(HIBURAN) Shahrol Shiro Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadis Pilihan

IMG_3058.jpgRSZ

Kluang, Johor (18 Mac, 2016) – Pemenang Raja Lawak Musim Ke-6 Shahrol Shiro bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan Anna Danisha dalam suatu majlis yang akan dihadiri kaum keluarga dan teman teman rapat. Pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Era FM yang terkenal ini sekali gus menutup segala spekulasi berkenaan status hubungannya dengan bakal isteri.

Perkenalan yang tak dirancang pada 2012 di sebuah syarikat telekomunikasi telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka. Pada mulanya, bakal isteri tidak kenal siapa Shahrol Shiro apatah lagi kumpulan Shiro dan perkara ini yang membuatkan beliau lebih tertarik dengan Ana.

“Anna sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam kerjaya saya. Dia juga turut memberi saya idea punchline untuk digunakan sewaktu beraksi di pentas. Ana merupakan pendengar yang baik dan sering menasihati saya agar bersabar apabila ada cakap-cakap kurang senang di luar sana. Kami serasi bersama dan dia seorang yang tak cerewet dan memahami serta menerima saya seadanya,” jelas beliau tentang bakal isteri.

Setelah berkawan selama hampir 4 tahun, Shahrol mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan Anna kerana rakan seperjuangannya seperti Ajak Shiro dan pelawak yang lain telah pun berkahwin dan beliau merasakan sudah sampai waktu dirinya pula.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman bakal isteri dan diikuti dengan majlis resepsi pihak perempuan di Kluang Johor. Majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan di Kuala Lumpur dan dikatakan ada kejutan istimewa buat hadirin pada hari tersebut.

“Saya harap peminat-peminat saya dapat mendoakan kebahagiaan saya dan Anna dan terima kasih kerana terus menyokong saya selama 4 tahun berkecimpung dalam industri ini. Pelbagai liku yang telah saya hadapi sepanjang bergelar pelawak tetapi dengan sokongan peminat di luar sana membuatkan saya mahu terus maju dalam industri ini,” kata Shiro kepada semua penyokongnya yang setia.

credit photo :  ABK Pictures Production

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *