(HIBURAN) Sisi Berbeza AFGAN – Idola Pop Indonesia Bakal Mengadakan Konsert Di Johor

Idola pop dan juga penyanyi serta penulis lagu sensasi, Afgansyah Reza atau AFGAN bakal menakluk Johor! Dianjurkan oleh IME Malaysia, AFGAN akan menbawa konsert SIDES Malaysia Tour 2017 ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada hari Sabtu, 8 April jam 7.30 malam.
Peminat penyanyi ini boleh dianggap bertuah kerana konsert ini disifatkan sebagai konsert AFGAN berskala paling besar, bukan saja di Johor tetapi juga di serantau selatan.

Dibawakan khas atas pemintaan peminat setia yang menggelarkan mereka sebagai Afganisme, konsert itu juga adalah sebagai tanda sokongan terhadap kemunculan album SIDES, yang juga album solo keempatnya.

Kemunculan album itu juga membuatkan jadual penyanyi ini cukup padat kerana mendapat undangan persembahan di seantero dunia. Dalam kesibukannya itu, akhirnya dapat juga AFGAN mengadakan konsert di Johor seperti yang diharapkan.

Pada malam itu nanti, penonton dapat menyaksikan kemunculan rapper yang banyak memenangi anugerah iaitu SonaOne sebagai penyanyi undangan. SonaOne turut terbabit dalam album SIDES apabila mereka berpadu suara menerusi lagu X dan Rollercoaster. Itu adalah gandingan pertama AFGAN bersama artis Malaysia. Bukan saja menyampaikan lagu duet tetapi SonaOne juga bakal menghangatkan konsert itu dengan lagu popularnya.

Nama AFGAN mula meledak dalam industri muzik sekitar 2008 menerusi lagu popular, Terima Kasih Cinta. Selepas itu peminatnya semakin bertambah sehingga ke peringkat serantau iaitu Brunei, Singapura dan Malaysia. AFGAN telah memenangi 44 anugerah di Indonesia dan antarabangsa sepanjang kerjayanya. Beliau juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah muzik persis Grammy.
Sebagai artis serba boleh, AFGAN turut terjun dalam dunia lakonan serta mencuba nasib dalam bidang pengarahan. Bakatnya diiktiraf apabila dia ditawarkan untuk duduk di kerusi panel juri menerusi program X Factor Indonesia.

Tiket dijual pada harga RM485 (VVIP), RM385 (VIP) dan RM285 (CAT1). Semua kategori tiket adalah tempat duduk bernombor. Harga termasuk 6% GST kecuali yuran pemprosesan yang dikenakan pada harga RM4. Tiket boleh didapati menerusi online iaitu www.ticketcharge.com.my atau talian hotline +603-92228811. Peminat AFGAN juga boleh dapat membeli tiket di kedai terpilih iaitu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang). Tiket akan mula dijual pada 27 Februari 2017 mulai jam 11 pagi.

Tawaran eksklusif peluang bergambar bersama AFGAN untuk 600 pemenang serta 50 pass sesi ramah mesra akan diberikan kepada pemegang tiket VVIP iaitu RM485. Peminat yang membeli tiket berharga RM385 (VIP) berpeluang untuk memenangi hadiah poster yang ditandatangani AFGAN. Bagaimanapun ia adalah terhad kepada 350 orang sahaja.

Untuk maklumat terkini bolehlah mengikuti akaun media social IME Asia Facebook, @IME_Asia (Instagram), @IMEProduction(Twitter) atau @IMEProductions untuk WeChat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *