(HIBURAN) TV3 DAN TV9 TERUSKAN SIRI JELAJAH BAS DRAMA SANGAT BUAT TAHUN 2016 – 7 Selebriti, 4 Persinggahan, 1001 Detik Manis & Lebih 30,000 peminat yang tidak melepaskan peluang

IMG-20160518-WA00100Petaling Jaya, 13 Mei 2016 – Kebiasaannya, para peminat yang berusaha mencari peluang untuk menemui artis kesayangan mereka. Tetapi istimewa Mei 2016 ini, para artis sendiri pula yang bakal mencari masa untuk diluangkan bersama para peminat. Fenomena luar biasa ini inilah yang digambarkan menerusi siri Jelajah Bas Drama Sangat yang kembali buat tahun 2016.

Para peminat di Teluk Intan

Seramai lebih 30,000 orang peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu para pelakon terkenal kegemaran mereka di sepanjang empat lokasi persinggahaan siri Jelajah Bas Drama Sangat kali ini. Usai pelancaran sesi jelajah itu menerusi rancangan Wanita Hari Ini pada Jumaat lalu, bas Drama Sangat terus menuju ke Sabak Bernam untuk bertemu peminat mereka di situ. Pada hari kedua pula, jelajah diteruskan ke Majlis Perbandaran Manjung dan Menara Condong Teluk Intan sebelum berakhir di lokasi taman tema Lost World of Tambun.

Empat lokasi persinggahan ini disambut meriah oleh para peminat yang telah menunggu dari awal untuk bersama para pelakon terkenal yang dibawakan khas untuk mereka seperti Idris Khan (Akasia: Duda Terlajak Laris), Mimi Lana & Syafiq Kyle (Iris: Sekali Aku Jatuh Cinta), Mia Ahmad (Dahlia: Mr. Boss Miss Stalker), Risteena Munim & Zahirah Macwilson (Samarinda: Demi Cinta Ain), dan Nazrief Nazri (Akasia: Lara Terindah).

Para pelakon dan wakil Lost World Of Tambun

Selain sesi ramah mesra, beberapa aktiviti turut dijalankan bagi memberi peluang interaksi yang lebih peribadi buat para peminat seperti acara senam robik, zumba, acara sukan badminton dan bola jarring.

Jelajah Bas Drama Sangat 2016 masih meneruskan objektif utamanya iaitu sebagai acara apresiasi kepada para peminat drama TV3 dan TV9 dengan membawakan bintang utama drama yang bersiaran di stesen naungan Media Prima Berhad tersebut. Antara slot-slot drama yang sentiasa mendapat sambutan para penonton ialah Akasia, Zehra, Samarinda, Lestary, Dahlia, Iris, Aksi, Azalea dan banyak lagi.

Pelancaran Jelajah Bas Drama Sangat telah disiarkan secara langsung menerusi rancangan Wanita Hari ini (WHI) bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama untuk siaran pada hari Jumaat, 13 Mei 2016 yang turut disaksikan oleh Datuk Kamal Khalid selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad. Selain menyaksikan sesi keberangkatan Jelajah Bas drama Sangat, pelancaran itu juga menyaksikan wajah baru dan logo untuk Bas Drama Sangat yang kini tampil lebih segar dan ceria.

Aktiviti di Lost World of Tambun

“Tahun lalu seramai 115,000 orang peminat memberikan respons baik terhadap jelajah ini yang berkunjung ke beberapa lokasi di belah Selatan, Pantai Timur dan Utara. Oleh sebab itu, kami kembali dengan siri Jelajah Bas Drama Sangat pada tahun 2016. Kami ingin memberi pengalaman istimewa buat para penonton yang sentiasa menonton drama bersiri kami di TV3 dan TV9. Jika selama ini, mereka hanya menyaksikan pelakon kegemaran di kaca TV, kini mereka boleh bertemu mereka secara peribadi” kata Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9.

“Tahun lalu seramai lebih 115,000 orang peminat memberikan respons baik terhadap jelajah ini yang berkunjung ke beberapa lokasi di belah Selatan, Pantai Timur dan Utara. Oleh sebab itu, kami kembali dengan siri Jelajah Bas Drama Sangat pada tahun 2016. Kami ingin memberi pengalaman istimewa buat para penonton yang sentiasa menonton drama bersiri kami di TV3 dan TV9. Jika selama ini, mereka hanya menyaksikan pelakon kegemaran di kaca TV, kini mereka boleh bertemu mereka secara peribadi” kata Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Penjenamaan dan Rancangan TV3 dan TV9.

Berlangsung selama tiga hari bermula Jumat, Sabtu dan Ahad (13 – 15 Mei 2016), Jelajah Bas Drama Sangat akan bertolak dari Sri Pentas ke beberapa persinggahan di Sabak Bernam, Lumut, Manjung dan Tambun. Nantikan perkembangan dari semasa ke semasa menerusi laman sosial TV3 dan TV9 mengenai jelajah kali ini dan sertai kami di setiap lokasi.

Sementara itu, 20 pasangan pemenang dari peraduan #PikatSangat menerusi instagram TV3 telah berpeluang menyertai sesi ramah mesra dan aktiviti istimewa di taman tema, Lost World of Tambun yang juga merupakan destinasi percutian yang hebat. Sesi aktiviti khas ini ditaja oleh syarikat Sunway Lost World Water Park Sdn Bhd. Antara yang menarik ialah mereka terpaksa berlakon di dalam sketsa pendek dan aktiviti ‘Explorace’ yang memerlukan para peminat dan pelakon untuk bergabung sebagai kumpulan di sambil melaksanakan beberapa cabaran fizikal dan menyelesaikan klu yang tersembunyi. Aktiviti itu menobatkan Idris Khan dan Mia Ahmad sebagai artis paling ‘sporting’. Manakala peserta paling ‘sporting’ diberikan kepada Azimah Abdul Aziz dan Kamarul Ariffin Ismail. Hadiah turut disampaikan oleh penaja lokasi, Encik Malizan Haji Zakaria, Pengurus Besar Lost World of Tambun.

Antara peminat di Teluk Intan

Pelbagai ragam artis dan peserta boleh dilihat menerusi hashtag rasmi #DramaSangat yang turut digunakan untuk sebarang interaksi di laman sosial. Nantikan juga pengumuman siri jelajah seterusnya akan diberitahu kelak.

Lokasi Persinggahan

Jumaat, 13 Mei 2016

4.00 petang – Lokasi 1: Dataran Tonggak Sabak Bernam, Selangor

Sabtu, 14 Mei 2016

7.00 pagi – Lokasi 2: Stadium Mini, Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung, Perak

4.00 petang – Lokasi 3: Menara Condong Teluk Intan, Perak

Ahad, 15 Mei 2016

8.00 pagi – Lokasi 4: Lost World of Tambun, Ipoh, Perak

Layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia dan TV9Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan rancangan ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *