(HIBURAN) SINETRON ‘LOVE IN PARIS’ HIASI WAKTU PETANG PENONTON SETIA TV3

Love In paris (2)

Siapa sangka sebuah pengembaraan mampu merubah kehidupan seseorang. Itulah yang berlaku kepada Yasmin ketika dia mengunjungi Kota Paris untuk memenuhi impiannya namun segalanya berubah dalam satu pertemuan yang tak diduga. Berakhirnya sinetron Annisa, terbaru di slot Sinetron menampilkan pelakon hebat Michelle Ziudith, Rio Dewanto, Yunita Siregar dan Dimas Anggara menerusi sinetron LOVE IN PARIS.

‘Love In Paris’ mula menemui peminat pada 14 Ogos 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.00 petang. Sinetron romantis selama 110 episod ini mengisahkan Yasmin (Michelle Ziudith) yang pergi ke Paris bagi menghadiri Pusat Kebudayaan di negara itu untuk membuat pameran fotografi. Setelah Yasmin tiba di Paris, dia menunggu kawannya Rafa (Rio Dewanto) untuk menjemputnya. Tanpa diduga satu kejadian telah menimpa Yasmin di mana dua orang lelaki mencuri kamera milik Yasmin. Yasmin bernasib baik apabila seorang pemuda kaya raya dari Indonesia, Reno (Dimas Anggara) datang membantunya.

Yasmin yang masih lagi dalam keadaan terkejut telah melanggar Aqila (Yunita Siregar) secara tidak sengaja sehingga ipad milik Aqila jatuh dan rosak. Aqila meminta Yasmin untuk membayar ganti rugi kerosakan ipadnya. Namun Yasmin tidak mempunyai wang yang banyak jadi Aqila memaksa Yasmin untuk membantu mengemas rumahnya.

Pertemuan Yasmin dan Aqila yang tidak disengajakan itu sebenarnya mengubah kehidupan mereka berdua. Tidak siapa yang tahu bahawa Yasmin dan Aqila sebenarnya adalah saudara kembar. Mereka berdua ialah anak kepada pasangan Arif dan Farah. Mereka dipisahkan atas perbuatan Jihan iaitu sahabat Arif dan Farah. Jihan sakit hati kerana tidak dapat memiliki Arif jadi dia sebagai doktor yang merawat Farah telah mengambil salah seorang anak kembar pasangan Arif dan Farah. Jihan menipu Arif dan Farah kononnya salah seorang bayi mereka tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia. Kemudian Jihan membawa bayi yang bernama Aqila itu ke Paris.

Sementara itu, Yasmin yang sedang membantu mengemas rumah Aqila bertemu sekali lagi dengan Reno. Reno berjanji akan membawa Yasmin keluar bersiar-siar melihat Kota Paris tetapi dengan syarat Yasmin perlu membantunya. Tanpa membantah Yasmin bersetuju mengikut Reno. Setelah mengubah penampilan Yasmin, Reno membawa gadis itu ke pesta ulang tahun Aqila dan memperkenalkan Yasmin sebagai kekasihnya. Aqila terkejut dengan pengakuan Reno itu kerana dalam diam dia menyintai Reno. Malah bukan Aqila seorang sahaja yang terkejut dengan pengakuan itu tetapi Rafa juga turut tersinggung kerana dia menyukai Yasmin.

Yasmin bingung dengan tindakan Reno. Namun hakikatnya dia juga mula menyukai Reno. Yasmin terpaksa membiarkan perasaannya apabila mengenangkan penyakit barah yang ditanggungnya ketika itu. Pada satu hari Rafa telah mengalami musibah kecelakaan. Pada waktu yang sama Reno diserang penyakit jantung. Mereka berdua dirawat di hospital yang sama. Secara tidak sengaja Yasmin bertemu dengan penderma jantung yang dapat membantu Reno atau Rafa. Justeru, Yasmin berada dalam delima sama ada ingin menyelamatkan cintanya, Reno atau sahabat baiknya Rafa. Apakah yang akan berlaku selepas itu?

Saksikan lakonan berkesan Michelle Ziudith, Rio Dewanto, Dimas Anggara, Yunita Siregar, Surya Saputra, Amara, Maeeva Amin dan Macella Daryanani menerusi slot Sinetron setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.00 petang hanya di TV3! Penonton juga boleh layari Facebook Twitter dan Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *