(HIBURAN) Stailista Unplugged TV9 – Raya Pertama

image001smallProgram Stailista Unplugged yang telah dirakamkan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 13 Julai 2013 lalu bakal disiarkan pada hari raya nanti, iaitu pada hari Khamis, 8 Ogos 2013, jam 10 pagi hingga 11 pagi di TV9. Selama satu jam, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu terkenal empat figura ini dalam irama muzik unplugged. Barisan artis terkenal antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Alyah yang kini sudah bertudung serta penyanyi paling bongsu yang popular di laman sosial iaitu Najwa Latif  telah menghiburkan para peminat mereka dengan dendangan lagu baru dan lama serta beberapa lagu medley nostalgia.

stailista hijabsmall

Antara lagu yang dipersembahkan oleh mereka antaranya Penawar Rindu, Semakin Hari Semakin Sayang, Ingatan Manis di Bulan September, Untuk Dia, Sahabat, Realiti Dewi, Cinta Takkan Berhenti, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Lebih Indah, Galau, Senandung Semalam, Rendang Tak Berbuah, Kepada Mu Kekasih, Kosong, Kau Yang Terindah, Dejavu, Aku Cinta Pada Mu dan Itulah Sayang. Selain berkongsi pentas dan bergabung suara, mereka juga berinteraksi dengan penonton dan bercerita mengenai fesyen dan juga perasaan menyambut lembaran mereka bersama peminat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *