(HIBURAN) SEZAIRI BAWA LARI ‘SAYANG’ KE MALAYSIA

Sezairi (1)

Pemilik nama SEZAIRI SEZALI mungkin agak kurang dikenali oleh pengemar muzik di Malaysia. Namun begitu, anak muda kelahiran Singapura ini merupakan idola muzik yang sebaris dengan Taufik Batisah (Juara Singapore Idol Musim 1) dan  Hady Mirza  (Juara Singapore Idol Musim 2). Perjalanan seni beliau berhenti seketika setelah memenangi Singapore Idol Musim 3 , apabila SEZAIRI SEZALI dipanggil untuk “National Service” bagi memenuhi tanggungjawab beliau sebagai seorang rakyat Singapura.

Sezairi (11)

Mewarisi bakat daripada bapanya, seorang pemuzik, Sezairi pertama kali berjinak dengan muzik pada usia hanya 5 tahun. Lagu pertama serta menjadi kegilaannya sehingga kini adalah Isabella, sebuah lagu rock Melayu dipopularkan oleh Search. Bagaikan cinta pandang pertama, bermulalah minat mendalamnya mempelajari dan mencintai bidang muzik.

Pada usia 14 tahun, Sezairi mencuba nasib dalam muzik secara serius dan mendalam. Bermula dengan pembentukan sebuah kumpulan band  –Juxtapose, Sezairi merupakan vokal utama kumpulan itu. Di samping itu, Sezairi berjinak jinak serta mengasah bakatnya dalam menghasilkan lagu serta lirik ciptaannya sendiri.

“Saya menyanyi di tempat dimana hampir semua penghibur lupa akan tempat itu, iaitu dari hati  yang ikhlas demi sebuah persembahan yang mampu mengukir senyuman di muka manusia,” ujar Sezairi.

Pada tahun 2013, Sezairi mengakhiri penantiannya dengan mengeluarkan single terbarunya yang telah lama tertangguh diatas sebab-sebab yang tidak mampu dielakkan yang berjudul  Sayang  pada hari jadinya iatu 6 Ogos 2013.

Single itu telah dimainkan di seluruh radio tempatan Singapura, Sayang  melambangkan keupayaan Sezairi menulis, serta menghasilkan single ciptaannya sendiri yang mesra dengan halwa telinga peminat  muzik tempatan mahupun antarabangsa. Kini, beliau dalam rangka menghasilkan album baru, giat menghasilkan karya  –  karya bermutu serta berkolaborasi bersama  –  sama artis-artis lain demi berkongsi pengalaman perjalanannya sebagai anak seni sepanjang tahun.

Kini  Sayang  telah berjaya diputarkan di corong  –  corong radio di Malaysia. Mungkin kelunakan vokal Sezairi telah menarik perhatian  pendengar-pendengar Malaysia  dengan daya tarikan menarik serta suaranya yang  mirip idolanya ‘Bruno Mars’. Penyanyi serta penul is lirik serba boleh ini kini berada di bawah naungan syarikat rakaman antarabangsa  –  Sony Music Entertainment  Malaysia & Singapura.

Para peminat boleh mengikuti perjalanan Sezairi di laman sosialnya – Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan Tumblr. Taip  saja Sezairi, disitu telah dimuatkan segala catatan perkembangan Sezairi sejak menjadi seorang anak seni.

Platform Laman Sosial

Youtube – http://smarturl.it/subscribetosezairi atau http://YouTube.com/sezairisezali

Twitter – twitter.com/Sezairi

Instagram: twitter.com/Sezairi

Tumblr: http://sezairi.tumblr.com

Facebook: http://facebook.com/sezairi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *