(HIBURAN) THE BAND – Pencarian Gandingan Sempurna Dalam Misi Membentuk 2 Buah Kumpulan POP Terhebat

Spread the love

astro the band logogmo

The Band ialah program TV realiti pencarian bakat nyanyian baru yang julung kali diadakan di Malaysia untuk menubuhkan sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita bertaraf antarabangsa. The Band bakal ke udara di Astrio Ria (Saluran 104) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134) bermula pada 31 Mac 2014 nanti. The Band bakal diterajui oleh Awal Ashaari sebagai Hos konsert, penyampai ERA iaitu Shac diberi tugas mengacara dairi Whazzup The Band manakal Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman mengalas tugas selaku tenaga pengajar. The Band juga bakal menyaksikan penglibatan Datuk Aznil Hj Nawawi, Yusri Abdul Halim (KRU) dan Syafinaz Selamat sebagai juri tetap.

IMG_1604

Bakat-bakat baru ini akan dibimbing oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan tanahair/antarabangsa dan sesuai dengan konsep program ini, penekanan akan diberikan kepada keseluruhan aspek yang penting untuk melahirkan kumpulan pop yang boleh diketengahkan untuk pasaran peringkat antarabangsa. Aspek tersebut termasuklah kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan imej busana dan aura penghibur. Pada penghujung program, hanya seramai 6 penyanyi lelaki dan 6 penyanyi wanita akan dipilih untuk membentuk dua kumpulan ‘The Band’ terhebat di Malaysia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *