(HIBURAN) Senarai Akhir 12 calon AF2013

LAN_9520gmo

12 calon AF2013 (Akademi Fantasia) telah pun diketahui dan yang mengejutkan seperti kejutan yang sinonim dengan Konsert AF,  pelakon filem “…. Dalam Botol”. Arja Lee terpaksa akur dan tewas kepada Faizul dan Amira yang berjaya diserap kembali ke senarai top 12 melalui undian Samsung Galaxy Entry. Apabila nama Arja Lee tidak diumumkan, ramai yang rasa hampa kerana mahu melihat sejauh mana artis seperti Arja Lee mampu mempertahankan kedudukan dan popularitinya melalui bidang nyanyian berbanding kejayaannya sebagai seorang pelakon. “Arja terletak pada senarai ketiga selepas Amira dan Faizul jadi Arja terpaksa meninggalkan AF,” ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad pada media selepas Konsert Prelude AF2013 berakhir di Kuantan malam semalam.

AF2013small
Turut hadir pada sidang media ialah ketiga-tiga pengkritik tetap yang dipilih terdiri daripada Roslan Aziz, Sharifah Amani dan Edry Abdul Halim. Pemilihan mereka menurut Raqim memberikan variasi memandangkan masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Lagi pun Amani memang peminat setia AF di mana ketika ibunya Fatimah Abu Bakar merupakan tenaga pengajar Amani sering menemani ibunya dan merupakan pengkritik utama terhadap situasi yang dilihat ketika remaja.

12 calon yang berjaya terdiri daripada peserta berusia dari 18 hingga 26 tahun iaitu Aishah, Azhael, Darren, Iman, Indah, Irmisa, Nabila, Nona, Sani dan Suhada manakala dua lagi iaitu Faizul dan Amira telah diumumkan dalam Konsert Prelude AF. Di antara mereka itu hanya Sani dan Aishah berasal daripada kota Singapura di mana Aishah merupakan adik kepada penyanyi popular Aliff Aziz. Lain-lain terdiri daripada 5 dari Sabah, 3 Kuala Lumpur, 2 Johor dan masing-masing satu dari Kedah dan Pulau Pinang. Pemilihan Zizan Razak seperti yang diramalkan umum dilihat mampu memberikan nafas baru kepada AF walau pun mendapat kritikan negatif dan positif yang seimbang.

Malah Zizan sendiri akui kelemahannya yang tersasul beberapa kali. Katanya, “daripada komen-komen yang diterima kebanyaknya positif dan saya akan memperbaikinya.” Pun begitu, kemampuan ZIzan melontarkan lawak spontan secara bergurau dengan peserta mampu mencuti hati ramai dan menjadi bualan contohnya ketika mengusik Aishah yang berdiri tinggi di sampingnya dengan kata-kata “tingginya awak, macam saya tengok KLCC pulak”  malah masa berbual dengan Suhada yang berambut afro kata Zizan ‘macam sarang burung.
Paling menarik kala Sharifah Amani yang sering bertutur dalam bahasa Inggeris mendapat respon pada Zizan yang pada akhir ucapan Amani katanya “Jika tak faham kita google’, Sesungguhnya, Sharifah Amani harus belajar kawal diri dan bertutur dalam bahasa Melayu memandangkan sasaran penonton kebanyakannya Melayu  jadi sebelum mendapat teguran sebagaimana dia pernah berkata, “Saya rasa  bodoh bila bercakap dalam bahasa Melayu’ (dalam FFM)  ramai yang melontarkan rasa kecewa terhadapnya.

Di sinilah sebenarnya, kecekapan pengacara memainkan peranan untuk mengingatkan Amani atau menegur secara tidak langsung agar Amani sedar dan tidak meneruskan percakapannya panjang lebar dalam bahasa Inggeris.,,, seperti yang dinyatakan Zizan ‘kalau tak faham google’.

Dengan pembaharuan yang diberikan kepada AF2013 di mana buat pertama kalinya juga Konsert Prelude berlangsung secara langsung di luar kota Kuala Lumpur malah di padang MPK 4 Kuantan, yang basah akibat hujan… ramai yang tetap hadir memberikan sokongan kepada para peserta AF yang dilihat kumpulan kali ini mempunyai vokal yang mantap walau pun kurang daripada segi penampilan diri atau nilai komersial mereka.

Namun apabila berada di AF segala yang mustahil boleh berlaku malah seroang pelajar yang tidak lawa pun boleh menjadi lawa dan bergaya digilap. Ia sudah terbukti apabila Pengetua Datin Seri Tiara Jacqueline pernah mengubah imej pelajar sehingga mencabut giginya agar kelihatan menarik. Janji suara sedap, penampilan boleh di ‘polish’ kata orang.

Dalam pada itu, rasanya pihak Astro tidak harus mengubah melodi lagu AF memandangkan tema lagu “Menuju Puncak” sudah sebati dan sinonim dengan program tersebut  Melodi baru dengan nyanyian berterabur para pelajar di Konsert Prelude tempoh hari agak mengecewakan.

Sebaiknya biarkan lagu dan melodi lama sebab ia sudah menjadi halwa telinga yang segar dan identiti AF itu sendiri. Tak perlu diubah hanya kerana formatnya telah berubah.

Satu lagi kelainan bagi para pelajar ialah peluang mereka untuk berinteraksi dengan peminat masing-masing melalui tweeter dan instagram menggunakan telefon pintar yang ditaja oleh Samsung.

Konsert pertama AF2013 dijangka akan berlangsung di Stadium MBSA Shah Alam dan akan disiarkan secara langsung setiap Sabtu di Astro Ria (104) dan  Maya HD (135) bermula jam 9 malam.

kredit artikel : Fariza Saidin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *