(HIBURAN) Tegar kini kembali dengan nafas baru

Spread the love

Kuala Lumpur, 17 September 2018 – Penyanyi Tegar  kini kembali dengan single nya yang terbaru berjudul “ Tetaplah Di Hati “  dibawah pengurusan baru iaitu Halo Entertainment Indonesia dan Padi Records (Malaysia).

Pemilik nama Tegar Septian ini merakamkan single “Tetaplah Di Hati” yang mengisahkan kisah beliau telah terpikat hati dengan seorang gadis.

Bercakap tentang kehadiran beliau di Malaysia pada kali terakhir ketika mengadakan persembahan di Istana Budaya beliau menjelaskan ia merupakan penglibatan kali terakhir sebelum membuat keputusan untuk berehat dan kembali ke Indonesia untuk berehat dan mencipta lagu. Dan kini beliau muncul kembali dengan penuh semangat baharu dan ingin melupakan kisah kontroversi yang telah berlaku termasuk  isu janji kosong untuk membuat  filem kisah benar mengenai kehidupan Tegar oleh orang tengah.

Kini beliau mula muncul mempromosi single  Tetaplah Di Hati di mana peminat Malaysia sentiasa ada di hati, dan mengimbas kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kehadiran Tegar di satu konsert  di Baling Kedah dang rangka promosi di Termeloh membuktikan kehadiran beliau masih diterima di Malaysia.

Single kedua “ inikah namanya jatuh cinta”. akan dimuatnaik ke Youtube dalam masa yang terdekat. Tegar yang tidak lagi bersekolah ingin menumpukan usaha untuk mencipta lagu-lagu dan ingin menjadi seperti Haqiem Rusli, dan lain-lain artis muda di malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *