(HIBURAN) The Liar – DI SEBALIK PEMBOHONGAN TERSURAT KEBENARAN

Spread the love

The Liar Cast group pic during press conferencemo

Sukar untuk menafikan bahawa di antara kita tidak pernah melakukan pembohongan. Mungkin sekurang-kurangnya sekali di dalam kehidupan. Kita lakukannya di atas pelbagai sebab mahupun alasan untuk menutup kebenaran yang menyakitkan yang mungkin memusnahkan diri sendiri atau orang yang kita sayangi.

liarsmall

The Liar, drama bersiri Cina tempatan yang bakal bersiaran 16 episod membariskan pelakon seperti Aenie Wong, Jan Chin, Karena Teo, Goh Wee Ping dan Sam Chong bakal menemui penonton setia ntv7 bermula 30 September 2013, setiap Isnin hingga Khamis jam 9.30 malam.

The Liar mengisahkan pasukan detektif yang bekerja di sebuah agensi bernama CARE. Kehidupan mereka bukan sahaja penuh dengan aksi malah terpaksa menyimpan pelbagai rahsia masing-masing yang juga mengeruhkan hubungan peribadi mereka.

Watak utama drama The Liar adalah tiga orang penyiasat wanita yang saling memerlukan satu sama lain dalam menyelesaikan masalah masing-masing tidak kira berkaitan kerja atau masalah peribadi.

Aenie Wong memainkan watak sebagai Shen Rou yang merupakan wanita yang berani, menarik dan mempunyai pelbagai kemahiran yang menyebabkan dia seorang yang selalu ke hadapan. Dia merupakan polis bahagian jenayah sebelum bertugas di CARE yang merupakan salah satu sebab dia mempunyai kelebihan dan berkeyakinan tinggi. Aenie juga telah mempersiapkan dirinya dengan mempelajari seni mempertahankan diri dan sedaya upaya memahami perwatakan Shen Rou untuk memberikan lakonan yang berkesan. Malah dia juga mencukur rambutnya untuk watak itu. Namun dia mengakui bahawa anatara cabarannya ialah berlakon menggunakan kerusi roda di pertengahan jalan cerita tersebut yang membataskan pergerakannya. Aenie juga mengalami kecederaan ketika menjayakan watak tersebut.

Jan Chin pula membawakan watak Dennis Luo Pei Ying yang merupakan bekas penyiasat insuran yang mempunyai pengalaman yang luas dalam kes-kes penipuan serta memiliki kebolehan mengumpul maklumat dengan baik. Watak Dennis adalah seorang yang mampu menyembunyikan perkara sebenar dengan wajahnya yang tenang walaupun menghadapi tekanan. Antara punca tekanannya juga apabila lelaki yang dicintainya, lakonan Sam Chong hanya menganggap dirinya sebagai anak saudaranya.

Peminat Karena Teo pula pastinya teruja dengan wataknya yang berbeza kali ini. Karena membawakan watak sebagai Li Wen Ni yang merupakan kakak ipar Dennis Luo Pei Ying. Li Wen Ni adalah seorang yang pakar dalam bidang komputer dan IT yang menggantikan jawatan suaminya yang telah meninggal dunia.

Goh Wee Ping pula diberikan watak Zhang Jian yang sukar mendedahkan kisah peribadinya. Drama ini juga bakal menyaksikan kisah cinta segi tiga di antara dirinya bersama Shen Rou dan Li Wen Ni. Dalam masa yang sama lain Zhang Jian juga mempunyai rasa serba salah kerana dia mempunyai perasaan bahawa dia adalah punca kepada kematian suami Li Wen Ni, Luo Ming Cong. Oleh sebab itu juga dia amat mengambil berat terhadap Li Wen Ni.

Plot semakin menarik apabila sedang tiga wanita detektif itu sedang menyiapkan sambutan hari lahir Ye Ben Hua (Sam Chong), seorang lelaki berusia 40 tahun bernama Lu You Cheng meluru masuk ke agensi itu bersama anak lelakinya yang berusia 6 tahun. Lelaki itu menceritakan tentang kehilangan isterinya sejak dua tahun lepas.

Lu You Cheng merupakan pemandu kepada seorang ahli perniagaan bernama Yao Xin Zhi manakala isterinya pula merupakan setiausaha majikannya. Lu You Cheng seorang yang baik dan jujur manakala isterinya pula seorang yang amat bercita-cita tinggi dan bijak dalam melakukan muslihat. Tiga tahun lalu Lu You Cheng pernah menyelamatkan majikannya daripada sebuah tembakan dan menyebabkan masalah kesihatan terhadapnya serta penyakit paru-paru. Dua tahun kemudian, majikannnya diculik di mana penculik meminta wang tebusan. Majikannya telah ditipu dan dibunuh. Namun semuanya semakin sukar untuk diselesaikan apabila semakin mereka menyiasat semakin pelbagai masalah timbul dan kes itu bukanlah semudah yang disangka.

Zhao Yun Hui pula terkenal dengan sifat lemah lembut namun mempunyai caranya yang tersendiri dengan penampilannnya yang penuh karismatik. Dia muda lebih 10 tahun daripada You Cheng dan mereka berkahwin apabila mengetahui isterinya itu hamil.

Pada suatu hari, seorang lelaki misteri mundar-mandir di kawasan sekolah anak lelakinya dan cuba menculik anaknya. Di saat semuanya bermula, penonton pastinya tertanya-tanya siapakah lelaki tersebut dan apakah agendanya di sebalik kes ini. Sementara itu You Cheng semakin kurang memberikan kerjasama dalam meyelesaikan kes tersebut dan menyembunyikan sesuatu.

Shen Rou pula mengendalikan penyiasatan pencurian cip computer oleh sebuah syarikat kapal. Shen Rou juga cuba membentuk pasukan baru dalam penyoiasatannya dengan bantuan rakannya, seorang perisik bernama Gao Yong Nian. Shen Rou juga tidak tahu bahawa dia sedang mengendalikan kes yang amat berat sehinggalah Gao Yong Nian yang juga mahir dalam aksi tempur mati semasa melakukan penyiasatan. Malah Shen Rou kemudiannya mengalami kemalangan ngeri yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk seumur hidupnya.

Di sebalik kecelakaan yang dialaminya, Shen Rou tetap nekad untuk meneruskan pekerjaannya. Mengetahui bahawa sukar untuk dia menyelesaikan kes tersebut, dia mengupah Zhang Jian sebagai pembantu peribadinya. Namun agensi itu tidak akan menyangka bahawa kehadiran Zhang Jian bakal membuka lembaran baru dalam agensi tersebut.

Jangan lupa untuk menyaksikan The Liar bermula 30 September 2013, setiap Isnin hingga Khamis jam 9.30 malam hanya di ntv7.

Maklumat lanjut boleh didapati di to www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti laman Facebook khas dengan menaip pencarian: ntv7chinese, ntv7 local Chinese drama dan ntv7localdrama.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *