(HIBURAN) Siaran Media : D’MASIV – SAAT TERBAIK

Spread the love

d'Masiv 3gmo

D’Masiv merupakan sebuah kumpulan yang berasal daripada Jakarta, Indonesia yang di anggotai oleh 5 pemuzik iaitu Rian Ekky Pradipta (vokalis), Dwiki Aditya Marsall (gitaris), Nurul Damar Ramadan (gitaris), Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (bass), dan Wahyu Piadji (pemain drum).   Nama D’Masiv semakin hari semakin melonjak naik selari dengan kumpulan kumpulan ternama di Indonesia seperti Ungu, Nidji, dan Peterpan yang popular dengan karya karya hebat mereka.

Kumpulan D’Masiv telah terbentuk pada 3 Mac 2003 dan nama D’Masiv itu sendiri berasal dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu “massive” yang membawa maksud besar dan hebat yang pada masa yang sama ianya telah menyuntik semangat dan menjadi pendorong kepada mereka untuk meraih kejayaan yang besar di industri muzik Indonesia mahupun Malaysia.

Nama meraka mula menjadi sebutan orang ramai dan menjadi bahan siulan para peminat ketika mereka menampilkan album pertama mereka yang berjudul “Perubahan” pada tahun 2008 dengan lagu “Cinta Ini Membunuhku” sebagai single pertama mereka. Lagu “Cinta Ini Membunuhku” telah melonjak naik dan menjadi popular sehinggakan menaikkan nama mereka dipersada seni muzik Malaysia.

Kumpulan muzik D’Masiv sempat menyiapkan sebuah lagu yang dicipta khas sempena menyambut bulan Ramadan iaitu “Saat Terbaik”. Lagu “Saat Terbaik” yang berentak ‘slow rock’ ini dicipta sepenuhnya oleh Rian Ekky Pradipta yang merupakan vokalis kepada kumpulan tersebut. Lagu yang berdurasi lebih kurang 5 minit ini mengisahkan tentang rasa bersyukur kerana sentiasa didampingi oleh sahabat-sahabat terbaik yang sentiasa berada di samping mereka disaat suka ataupun duka.

Lagu yang bertempo perlahan ini mengajak semua yang mendengar untuk menikmati lagu “Saat Terbaik” sampai habis dan turut membawa para pendengar untuk menghayati cerita lagu ini yang terkandung seribu satu kisah mengenai kumpulan D’Masiv. Di muzik video lagu ini juga, mereka menunjukkan sedikit kisah perjalanan mereka ketika menghadapi saat-saat terbaik disepanjang hidup mereka.

Hasil ciptaan Rian ini sungguh hebat, kisah kesyukuran dan kegembiraan yang diceritakan pada lirik turut diterjemah pada iringan muzik dan turut juga terselit pesanan lain yang ingin disampaikan oleh D’Masiv iaitu harapan agar setiap orang yang mendengar lagu tersebut akan sentiasa bersyukur mempunyai sahabat-sahabat yang sentiasa ambil berat tentangmereka.

Lagu “Saat Terbaik” ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd. Ini merupakan pautan untuk muzik video D’Masiv – “Saat Terbaik”.

http://www.youtube.com/watch?v=f6iMDQk2ErQ


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *