(HIBURAN) Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 – Debaran Bermula

PETALING JAYA, 26 OKTOBER 2017 – Tanda tanya mengenai 30 buah lagu yang bakal bersaing di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) telah terjawab. Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) bakal bermula pada 29 Oktober, 5 dan 12 November ini. SFMM32 yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad ini akan bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 10.00 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Para peminat juga boleh menyaksikan SFMM32 secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my).

Menurut Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Cik Sherina Nordin, “Sokongan kami terhadap para pemuzik tidak akan pernah terhenti kerana saban tahun, akan munculnya pengkarya seni baharu yang tampil dalam memeriahkan industri muzik khususnya golongan muda. Kami rasa wajar untuk terus memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah bertungkus lumus khususnya pencipta lagu dan penulis lirik yang sentiasa beraspirasi menghasilkan satu karya terbaik untuk dinikmati oleh para peminat muzik. Anugerah Juara Lagu masih kekal sebagai pentas terbaik bagi meraikannya.”

30 buah lagu yang layak adalah hasil undian peminat di carta MM32 dan juga secara ‘wild card’ menerusi Showcase MM32. Showcase MM32 adalah jalan pintas untuk mara ke SFMM32. Setiap Showcase mempertandingkan lima lagu dan satu lagu terbaik dipilih untuk terus ke peringkat separuh akhir. Showcase MM32 telah berlangsung pada bulan Mac, April, Mei, Ogos dan September lalu di IOI City Mall, Putrajaya.

Lima lagu yang telah layak melalui Showcase MM32 adalah:

  • Lebih Sempurna (Syamel)
  • Segalanya (Haqiem Rusli),
  • Warkah Untukku (Ara Johari),
  • Jampi (Hael Husaini)
  • Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

Pentas SFMM32 nanti akan turut dimeriahkan dengan persembahan hebat oleh Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Ajak Shiro & Syuk (Hot FM), Hafiz Suip, Siti Sarah, Ezlynn, Bunkface, Tam Spider dan juga 6ixth Sense. SFMM 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Harian Metro dan Berita Harian serta Geng Media Digital Ohbulan!. Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir pada 25 Oktober, 1 & 8 November seawal jam 9 pagi di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.  Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM32. Jangan lupa untuk hashtag #SFMM32 bagi menghangatkan lagi minggu Separuh akhir Muzik-Muzik 32 di laman sosial anda!.

Berikut adalah senarai 30 lagu yang layak mengikut turutan minggu persembahan:

  • Persembahan SFMM32 (Minggu pertama, 29 Oktober)
  ARTIS LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK
1. PROJECTOR BAND Aisyah Razif Razif
2. SALMA Akhirnya Cinta Ajai Slen
3. SYAMSUL YUSOF & MAWI Bukan Propaganda Syamsul Yusof Syamsul Yusof
4. TAJUL & WANY HASRITA Di Sana Cinta Di Sini Rindu

 

Patrick Kamis Patrick Kamis
5. KHAI BAHAR Bayang Alam (Harry Khalifah) Patrick Anahoda
6. AZMI & CALIPH BUSKER (penyanyi asal FAIZAL TAHIR) Sejati Faizal Tahir & Mike Chan Faizal Tahir & Mike Chan
7. AYDA JEBAT Mata Audi Mok, Ayda Jebat, Shazee Ishak Audi Mok, Ayda Jebat, Shazee Ishak
8. ALTIMET Amboi Navigator Altimet
9. HAZAMA & THE PENGLIPURLARA Aku Yang Sebenar M.Nasir Ad Samad
10. HAQIEM RUSLI Segalanya Ibnu, Gouffran  & Danny Ibnu, Gouffran

 

  • Persembahan SFMM32 (Minggu Kedua, 5 November)
  ARTIS LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK
1. DRAMABAND & HAIZA Jangan Pernah Berdusta Aepul Roza Aepul Roza
2. SUFI Aku Sanggup Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim
3. TOMOK & BLACK Rempuh Omar K, Ezra Kong, John Jeevasingham Hael, Zel
4. AIZAT Jangan Menangis Aizat Amdan, Mike Chan, Faizal Tahir Aizat Amdan, Mike Chan, Faizal Tahir
5. SUFIAN SUHAIMI Harus Aku Sirkhan Sirkhan
6. FLOOR 88 Zalikha Zai Hamzah Zai Hamzah
7. ARA JOHARI Warkah Untuk Mu Hang Nadim Laq
8. DAYANG NURFAIZAH Separuh Mati Ku Bercinta Ajai Ajai
9. AIMAN TINO Permata Cinta Apit A.C.K
10. SITI NORDIANA Terus Mencintai Nana Alias Nana Alias

                                                                                                                                                                                                                                                                    

  • Persembahan SFMM32 (Minggu Ketiga, 12 November)
  ARTIS LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK
1. SYAMEL Lebih Sempurna Syamel Syamel
2. TAJUL Sedalam – Dalam Rindu Alam Bazil / Iwan
3. ATMOSFERA Berakhirlah Sudah Rayner Rupin Rayner Rupin
4. RONNIE HUSSIN Menanti Janji Ippo Hafiz Ippo Hafiz
5. HAQIEM RUSLI Tergantung Sepi Gouffran / Ibnu Gouffran / Ibnu
6. AKIM & THE MAJISTRET Lagu Untuk Laila Hang Nadim, Laq Hang Nadim

 

7. HAEL HUSAINI Jampi Hael Husaini, Ezra Kong Hael Husaini, Ezra Kong
8. WANY HASRITA Menahan Rindu Ibnu & Gouffran Ibnu & Gouffran
9. SYAMEL & ERNIE ZAKRI Aku Cinta Syamel Syamel
10. ISMAIL IZZANI Sabar Adib Hamdi, Omar K, Ismail Izzani, Adib Hamdi, Zayn

 

Adib Hamdi, Omar K, Ismail Izzani, Adib Hamdi, Zayn

 

-tamat-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *