(HIBURAN) Siaran Media : KESNA – KETIKA TANGAN DAN KAKI BERKATA

kesna3gmo

Lagu “Ketika Tangan dan Kaki Berkata” pernah meletup dan menjadi lagu yang diminati oleh para peminat suatu ketika dahulu yang dipopularkan oleh penyanyi terkenal dari seberang iaitu Chrismansyah Rahadi atau lebih dikenali sebagai Chrisye. Chrisye amat terkenal dengan vokalnya yang halus dan dianggap sebagai salah satu Lagenda penyanyi Indonesia. Lima album yang dimiliki olehnya telah dilabel sebagai antara 150 Album Indonesia Terbaik oleh majalah Rolling Stone Indonesia.

Lagu “Ketika Tangan dan Kaki Berkata” yang berentak Islamic ini adalah hasil ciptaan sepenunhnya oleh Chrisye sendiri bersama Taufiq Ismail dan kini Kumpulan pemuzik Indonesia iaitu Kesna telah membawa kembali lagu ini ke persada muzik. Kesna merupakan kumpulan pemuzik Indonesia yang bernaung di bawah label Musica Studio’s yang di anggotai oleh Shena Ariyandi (Sena) sebagai pemain gitar, Asep Reza Saprudin (Eza) sebagai vokalis dan Keppe Mulyadi (Keppe) sebagai pemain bass. Kumpulan ini juga merupakan kumpulan yang sedang melonjak naik seangkatan dengan kumpulan-kumpulan yang sedia ada seperti Kumpulan Geisha dimana kumpulan Geisha dan kumpulan Kesna sama-sama bersaing untuk merebut nominasi Best Duo/Group di Anugerah Planet Muzik (APM) 2012.

“Ketika Tangan dan Kaki Berkata” merupakan sebuah lagu ‘slow pop’ yang tentunya membuai perasaan para pendengar. Lagu yang begitu syahdu dan mendayu-dayu ini mengisahkan tentang suasana di hari penghitungan amal kita pada saat manusia dihimpunkan di padang Mahsyar dan berhadapan dengan hakim yang Maha Adil, Allah SWT. Pada saat itu, kita akan disoal atas segala apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan dan kaki yang selama ini diam dan hanya melakukan apa yang kita inginkan atas perintah hati akan berkata-kata dan menjadi saksi. Ketika ini juga tiada dolak dalih dan hujah tipuan oleh manusia dan manusia akan di adili oleh Allah SWT keatas segala perbuatan manusia semasa di dunia.

Maka jaga dan peliharalah kedua tangan dan kaki kita dari hal yang dilarang oleh Yang Maha Kuasa sehingga tangan dan kaki ini akan berkata sebagai saksi yang akan menyelamatkan dan menjamin syurga bagi kita. Lagu “Ketika Tangan dan Kaki Berkata” mempunyai maksud yang mendalam kerana ia disumberkan daripada ayat Al-Quran yang menjadikan peringatan kepada kita semua bahawa pada hari Akhirat nanti, sudah tidak ada apa lagi yang boleh kita lakukan.

Kumpulan Kesna telah berjaya membawa lagu ini dengan cara mereka yang tersendiri melalui petikan gitar dan juga vokal yang mantap serta dengan alunan zikir yang merdu. Muzik video untuk lagu ini juga mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya kerana ia menunjukkan perjalanan hidup hamba-Nya yang ingkar dan akur terhadap perintah-Nya.

Lagu  “Ketika Tangan dan Kaki Berkata” ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd. Ini merupakan pautan untuk muzik video Kesna – “Ketika Tangan dan Kaki Berkata”. http://www.youtube.com/watch?v=Ag9j5AgDO9I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *