(HIBURAN) STACY-#1 taruhan terbaru Stacy

Spread the love

IMG_8007

Stacy atau nama sebenar beliau Stracie Angie Anam bukan nama asing dalam industri muzik tempatan. Ratu Tari Malaysia kelahiran Sabah ini semakin bersinar bak bintang kejora dan melakar banyak kejayaan dalam industri muzik tanah air.

IMG_7988

Penyanyi yang merupakan bekas juara Akademi Fantasia musim keenam ini telah melancarkan album terbaru yang berjudul STACY #1.  Album ketiga Stacy ini mempertaruhkan 10 buah lagu yang menampilkan ramai komposer dan penulis lirik terkenal.

Lebih manis, Stacy turut membuat percubaan pertama menulis sendiri salah satu lirik album ini iaitu ‘Gilalah’ yang kini sedang rancak diputarkan dicorong radio.

Album STACY #1 ini turut disertakan CD kedua yang mengandungi lagu-lagu yang telah di REMIX dengan muzik terkini dan bakal dipasarkan di Indonesia, SIngapura dan Brunei.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *