(HIBURAN) SUASANA GAMAT KERANA SEEKOR AYAM JANTAN

Spread the love

Ayam - Dapatkah mereka beraya dengan juadah masakan ayam

Ramadan ini TV3 yang tampil dengan tema ‘Seindah Ramadan’ membawakan pelbagai genre program termasuklah drama yang berbentuk tauladan dan pengajaran. Sepanjang bulan Ramadan ini juga, penonton setia TV3 berpeluang menyaksikan drama komedi AYAM setiap hari Ahad jam 7.30 malam mulai 14 Julai 2013.Drama 4 episod yang diterbitkan oleh Primeworks Studio ini diarahkan oleh Zulkeflee Mohamad Said.

 ayamsmall

‘Ayam’ sarat dengan pengisian plot watak Aidil (Naim daniel) dan Fitri (Fazli Daniel Ali), adik beradik yang tidak sehaluan dan sering tidak sependapat. Bagi Aidil, maknya Mak Jah (Fazlina Ahmad Daud) terlalu memanjakan Fitri sehingga menyebabkan adiknya itu menjadi nakal manakala Fitri pula merasakan abangnya tidak pedulikan dirinya dan sering memarahinya.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Mak Jah meminta Fitri untuk membeli ayam untuk dibuat rendang. Dalam perjalanan ke pasar, Fitri bertemu Wan (Afik Shafik). Wan merupakan rakan kepada Aidil yang sentiasa mempunyai hasad dengki terhadap Aidil dan Fitri. Apabila mendapat tahu Fitri ingin membeli seekor ayam, Wan terus menjual ayam jantan yang dicurinya dari Pak Malau (Ilya Buang) kepada Fitri.

Sementara itu, Pak Malau mula menyedari akan kehilangan ayam jantan kesayangannya itu. Tanpa berlengah, Pak Malau pergi bertanya tentang ayamnya pada beberapa penduduk kampung. Akhirnya salah seorang penduduk kampung memberitahu bahawa dia ternampak Wan menjual seekor ayam kepada Fitri. Pak Malau mencari Wan dan mengugut akan membuat sesuatu kepada Wan jika ayam kesayangannya itu tidak dipulangkan. Wan yang tahu Pak Malau sememangnya hebat dalam dunia persilatan dan berlawan segera mencari Fitri.

Sesampainya Wan di rumah Mak Jah, Wan terus membuat tawaran kepada Fitri dengan membayar harga ayam jantan itu dua kali ganda dari harga yang dibeli oleh Fitri daripadanya tempoh hari. Fitri bersetuju tetapi Aidil membantah dengan tawaran Wan itu. Kemudian Aidil dan Fitri bertengkar sehingga menyebabkan ayam jantan itu terlepas dari mereka.

Budin dan Mail yang sudah lama memerhatikan Aidil, Fitri dan Wan mengambil peluang untuk mencuri ayam jantan yang sudah terlepas itu. Mereka semua mengejar ayam jantan itu dan masing-masing mengaku ayam jantan itu milik kepunyaan mereka. Apakah yang akan berlaku selepas itu? Siapakah yang akan berjaya mendapatkan ayam jantan itu?

Saksikan lakonan berkesan Naim Daniel, Fazli Daniel Ali, Eyka Farhana, Afik Shafik, Fazlina Ahmad Daud, Ilya Buang, Sharid Kunal, Ku Haris dan Haidir menerusi drama komedi AYAM setiap hari Ahad jam 7.30 malam hanya di TV3! Penonton juga boleh layari Facebook, Twitter dan Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *