fah. Ah Leong simpati dengan nasib Fitri dan menjadikannya sebagai anak angkat dan sangat menyayangi Fitri. Banyak cabaran yang dilalui Ah Leong untuk mengambil Fitri sebagai anak angkat. Tetapi Ah Leong tetap cekal sehinggalah suatu hari, Anis muncul dalam kehidupan Ah Leong. Saksikan kesudahannya Kasih Tau Foo Fah pada hari kedua Tahun Baharu Cina ini nanti.

 

Police Story 2013

6 Februari, 9.00 malam

Filem ini mengisahkan tentang Detektif Zhong Wen yang bertemu dengan anak perempuannya, Miao Miao di sebuah bar. Dia kecewa melihatkan penampilan anaknya, apatah lagi apabila anak gadisnya itu memperkenalkan teman lelakinya yang juga pemilik bar bernama, Wu Jiang. Konflik mula tercetus apabila tiba-tiba situasi di bar menjadi huru-hara. Detektif Zhong Wen yang bertindak untuk menyelesaikan kekecohan tersebut telah dipukul sehingga tidak sedarkan diri. Setelah terjaga, Detektif Zhong Wen mula curiga dengan kejadian yang berlaku dan mula mengatur cara untuk menyelamatkan pengunjung di situ, termasuk anak perempuannya.

 

TV9

Kuasa 3 Malam: Ip Man

1 Februari, 9.30 malam

Kisahnya bermula di sebuah kota Foshan di China pada era 1930-an. Terdapat seorang ahli kungfu yang bernama Ip Man yang tinggal bersama isteri dan anak lelakinya. Walaupun memiliki ilmu yang tinggi, Ip Man tidak tertarik untuk menunjukkan ilmunya dan lebih suka merendahkan diri. Walaupun Foshan adalah tempat kumpulnya para ahli kungfu dan banyak sekolah seni bela diri dibuka di sana, tetapi Ip Man tidak tertarik untuk menerima murid. Namun kehidupan bahagia keluarga Ip Man berakhir setelah Jepun menguasai China pada tahun 1937. Rumah Ip Man dirampas dan dijadikan sebagai markas tentera Jepun. Ip Man terpaksa menjadi buruh untuk menyara kehidupan isteri dan anaknya. Dia juga menyaksikan ketidakadilan yang menimpa para buruh. Ip Man bertekad untuk bangkit membela nasib bangsanya.

 

Kuasa 3 Malam: Adnan Sempit 3

2 Februari, 9.30 malam

Kisah penuh ranjau antara pasangan Adnan (Shaheizy Sam) dan Nadia (Intan Ladyana), Bobby (Along Raja Lawak) dan Wawa (Yana Samsudin) akhirnya bertemu jalan indah apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing–masing. Nadia dan Wawa didapati mengandung pada masa yang sama. Adnan turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinya. Sementara itu, Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin. Nadia jadi baran sepanjang tempoh mengandung dan ia menjejaskan hubungannya dengan Adnan yang merasakan dirinya terpinggir. Masalah mula bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka untuk menguruskan kerja–kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera bapa mertuanya, Dato’ Ithnin (Dato’ Tarmimi Siregar) dengan sebuah kilang. Di situ, Adnan telah berkenalan dengan Zita (Shima Anuar) seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Bobby pula terpaksa mengingkari janjinya pada Wawa dan melibatkan diri dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya.

 

Kuasa 3 Malam: Cinta Kolestrol

3 Februari, 9.30 malam

Mengisahkan tentang satu perjanjian di antara keluarga Haji Zaini dengan keluarga Dato’ Osman yang ingin menjodohkan kedua-dua anak mereka satu hari nanti. Perjanjian ini dilafazkan setelah satu kejadian berlaku ketika Fazira (anak Dato’ Osman) dan Ahmad Yusry (anak Haji Zaini) masih kecil. Dua puluh tahun kemudian, kedua-dua mereka meningkat dewasa. Yusry kini jejaka tampan berpendidikan tinggi serta baru pulang ke tanah air. Manakala Fazira, membesar sebagai seorang gadis yang sangat gemuk, mempunyai personaliti yang kurang menarik serta ketinggalan dari segi perkembangan fesyen semasa. Konflik melanda apabila Yusry tertekan akibat perjanjian lisan yang dilafazkan kedua-dua ibu bapa mereka suatu ketika dulu. Yusry menjadi lebih tertekan setelah mengetahui bahawa keadaan Fazira tidak seperti yang disangkakannya. Pada masa yang sama, Nadia muncul dan cuba menawan Yusry. Fazira cuba mendekati Yusry tetapi Yusry menolak cintanya. Fazira terlalu kecewa dengan Yusry lantas dia telah menghilangkan diri sehinggalah pada suatu hari, muncul seorang gadis jelita. Yusry berusaha mendampingi gadis tersebut tetapi setiap kali itulah dia gagal. Sehinggalah pada suatu hari, dia menerima jemputan Dato’ Osman. Adakah Yusry dan Fazira bakal disatukan seperti mana perjanjian yang pernah dilafazkan antara dua keluarga, dan siapakah gadis jelita yang cuba dipikat oleh Yusry?

 

Bila Biniku Gongxi

4 Februari, 8.30 malam

Sejak kecil lagi,  hubungan Tina Abdullah dan  adiknya, Jenny Tan kurang baik. Permusuhan ini memuncak apabila Tina berkahwin dengan bekas teman lelaki Jenny. Ketika Tahun Baharu Cina pada tahun-tahun sebelumnya, Tina dan Jenny akan menghubungi ibu bapa, dan memastikan mereka pulang pada tarikh yang berlainan, supaya tidak bertemu. Ibu bapa mereka, Aunty Mei dan Uncle Tong mengimpikan untuk ‘Makan Besar’ bersama-sama. Aunty Mei dan Uncle Tong berpakat untuk mendapatkan bantuan menantu mereka dengan alasan palsu bahawa Aunty Mei tidak sihat dan mengalami gangguan…

 

Wayang Hujung Minggu: Sumpah Semerah Padi

5 Februari, 9.00 malam

Daerah Semerah Padi, yang berkeadaan aman dan damai di bawah pemerintahan Demang Satria diserang oleh sekumpulan pengganas,  Demang dibunuh manakala isterinya, Tanjung Sukma dan anak-anaknya, Adi Putra (Deddy M. Borhan) dan Kesumawati dihalau keluar daerah. Adi Putra yang taat pada agama asyik bertasbih saja siang malam. Dia tidak berani melawan kerana tidak punya ilmu mempertahankan diri. Selepas pergi menuntut ilmu mempertahankan diri, barulah Adi Putra membalas dendam dan dengan pertolongan Andika, kuasa pemerintahan Semerah Padi jatuh ke tangannya. Adi Putra memerintah dengan tegas menurut ajaran Islam. Tapi malangnya dia melampaui batas. Adi Putra menjatuhkan hukuman ke atas adiknya, Kesumawati dengan kekasihnya, Andika (Aziz Jaafar) yang tidak bersalah. Bahkan tegahan yang dibuat oleh ibunya turut dibantah.

 

Wayang Hujung Minggu: Main-Main Hantu

6 Februari, 9.00 malam

Sekumpulan pemain bola jaring dan jurulatih mereka terkandas dalam perjalanan perlawanan di Melaka apabila bas mereka rosak. Mereka terpaksa bermalam di sebuah banglo buruk. Banglo tersebut dijaga oleh sepasang suami isteri yang sudah uzur. Mereka mula mengalami beberapa perkara aneh yang pada mulanya menyeramkan. Namun mereka mula menyedari bahawa gangguan misteri tersebut adalah didalangi oleh sepasang penjenayah yang telah melarikan diri dari tahanan pihak polis.

 

8TV

Ho Chak! CNY Special 2022

30 Januari, 6.30 petang

Menjelang Tahun Baharu Cina 2022, Ho Chak! akan rekemen beberapa restoran Cina untuk meraikan perayaan ni bersama keluarga, saudara mara dan sahabat handai dengan pematuhan SOP. Hos program, Orange Tan juga akan menunjukkan bakat beliau menyediakan menu CNY istimewa cara Malaysia untuk ‘reunion dinner’ bersama dengan suaminya, Nash yang berasal dari Hong Kong. Walaupun Nash tidak dapat pulang meraikan perayaan ini dengan keluarganya tetapi sambutan tetap meriah dengan air tangan isteri tercinta.

 

The Canton Godfather

31 Januari, 10.30 pagi

Seorang pemuda (Jackie Chan) dari Canton datang mencuba nasibnya di Hong Kong, namun duitnya habis tertipu. Walau bagaimanapun, nasibnya mula berubah dan menjadi ketua kumpulan gengster setelah dia membeli bunga ros daripada penjual bunga, Madam Kao. Dengan bantuan Lu Ming (Anita Mui), dia membantu Madam Kao untuk merahsiakan identiti sebenarnya apabila anak perempuan Madam Kao yang belajar di luar negara telah pulang.

 

Butterfly Sword

31 Januari, 3.00 petang

Ko Ji Ping (Dato’ Michelle Yeoh), seorang pendekar kungfu yang hebat mengendalikan Happy Forest bersama dengan Meng Sing Wan dan Yip Cheung. Mereka bertiga rapat seperti adik-beradik. Ko mempunyai perasaan terhadap Sing. Sing sudah mempunyai kekasih, Butterfly dan hanya menganggap Ko seperti seorang kakak. Yip pula mencintai Ko dalam diam. Satu hari, mereka telah menerima tugas rahsia. Namun, ia tidak semudah yang disangka apabila ia melibatkan sebuah komplot revolusioner yang cuba menggulingkan kerajaan Ming.

 

Star Awards 2021

31 Januari, 5.00 petang

Selepas penangguhan selama dua tahun, majlis anugerah berprestij, Star Awards 2021 berlangsung di Changi Airport, Singapura sebagai penghargaan kepada rangkaian televisyen terbaik Singapura serta meraikan barisan pengarah, pelakon dan semua yang terlibat.

 

Jade Dynasty

31 Januari, 9.00 malam

Selepas pembunuhan beramai-ramai di kampungnya, Zhang Xiaofan (Xiao Zhan) telah diambil oleh kumpulan mazhab Qing Yun. Kini, Zhang menentang kumpulan itu setelah mengetahui kebenaran tentang kematian ibu bapanya.

 

CCTV Spring Festival Gala 2022 (delayed live telecast)

31 Januari, 11.00 malam

Bersiaran pada hari yang sama dengan pihak CCTV, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Spring Festival Gala pada malam menjelang Tahun Baharu Cina. Pelbagai persembahan menarik merangkumi nyanyian, tarian, sketsa komedi dan opera yang kaya dengan seni tradisi serta elemen yang bertemakan tahun Harimau pasti memeriahkan lagi sambutan malam Tahun Baru Cina.

 

The East Is Red

1 Februari, 10.00 pagi

Jeneral Gu Chang Feng ditugaskan untuk mencari Dongfang BuBai yang hebat berkungfu dengan ilmu luar biasa yang telah mati. Pada masa yang sama, dunia wushu menjadi tidak tenteram kerana ramai menyamar sebagai Dongfang BuBai demi kepentingan sendiri.

 

Fortune 2022

1 Februari, 12.00 tengah hari

2022 ialah Tahun Harimau. Bersama hos Owen Yap dan Jane Hor, Master Feng Shui akan membimbing anda untuk berani mencuba dan berubah untuk membuka haluan baharu dalam Tahun Harimau.

 

TVB 53rd Anniversary Gala

1 Februari, 5.00 petang

Majlis anugerah yang meraikan program terbaik di TVB. Antara kategori yang ditandingkan adalah drama siri terbaik, pelakon lelaki terbaik, pelakon wanita terbaik serta watak kegemaran penonton.

 

Durian, Kaya, Teh Tarik CNY Special 2022

1 Februari & 2 Februari, 7.00 malam

Program variasi popular 8TV, Durian, Kaya, Teh Tarik memaparkan dua episod khas bersempena dengan Tahun Baharu Cina. Ikuti perjalanan hos program Rickman Chia dan Orange Tan untuk mengadakan aktiviti menarik bersama – sama dengan masyarakat tempatan. Turut menyertai dalam program istimewa ini ialah Ash Lu dan Uriah di Sitiawan, Perak serta Ong Ching Yee dan Jordan Sen di Seberang Perai, Pulau Pinang. Siapakah yang berjaya memenangi hadiah wang tunai yang paling tinggi untuk para penduduk di situ?

 

Yoohoo 2022

1 Februari, 9.00 malam

Yoohoo 2022 menceriakan suasana sambutan Tahun Baharu Cina 2022 anda dengan menampilkan lebih daripada 25 selebriti popular tanah air yang membawakan pelbagai persembahan menarik dalam bentuk nyanyian, tarian dan persembahan sketsa. Antara pasukan ‘Hu Zhu’ dan ‘Hu Ai’, siapakah yang lebih hebat dalam memenangi cabaran permainan yang menawarkan Angpau besar di penghujung nanti! Dihoskan oleh Gary Yap, Royce Tan, Angeline dan Pauline Tan, saksikan persaingan menarik dalam kalangan selebriti seperti Orange Tan, Rickman Chia, Wilson Lee, Sherlyn, Emily Chan, Jordan Sen, Houson,  Thomas, finalis Love At First Song dan ramai lagi.

 

Soul Snatcher

1 Februari, 10.30 malam

Wang Zijin (Chen Linong) dalam perjalanan untuk menduduki peperiksaan telah bertembung dengan Bai Shisan (Li Xian). Bai Shisan telah menjadikan Wang Zijin sebagai sasaran untuk mendapatkan marble daripadanya agar dapat hidup kekal. Tanpa dijangka, Wang Zijin dan Bai Shisan menjadi kawan baik setelah bersama-sama mengharungi pelbagai dugaan sepanjang pengembaraan itu. Adakah Bai Shisan akan mengubah fikirannya?

 

2022 JSBC Spring Festival Gala

2 Februari , 5.00 petang

JSBC Spring Festival Gala tidak pernah menghampakan para penonton setianya dengan menghimpunkan barisan selebriti popular dan pelbagai persembahan aktiviti yang menarik dalam menyemarakkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina.

 

My Dream My Wish

2 Februari, 9.00 malam

Seorang lepasan graduan, Chang Yong gagal mendapatkan kerja kerana berhadapan dengan pandemik. Dia telah bertemu dengan mendiang bapanya dalam mimpi yang memberitahu rahsia untuk menjadi kaya. Namun, Chang Yong perlu memenuhi hajat terakhir mendiang bapanya yang mahu menjayakan resipi baharu pau. Atas bimbingan bapanya, dia belajar erti kehidupan, lebih bermotivasi dan berani menghadapi cabaran di kala serangan wabak. Hubungan Chang Yong dengan ibu dan adiknya juga menjadi rapat dalam usaha mereka merealisasikan impian itu.

 

2022 JSBC Countdown Concert Part 1 & 2

2 Februari & 3 Februari, 11.00 malam

Rancangan khas konsert sambutan tahun baru (2022) menampilkan barisan artis popular China dan Hong Kong.

 

2022 JSBC Lantern Festival Gala (Delayed live telecast)

15 Februari, 11.00 malam

Raikan Chap Goh Meh dengan 2022 JSBC Lantern Festival Gala yang mempersembahkan barisan artis popular.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *