(HIBURAN) SYAMEL TERPERANGKAP DENGAN ‘HALUSINASI’

Spread the love

 

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2021 – Penyanyi popular tanah air yang sentiasa tampil dengan imej ​gentleman dan bersuara lantang yang merupakan anak jati Kuala Lumpur, Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih terkenal dengan nama ​Syamel​, kini kembali menghangatkan industri muzik tanah air setelah hampir setahun menyepi dengan single terbaharu yang lebih menyengat berjudul ‘​Halusinasi​’. Lagu ini yang ditulis oleh Syamel sendiri, turut mendapat sentuhan istimewa dari segi melodinya oleh komposer terkenal negara seperti Iqie Hugh dan Omar K, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

Bercerita mengenai lagu ‘Halusinasi​ ’,​ beliau berkata, “Ia mengisahkan tentang sebuah hubungan sepasang kekasih yang telah hambar dan tiada persefahaman lagi.

“Jalan terakhir adalah untuk meninggalkan kisah cinta yang telah terkubur itu namun pasangannya seakan berhalusinasi untuk melepaskannya, dan dia akhirnya terperangkap dalam situasi tersebut.

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 yang sedang giat mengusahakan perniagaan Se-Table Cafe di Platinum Walk, Setapak, bersama tunangnya, Ernie Zakri, turut mengulas, “Saya kini lebih banyak menghabiskan masa menguruskan perniagaan yang baru saya jalankan bersama Ernie.”

“Namun begitu, itu tidak bermakna saya akan meninggalkan bidang nyanyian kerana itu merupakan minat saya yang pertama.

Mengulas lanjut mengenai single terbaharunya, “Genre yang saya bawakan kali ini agak berlainan kerana ia ada groove yang berbeza berbanding lagu-lagu ballad yang biasa saya bawakan sebelum ini.”

“Idea Halusinasi datang apabila komposer Iqie menghantar demo melodinya dan saya terus terpaku dan kami mengambil masa selama satu hari untuk melakukan proses rakaman.

“Saya juga akui bahawa proses rakaman tergendala seketika ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan dan sejurus tamat tempoh tersebut, kami meneruskan dengan kerja mixing dan penambahbaik.

“Menariknya tentang video muzik Halusinasi nanti, saya akan menari, dan jika penonton ingin lebih tahu, nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

“Setelah hampir satu tahun tanpa mengelurkan single terbaru, saya rasa kini merupakan masanya untuk saya kembali kerana sudah lama peminat saya tertunggu, saya juga harap semua pendengar akan terhibur dengan Halusinasi, dan teruskan menyokong kerjaya saya,” kata Syamel.

Menurut Encik Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment,

”Lagu Halusinasi merupakan karya terbaru dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

Lagu ‘Halusinasi​ ’​ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik lagu ‘Halusinasi​ ’​ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *