(HIBURAN) Sidang Media Filem TAXI TAXI

IMG_4200

Pelawak Singapura Mark Lee dan Gurmit Singh kembali berkerjasama dalam filem terbaru mereka ” TAXI TAXI”.  Filem ini merupakan filem kedua mereka sejak tahun 2001 di mana mereke pernah berganding untuk pertama kalinya dalam filem komedi sukan “”One Leg Kicking”. Filem TAXI TAXI mengenai kehidupan dua pemandu teksi bergelut dengan krisis pertengahan hidup (dimainkan oleh Mark Lee dan Gurmit Singh). Diterajui oleh pengarah filem Kelvin Sng ,filem ini turut dibintang oleh penyampai radio Malaysia Gan Mei Yan, pelakon veteran Lai Meng dan bintang YouTube Singapura iaitu Dr JIA JIA. Filem TAXI TAXI ini telah di ilhamkan oleh buku  “Diary Of A Taxi Driver”. Buku ini merupakan pengalaman Dr Cai Mingjie, seorang penyelidik molekul biologi kelahiran China yang menjadi pemandu teksi selepas kehilangan pekerjaan beliau pada tahun 2008, dan seterusnya dikenali sebagai “pemandu teksi paling berpendidikan tinggi di Singapura”.

IMG_4192

Bertempat di MBO Subang Parade dan Hotel Empire Subang , telah berlangsungnya sessi sidang media dan tayangan perdana untuk pihak media untuk filem TAXI TAXI ini sempena jelajah promosi pelakon-pelakon filem TAXI TAXI. Di majlis ini , pelakon terkenal Gurmit Singh yang lebih dikenali dengan karakter Phua Chu Kang di dalam sitcom komedi popular PCK menjawab beberapa persoalan media mengenai beliau dan watak yang sangat sinonim dengan diri beliau itu. Gurmit Singh menjelaskan, sitcom komedi itu dibekukan ketika di puncak kemasyuhran. Apabila pihak Media Corp bertanyakan kepada beliau, adakah dia ingin menyambung musim baru sitcom tersebut ?, Gurmit SIngh menolak pelawaan tersebut  dengan alasan prinsip beliau iaitu “berhenti ketika dipuncak”. Beliau mencadangkan kepada pihak penerbitan supaya ” menyejukkan ” dahulu siri sitcom tersebut, dan jika ada keperluan kemungkinan ia akan diterbitkan kembali, siapa tahu ?? tambah Gurmit lagi. Gurmit juga menjelaskan, beliau sedaya upaya untuk lari dari watak PCK, di mana beliau banyak mencuba watak-watak baru yang lebih segar supaya peminat-peminat lebih terbuka dalam penerimaan beliau dalam industri.

IMG_4170

IMG_4163

IMG_4178

taxismall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *