(HIBURAN) Siaran Media : BOCIK, AJO & TITAN MARA KE PUSINGAN SEPARUH AKHIR

Persembahan Ajo (3)

Konsert penentuan Kumpulan B Bintang Mencari Bintang (BMB) yang telah berlangsung pada malam Ahad yang lalu (26 Mei) menyaksikan Bocik (Afdlin Shauki), Ajo (Faizal Ismail) dan Titan (Sabri Yunus) mara ke pusingan separuh akhir BMB dan bakal bersaing dengan 3 peserta terbaik daripada Kumpulan A, Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Bowl (Afdlin Shauki).

bmbsemismall

Gegau, anak didik kepada Senario berjaya menjuarai konsert penentuan Kumpulan B dengan 68.5 markah serta memenangi sebuah kamera digital Canon ixus 135. Namun, sayangnya Gegau hanya berjaya mengumpul markah sebanyak 208.95 yang gagal melayakkan mereka ke pusingan seterusnya. Turut tersingkir pada malam Ahad yang lalu ialah Awok (200.59 markah) dan XOXO (186.46 markah).

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam, BMB membariskan 6 sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian.

Untuk konsert mingguan, para anak didik BMB perlu mempersembahkan sebuah sketsa komedi bebas selama 3 minit dan sebuah lagu selama 2 minit untuk meraih markah daripada juri profesional dan juri awam serta undian SMS daripada para penonton.

Tirai persembahan konsert penentuan Kumpulan B dimulakan oleh anak didik Raja Azura, Awok, yang mewarnai persembahan mereka dengan rangkaian lagu popular, Terukir Di Bintang (Yuna) dan Bosan (Stacy). Seterusnya, giliran XOXO mengambil alih pentas.  Walaupun gandingan Hazmeer dan Hazwan ini agak ketinggalan di belakang, ia tidak melemahkan semangat mereka untuk memikat penonton dengan aksi sketsa komedi dan nyanyian lagu Roly Poly (T-Ara) serta Selamat Tinggal (Broery Marantika). Pentas terus hangat dengan persembahan oleh Gegau yang tampil dengan persembahan sketsa tersendiri disusuli dengan medley lagu Shater (Nancy Ajram) dan Sahabat (Padi).

Konsert BMB diteruskan dengan persembahan daripada peserta yang berada di tempat ketiga setakat ini iaitu Ajo. Beliau akan menghiburkan penonton dengan persembahan sketsa komedi dan nyanyian medley I Will Survive (Gloria Gaynor) dan Kehilangan (Firman). Pendahulu Kumpulan B iaitu Bocik pula mempersembahkan sketsa dan menyanyikan medley Hati Emas (Kembara) dan Menaruh Harapan (Zaiton Sameon). Akhir sekali ialah giliran Titan, anak didik kepada sifu Sabri Yunus. Mereka bakal menampilkan sebuah sketsa komedi dan kemudian menyampaikan rangkaian lagu nostalgik iaitu Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud), Chow Kit Road dan Mat Disco (Sudirman).

Sebelum pengumuman keputusan terkini Kumpulan B, suasana dalam studio bakal diredakan dengan persembahan istimewa daripada juri jemputan yang menilai aspek nyanyian minggu ini iaitu Alyah menerusi lagu Pertama duet bersama Ben (Idola Kecil).

Dalam program BMB, setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Anak didik akan bersaing selama 4 minggu dalam pusingan pertama mengikut kumpulan masing-masing. 3 anak didik yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 6 anak didik yang berjaya ke pusingan seterusnya kemudian akan berentap di pusingan kedua, separuh akhir dan konsert akhir untuk merangkul gelaran juara serta membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.

Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang, Muhamad Sufian Isa, “Selepas 3 bulan, para peserta BMB berjaya menampilkan corak persembahan yang lebih matang dan menyampaikan mesej dengan jelas selain menghiburkan. Pengalaman mereka bergandingan  dengan sifu dan artis-artis yang berpengalaman ternyata menyuntik semangat baru kepada pelapis baru ini untuk memberikan kelainan dan idea baru dalam persembahan mereka.”

“Sama ada layak atau tersingikir, saya ingin mengucapkan tahniah buat keenam-enam anak didik Kumpulan B kerana mereka telah menampilkan persembahan yang membanggakan sepanjang berada di pentas Bintang Mencari Bintang. Semoga pengalaman dan ilmu di dalam Bintang Mencari Bintang melengkapkan diri mereka bergelar penghibur. Jangan sesekali berputus asa kerana perjalanan mereka masih jauh dan sentiasa ada ruang untuk peningkatan”, tambah Sufian.

Sepanjang 15 episod, BMB menampilkan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, BMB turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud dan A.R. Badul sebagai juri tetap untuk program ini.

Untuk musim pertama ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Buat penonton dan peminat setia Bintang Mencari Bintang bolehlah menghantar undian SMS dengan menaip BMB <JARAK> Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau undian secara pukal, BMB5 <JARAK> Nama Kumpulan dan hantar ke 33399. Undian SMS akan bermula jam 5.00 petang setiap hari Ahad dan akan ditutup selepas tamat persembahan konsert. Di samping itu, penonton turut boleh menilai persembahan anak didik BMB semasa persembahan konsert berlangsung menerusi ‘Skala Bintang’ yang boleh didapati di www.tv3.com.my/bintang. Kemudian gerakkan skala bintang untuk mengundi persembahan anak didik. Keputusan penilaian ‘Skala Bintang’ akan muncul di kaca televisyen semasa konsert BMB bersiaran secara langsung.

Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB menerusi KOMIK BMB yang disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.00 petang. Program yang dihoskan oleh pelakon Taiyuddin Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tai ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB. Selain itu, penonton juga boleh mengikuti perkembangan para anak didik BMB menerusi program 2 minit, BLOG BMB setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi dan 1.30 pagi.

Ikuti program BMB yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB, penonton boleh melayari laman sesawang rasmi BMB di www.tv3.com.my/bintang serta laman sosial Facebook & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#BintangTV3) untuk menghangatkan lagi bahang BMB!

 

 

 

Carta kedudukan markah anak didik BMB:

 

Sifu & Anak Didik

M1

M2

M3

M4

Markah Terkumpul

Kumpulan A

BOWL (Afdlin Shauki)

ACHEY (Harun Salim Bachik)

TOCAI (Senario)

TAPAW (Faizal Ismail)

BIG TOO (Sabri Yunus)

KELAWAK (Raja Azura)

36

75

52

57

52

40

68.4

65.8

52.5

55.6

51.3

41.4

53.5

81.4

40.5

62.9

49.1

58.5

 

57.2

77.8

61.9

62.6

62.0

55.5

 

215.14

300.03

206.88

238.13

214.42

195.40

Kumpulan B

 

AWOK (Raja Azura)

 

BOCIK (Afdlin Shauki)

 

XOXO (Harun Salim Bachik)

 

GEGAU (Senario)

 

TITAN (Sabri Yunus)

 

AJO (Faizal Ismail)

41.6

65

28

39.7

67.7

63.1

41.8

77.6

65.1

45.3

61.0

64.2

58.9

74.5

48.4

55.5

73.0

70.8

 

 

58.3

64.3

45.0

68.5

60.2

65.7

 

 

200.59

 

281.45

 

186.46

 

208.95

 

261.92

 

263.83

 

 

 

-Tamat-

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *