(HIBURAN) Showcase Amal Kat Hassan

Kat Hassan atau lebih dikenali sebagai Kat Mentor  telah  mengadakan showcase amal yang telah berlangsung  di The Venue , Pavillion, Kuala Lumpur.  Mula membabitkan diri secara serius dalam bidang nyanyian selepas menyertai program realiti TV anjuran TV3, Mentor pada tahun 2006 dan showcase ini merupakan persembahan terbesarnya sepanjang enam tahun bergelar artis. Selain daripada Kat, penyanyi wanita ini juga turut menjemput artis baru di bawah naungannya, Deanna Sofia untuk berduet bersama dalam showcase ini . Persembahan ‘showcase’ yang bertujuan mengumpul dana ini telah disumbangkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). Kutipan sumbangan ialah melalui hasil bidaan jam tangan berjenama SWATCH dan juga album Kat Hassan. Sumbangan ini telah diserahkan kepada Naib Pengerusi PBSM Kebangsaan yang juga Setiausaha Agung Kehormat Kebangsaan, Datuk Dr Noordin Ab Razak yang turut hadir memeriahkan showcase tersebut.

Persembahan yang berlangsung hampir dua jam di The Venue itu  bermula pada jam 9.30 malam menyaksikan Kat menyanyikan hampir 15 lagu di mana antaranya daripada lagunya sendiri di samping lagu yang pernah menjadi kegemaran beliau ketika di bangku sekolah, tetapi tidak sempat dinyanyikan ketika menyertai beberapa pertandingan nyanyian.  Antara lagu yang dipersembahkan  pada malam itu ialah Akhirnya Kini Pasti, Hilang, Mencintaimu, Set Fire To The Rain, Lepaskan, Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Gerimis Mengundang, Menggoda serta satu lagu Mandarin, Ting Hai.

Pada penghujung persembahan, Datuk Dr Noordin Ab Razak telah mengumumkan penyanyi Kat Hassan sebagai Duta baru Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Pihak Galaksi Media Online (GMO) ingin berkongsi foto-foto menarik di malam persembahan showcase amal Kat Hassan [LINK GAMBAR]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *