(HIBURAN) SIARAN PERDANA ELENA OF AVALOR PADA 13 NOVEMBER 11 PAGI DI DISNEY CHANNEL MALAYSIA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

A

27 Oktober 2016, Malaysia: Puteri raja Disney terbaharu, Elena of Avalor, akan menemui penonton dalam siri animasi yang ditunggu-tunggu, “Elena of Avalor” pada 13 November, Ahad, 11 pagi di Disney Channel (Saluran Astro 615). Berlatarbelakangkan dunia fantasi Avalor yang penuh keajaiban, siri ini menceritakan kisah Elena, seorang remaja berani dan sukakan cabaran yang telah menyelamatkan kerajaannya daripada ahli sihir wanita yang jahat. Kini dia perlu belajar pula cara memerintah kerajaannya sebagai puteri raja sebelum dia boleh menjadi permaisuri. Fasa baharu dalam hidupnya ini mengajar Elena tentang nilai-nilai yang perlu ada pada seorang pemimpin hebat iaitu bertimbang rasa, cekal dan berperikemanusiaan.

elizabeth-tan-for-disney-channel-elena-of-avalor-5_lrSiri yang dinanti ramai ini memuatkan karya muzik asli dalam setiap episod, termasuklah lagu tema Elena “Kini Masaku”, sebuah lagu bersemangat yang berasaskan kekuatan dan keyakinan diri. Lagu ini telah dihasilkan semula dalam Bahasa Malaysia dan didendangkan oleh penyanyi popular Elizabeth Tan dalam sebuah video muzik yang akan ditayangkan kepada penonton Disney Channel mulai 1 November.

Selain Bahasa Malaysia, Disney Channel turut menghasilkan semula lagu ini dalam Bahasa Indonesia yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Chilla Kiana.

Mulai sekarang hingga 13 November, Disney Channel Asia menjemput kanak-kanak di Asia Tenggara untuk menyertai kempen media sosial dengan menunjukkan bagaimana Elena memberi inspirasi kepada mereka untuk memimpin – sama ada di rumah, sekolah atau dalam kehidupan seharian mereka. Mereka hanya perlu muat-turun gambar atau video di laman Facebook Disney Channel Asia (http://facebook.com/DisneyChannelAsia) dan gunakan ‘hashtag’ #RuleLikeElena untuk berpeluang ditampilkan dalam laman tersebut, dan juga menerima barangan eksklusif “Elena of Avalor”.

“Elena of Avalor” dicipta oleh pemenang Anugerah Emmy, Craig Gerber yang juga merangkap penerbit eksekutif siri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *